|

WAHABI: GELARAN DARI ORANG BANKRAP HUJAH

Apabila tidak dapat balas hujah maka mereka bertindak melemparkan gelaran ‘buruk’ ini kepada lawan.

Tujuannya untuk mencemarkan nama baik di samping menimbulkan kesangsian dan keraguan orang ramai terhadap lawannya itu.

Senjata ampuh menurutnya.

Walhal ini bukan cara yang diajar oleh Islam.

Hujah sepatutnya dibalas dengan hujah dan sebarang perselisihan perlu diurus dengan sebaiknya, dengan jalan ilmu.

Firman Allah ﷻ:

فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ

“Jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.”

[Al-Quran, al-Nisa’, 4: 59]

Sebarang perselisihan perlu dikembalikan kepada Al-Quran dan al-Sunah bagi menilai dan menyaring setiap pendapat dan menentukan pendapat mana yang selari dengan dalil wahyu itu.

Proses ini dilakukan dengan teratur dan beradab.

Adapun mengambil jalan pintas dengan memberi gelaran dan label buruk kepada lawan maka itu salah dan dilarang oleh agama.

Firman Allah ﷻ:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum mencemuh dan merendah-rendahkan kaum yang lain, (kerana) harus pihak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu pihak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kaum perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu gelar-menggelar antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim.”

[Al-Quran, al-Hujuraat, 49:11]

Justeru Islam melarang perbuatan gelar-mengelar antara sesama Muslim dan ia dianggap perbuatan fasik di mana orangnya perlu bertaubat agar tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang zalim.

CATATAN

Jalan mudah untuk tamatkan sebarang perbahasan:

“Kau Wahabi!”

Peliknya, penggelar itu sendiri mungkin tidak tahu maksud ‘Wahabi’ itu manakala yang digelar pula tidak tahu kenapa dia digelar sedemikian.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Zulhijah 1444H
03 Julai 2023

Similar Posts

  • | |

    TULISAN SINGKATAN SELAWAT NABI (SAW) TIDAK WAJAR

    – Orang bakhil Umat Islam sangat dituntut supaya berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا. “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera…

  • |

    HUKUM MAIN KUTU

    HUKUM MAIN KUTU Iaitu perbuatan mengumpul wang pada setiap bulan (minggu dan lain-lain) daripada para peserta lalu ditentukan giliran orang yang menerimanya secara undian dan seumpamanya. Syeikh Al-Albani rahimahullah menegaskan bahawa perbuatan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN. Oleh yang demikian ia TIDAK DIBENARKAN. Kata beliau, “Ia adalah perjudian jika ia…

  • |

    KEMALANGAN KERETA TETAPI TETAP JAGA SOLAT

    Tular video dua orang pemandu kereta yang baru kemalangan sedang menunaikan solat Maghrib berjemaah sementara menunggu pihak berwajib tiba. Indahnya Islam. Muslim itu luar biasa. Keutamaan menjaga solat, hubungan persaudaraan Islam, toleransi dan sifat memaafkan antara satu sama lain. Allah ﷻ berfirman: رِجَالٞ لَّا تُلۡهِيهِمۡ تِجَٰرَةٞ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ…

  • |

    MENERIMA SEGALA TAKDIR

    Apa yang Allah takdirkan untuk engkau jauh lebih bagus daripada apa yang engkau harapkan. Ini kerana Allah berfirman: وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡئا وَهُوَ خَيۡر لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡئا وَهُوَ شَرّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan…

  • |

    KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA)

    KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA) . . . Memberi pinjaman ikhlas tanpa mengenakan riba, dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia menjanjikan pahala ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. . . . Firman Allah: . . . مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ…