TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH
– Syeikh Nazim al-Haqqani
– Dulu sesat kini mahu dibenarkan pula
Pada tahun 2002, Tarekat ini difatwakan sesat oleh Kerajaan Malaysia kerana membawa fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah.
https://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/da96060caee058985ac7487ba5d90141
(PDF) Fatwa Wilayah – Tariqat Naqsyabandiah AlAliyyah Pimpinan Syeikh Nazim
Antara fahaman sesat Tarekat ini ialah:
- Fahaman Wahdatul Wujud, Nur Muhammad, Martabat Tujuh serta Pluralisme;
- Berpegang kepada hadis-hadis palsu;
- Bertawassul dengan guru, syeikh atau ulama yang sudah meninggal dunia;
- Mengamalkan ‘Rabitah’
(membayangkan wajah guru semasa solat); - Mendakwa bahawa setiap khalifah Tarekat dilantik oleh Rasulullah ﷺ termasuklah Syeikh Nazim sendiri;
- Mengamalkan konsep Yaqazah kononnya amalan Tarekat diterima langsung daripada Nabi ﷺ secara sedar dan jaga.
——————-
Kesesatan Tarekat Naqsyabandiah al-Haqqani:
——————-
Dukacitanya kini kesucian bulan Ramadan seperti hendak dinodai apabila ada tangan-tangan ghaib yang mahu mensucikan Tarekat ini agar ia dibenarkan untuk diamalkan di negara ini.
Daripada Allah ﷻ jua kita memohon keselamatan dan perlindungan.
Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Ramadan 1443H /
10 April 2022