|

TALAM DUA MUKA

Antara seburuk-buruk orang ialah orang yang bermuka dua.

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ‌ذُو ‌الْوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ.

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah orang yang bermuka dua; dia mendatangi satu kelompok dengan muka sekian dan satu kelompok lain dengan muka yang lain.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Orang yang talam dua muka perwatakannya seperti orang munafik; orang yang berpura-pura.

Dia mendatangi setiap kelompok dengan apa yang disukai oleh kelompok itu dengan menzahirkan kebersamaannya dengan kelompok itu dan memusuhi lawannya walhal hakikatnya dia hanya berpura-pura, berbohong dan bermuslihat dengan tujuan untuk mengetahui rahsia setiap kelompok itu.

Sikap yang amat buruk lagi jahat.

Sedangkan Muslim yang sejati ialah orang yang berpegang kepada prinsip kebenaran, jujur lagi amanah.

Sentiasa bersikap nasihat, berpesan-pesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Zulhijah 1444H
05 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    KEBENARAN TIDAK BOLEH DIPAKSA

    Muslim disuruh supaya memberi ingatan yang baik, tegur-menegur di samping mengajak manusia lain kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Sekadar menyampaikan, tanpa paksaan. Terserah kepada empunya badan untuk menerimanya atau tidak. Firman Allah ﷻ: وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَأٓمَنَ مَن فِي ٱلۡأَرۡضِ كُلُّهُمۡ جَمِيعًاۚ أَفَأَنتَ تُكۡرِهُ ٱلنَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ “Dan jika…

  • | | |

    PASANGAN YANG BUATKAN RAMBUT BERUBAN SEBELUM MASANYA

    Antara doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ ialah memohon perlindungan daripada lima golongan manusia iaitu: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنَهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يرْعَانِي إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى…

  • |

    KEDUDUKAN HADIS SEBAGAI HUJAH

    Hadis menjadi hujah dengan sendirinya. Hadis sahih tidak perlu kepada sokongan daripada pendapat mana-mana ulama atau mazhab untuk diamalkan. Malah pendapat ulama dan mazhab itulah yang perlu kepada sokongan dalil daripada Al-Quran dan hadis. Kata Imam al-Syafie: وَيَجِبُ أنْ يُقْبَلَ الخَبَرُ فِي الوَقْتِ الَّذِي ثَبَتَ فِيهِ وَإنْ لمَ يَمْضَ عَمَلٌ…

  • |

    HUKUM ORANG KAFIR MASUK MEKAH & MADINAH

    Orang-orang kafir dibolehkan masuk ke Madinah untuk berniaga dan sebagainya tetapi tidak dibenarkan menetap di dalamnya. Kata Ibnu Qudamah “Ini kerana orang-orang Nasrani berniaga di Madinah pada zaman Omar radiallahuanhu.” [al-Mughni, 9/286] Tambah lagi, Nabi ﷺ telah menerima kedatangan delegasi Thaqif dan Najran yang terdiri daripada kalangan orang-orang bukan Islam…

  • |

    TAKLID BUTA

    – Video mentaliti haiwan ternak Taklid sememangnya buta. Ikut bulat-bulat sesuatu perbuatan kerana orang lain melakukannya tanpa mengetahui alasan atau sebabnya. Tidak mahu belajar dan tidak mahu bertanya. Sekadar mengambil jalan mudah kerana malas berfikir. Sikap ini ada dalam mana-mana masyarakat, tidak mengenal batas usia, muda atau tua, lelaki atau…

  • |

    LĠBŤ SEKS SONGSANG

    Perbuatan liwat merupakan jenayah yang lebih berat dan lebih jijik daripada zina. Para ulama antaranya Imam Ibnu al-Qayyim menjelaskan bahawa perbuatan jijik ini turut dijauhi oleh haiwan sehingga tidak diketahui bahawa ada keldai jantan yang mendatangi keldai jantan lain, kambing jantan mendatangi kambing jantan lain atau anjing jantan mendatangi anjing…