|

MEDIA SOSIAL: PENGGUNA NAMA SAMARAN

Muslim perlu mengambil berat tentang sumber dari mana dia mengambil pengetahuan agamanya.

Kata ulama besar salaf, Ibnu Sirin:

‌إِنَّ ‌هَذَا ‌الْعِلْمَ ‌دِينٌ، فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ.

“Sesungguhnya ilmu ini agama maka lihatlah daripada mana kalian ambil agama kalian.”

[Sahih Muslim, 1/14]

Ini bererti memastikan sumber yang betul adalah penting dalam menerima apa-apa yang berkaitan dengan agama.

Masakan tidak sedangkan ia mungkin berkait dengan soal halal haram, pahala dosa dan tempat di akhirat kelak sama ada syurga atau neraka.

Ini serius, tidak wajar dipandang mudah.

Maka pengguna-pengguna media sosial harus berhati-hati dengan mereka yang berbicara tentang agama tetapi dalam masa yang sama berselindung di sebalik nama-nama samaran.

Mereka seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

Dalam ilmu riwayat golongan ini dinamakan ‘majhul’ yakni orang-orang yang tidak dikenali dan riwayat mereka dihukum daif dan ditolak.

Justeru mengetahui nama sebenar seseorang adalah penting untuk mengetahui latar belakangnya terutamanya pengajian agamanya.

Akhirnya, hanya golongan thiqah yang dipercayai harus diterima dan dijadikan sumber manakala golongan ‘majhul’ seperti mana mereka yang menggunakan nama-nama samaran harus diketepikan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Zulhijah 1444H
02 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    MENCARI KEBENARAN ATAU BERSILAT LIDAH

    Dalam setiap permasalahan, sekiranya penjelasan yang mencukupi sudah diberikan maka bicara selebihnya akan membawa kepada perbalahan. Perbalahan di mana kebiasaannya lawan rasa kagum dengan pendapatnya sendiri, kebenaran yang dibawa jadi lemah, hati bertukar keras manakala kekeliruan dan kesulitan semakin bertambah. Muslim yang bijak akan menjauhi situasi-situasi seperti ini. Oleh itu…

  • |

    ‘KEADILAN’ BARAT

    Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’. Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara. Itu hukumannya. Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup. Disediakan…

  • |

    LIMA JENIS ANAK

    LIMA JENIS ANAK Jenis-jenis Anak: PERTAMA: Anak yang tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak derhaka. KEDUA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya secara terpaksa. Anak yang tidak mendapat pahala. KETIGA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh tetapi kemudian mengungkit-ungkitnya sampai menyakiti orang tuanya, membentak…

  • |

    MANUSIA SEPERTI BUKU

    MANUSIA SEPERTI BUKU Ada buku yang dibaca dapat difahami dan diambil manfaat daripadanya. Dalam masa yang sama, ada buku yang dibaca tetapi isinya tidak dapat difahami. Terdapat juga buku yang dibaca tetapi maklumatnya tidak disampaikan dengan betul maka ia menimbulkan salah faham pembacanya. Demikian ada buku yang luarannya tampak cantik…