UCAPAN ‘INNALILLAH…’ SELEPAS KEMATIAN ORANG KAFIR / HAIWAN

UCAPAN ‘INNALILLAH…’ SELEPAS KEMATIAN ORANG KAFIR / HAIWAN

Syeikh Bin Baz dan Syeikh Al-Uthaimin rahimahumallah menjelaskan bahawa DIBOLEHKAN mengucapkan ISTIRJAA’ (ucapan: INNA LILLAH WA’INNA ILAIHI RAJI’UN) jika seseorang kafir itu meninggal dunia.

Malah menurut Syeikh Uthaimin ia juga diharuskan buat seseorang yang kematian haiwan yang disayanginya, yang telah bermanfaat kepadanya.

Ini kerana makna ISTIRJAA’ adalah umum merangkumi semua makhluk.

Mafhum ISTIRJAA’ ialah:

“Kita (yakni semua makhluk) adalah milik Allah dan kepadanya jua kita akan kembali.”

Tambah pula, kematian orang kafir atau haiwan yang telah berjasa kepada seseorang barangkali menjadi satu musibah atas seseorang Muslim itu.

Maka diharuskan mengucapkan ISTIRJAA’ bertepatan dengan firman Allah:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Mereka yang apabila ditimpa MUSIBAH, mereka mengucapkan ‘inna lillah wa inna ilahi raji’un’.”

Surah Al-Baqarah, ayat 156.

Hanya sahaja dalam kematian orang kafir TIADA DOA dan TIADA permohonan keampunan buatnya.

Sekalipun demikian, barangkali ucapan ISTIRJAA’ buat orang KAFIR dalam masyarakat kita pada masa sekarang adalah JANGGAL.

Malah mengucapkannya di hadapan umum barangkali boleh menimbulkan KEKELIRUAN dan KEKECOHAN.

Justeru, sebagai seorang MUSLIM kita harus peka dan prihatin dengan keadaan ini agar jangan tindakan kita sampai menimbulkan FITNAH dan SALAH FAHAM.

Ini mengingatkan kita tentang betapa pentingnya masyarakat dididik dengan ilmu, selari dengan firman Allah dan sabda RasulNya, jauh daripada emosi melulu dan perasaan yang bertunjangkan kejahilan.

Wallahul mustaan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Ramadan 1440 / 11 Mei 2019

Similar Posts

  • FREEMASON

    FREEMÃSŎN Sebuah pertubuhan rahsia Yahũdi perosak yang paling berpengaruh di dunia. Merancang untuk memastikan penguasaan kaum Yahũdi ke atas seluruh dunia. Memusuhi semua agama selain Yahũdi. Berselindung di bawah slogan kebebasan, persaudaraan dan persamaan antara manusia. Majoriti ahlinya terdiri daripada kalangan personaliti terkenal dan individu-individu berpengaruh yang telah mengikat perjanjian…

  • ILMU FIQAH

    ILMU FIQAH # Taklid vs Ittiba’ Rata-rata memahami ilmu fiqah sebagai ilmu yang membahaskan tentang pendapat-pendapat ulama dan mazhab. Sewajarnya pemahaman ini diperbetulkan kerana ilmu fiqah yang sebetulnya ialah ilmu pemahaman Al-Quran dan hadis. Kedua-dua Al-Quran dan hadis menjadi sumber utama ilmu fiqah. Tinggal lagi sama ada kita kembali kepada…

  • HARI RAYA JATUH PADA HARI JUMAAT

    HARI RAYA JATUH PADA HARI JUMAAT Mazhab Syafie menetapkan bahawa diberi kelonggaran buat penduduk pedalaman yang telah solat Hari Raya untuk tidak solat Jumaat pada hari tersebut. Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa Mazhab Imam Ahmad menegaskan bahawa barang siapa telah solat Hari Raya maka gugurlah baginya kewajipan solat Jumaat, kecuali bagi…

  • MANUSIA SEPERTI BUKU

    MANUSIA SEPERTI BUKU Ada buku yang dibaca dapat difahami dan diambil manfaat daripadanya. Dalam masa yang sama, ada buku yang dibaca tetapi isinya tidak dapat difahami. Terdapat juga buku yang dibaca tetapi maklumatnya tidak disampaikan dengan betul maka ia menimbulkan salah faham pembacanya. Demikian ada buku yang luarannya tampak cantik…