|

JANGAN UNDANG MURKA ALLAH

– Acara doa dengan iringan muzik tamborin dalam masjid

Tular rakaman video acara berdoa beramai-ramai sambil berdiri dengan iringan muzik tamborin dalam sebuah masjid di ibu kota.

Amat tidak wajar masjid rumah Allah ﷻ dicemari dengan bunyi-bunyi alatan muzik syaitan.

Walhal para ulama sejak dahulu telah sepakat secara ijmak mengharamkan alat-alat muzik berdasarkan nas-nas Al-Quran dan al-Sunah.

Kata seorang ulama besar mazhab al-Syafie, Imam Ibnu Hajar al-Haithami:

الأوْتَارُ وَالمعَازِفُ كَالطُّنْبُور وَالعُود والصَّنْج .. وَغَيْرُ ذَلِكَ مِنْ الآلاتِ المشْهُورَة عِنْدَ أهْل اللَّهْو وَالسَّفَاهَة وَالفُسُوق وَهِذِهِ كُلُّهَا مُحرَّمَة بِلا خِلافٍ.

“Alat-alat muzik seperti rebana, mandolin, simbal… dan alatan lain yang digunakan oleh orang-orang yang suka berhibur dan berpesta daripada kalangan orang-orang fasik, semuanya adalah haram tanpa khilaf.”

[Kaf al-Ra’a An Muharrmaat al-Lahwi Wa al-Sama’, hlm. 118]

Beliau menegaskan bahawa barang siapa mengatakan ia merupakan antara permasalahan khilafiah maka dia telah silap atau dikuasai oleh hawa nafsunya sehingga menjadi pekak lagi buta lalu tidak dapat melihat kebenaran.

Kata Imam al-Baghawi:

وَاتَّفَقُوا عَلَى تَحْرِيم المَزَامِيرِ وَالملاهِي وَالْمَعَازِف.

“Mereka sepakat tentang haramnya alat-alat muzik.”

[Syarah al-Sunah, 12/383]

Kata Ibnu Qudamah:

آلَةُ اللَّهْوِ كَالطُّنْبُورِ وَالْمِزْمَارِ … آلَةٌ لِلْمَعْصِيَةِ بِالْإِجْمَاعِ.

“Alat-alat muzik seperti rebana dan seruling… ialah alat-alat maksiat secara ijmak.”

[al-Mughni, 9/132]

Antara ulama lain yang turut menukilkan ijmak haramnya muzik ialah Imam al-Qurtubi, Abu al-Fath Salim bin Ayyub al-Razi al-Syafie, Imam Ibnu Jarir al-Tabari, Imam al-Ajuri, Imam Abu al-Tayyib al-Tabari al-Syafie, Imam Ibnu al-Salah dan yang lain.

Jangan undang murka Allah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Jamadilakhir1444H
03 Januari 2023

Similar Posts

  • | |

    ‘SALAFIYYAH JIHADIYYAH’: USTAZ MENANGGUK DI AIR KERUH

    Berita kejadian dua anggota polis terkorban dalam serangan atas sebuah balai polis semalam oleh suspek dipercayai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) mendukacitakan umat Islam. Takziah buat semua ahli keluarga mangsa. Tidak kurang mendukacitakan apabila seorang ustaz bertindak mengambil kesempatan mengaitkan suspek kejadian dengan ideologi yang beliau namakan sebagai ‘Salafiyyah Jihadiyah’….

  • | |

    SYIAH PEMUJA KUBUR

    Berdepan tekanan geopolitik dan ancaman perang dengan Amerika, tular rakaman menunjukkan pimpinan tertinggi negara Syiah, Iran, menziarahi pusara Khomeini. Video tersebut memaparkan binaan besar dan megah didirikan di atas kuburan bekas pemimpin Syiah itu. Malah, di salah satu bahagian sisinya turut disediakan tempat khas untuk solat dan beribadah. Perbuatan menjadikan…

  • | |

    PROPAGANDA SYIAH

    PROPAGANDA SYIAH Kebelakangan ini ada yang berkongsi berita kononnya kerajaan Arab Saudi kini menolak fahaman Wahabi kerana ia merupakan aliran yang ekstrem dan berideologi takfir (mengkafirkan sesama Muslim). Untuk makluman, ini hanyalah propaganda yang dijaja oleh saluran TV Syiah Iraq yang terkenal permusuhan mereka terhadap Sunni khususnya Arab Saudi. Sumber:…

  • | |

    KUBUR atau MAKAM?

    – Penggunaan istilah ‘makam’ bagi kubur – Kesyirikan di ‘Makam’ Syeikh Ahmad al-Badawi, Mesir Istilah makam berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kedudukan, martabat, tempat dan seumpamanya. Dalam bahasa Melayu pula makam antaranya diertikan sebagai kubur orang yang dihormati seperti nabi, para wali, keluarga diraja dan sebagainya. Menariknya, istilah makam…

  • | |

    SEMBAH KUBUR DI NEGARA ISLAM

    Syeikh Muzammil Faqiri, seorang pendakwah Sudan menunjukkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para dai di negaranya. Kelihatan beberapa bangunan berkubah tiga segi dibina di atas sesetengah kubur di Sudan. Sesetengah masyarakat Islam di sana mempercayai bahawa penghuni kubur-kubur ini memiliki keistimewaan-keistimewaan di samping mampu memberi manfaat-manfaat tertentu buat para pengunjungnya…

  • |

    ILMU FALSAFAH

    # Ilmu Kalam # Pendirian Imam asy-Syafii Ilmu falsafah berkait rapat dengan pengetahuan yang diperoleh dengan cara berfikir serta membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Ia berasal dari Yunani (Greek). Ilmu Kalam pula adalah kesinambungan daripada ilmu falsafah yang tersebar dalam kalangan umat Islam melalui penterjemahan buku-buku…