|

TALAM DUA MUKA

Antara seburuk-buruk orang ialah orang yang bermuka dua.

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ‌ذُو ‌الْوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ.

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah orang yang bermuka dua; dia mendatangi satu kelompok dengan muka sekian dan satu kelompok lain dengan muka yang lain.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Orang yang talam dua muka perwatakannya seperti orang munafik; orang yang berpura-pura.

Dia mendatangi setiap kelompok dengan apa yang disukai oleh kelompok itu dengan menzahirkan kebersamaannya dengan kelompok itu dan memusuhi lawannya walhal hakikatnya dia hanya berpura-pura, berbohong dan bermuslihat dengan tujuan untuk mengetahui rahsia setiap kelompok itu.

Sikap yang amat buruk lagi jahat.

Sedangkan Muslim yang sejati ialah orang yang berpegang kepada prinsip kebenaran, jujur lagi amanah.

Sentiasa bersikap nasihat, berpesan-pesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Zulhijah 1444H
05 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    TAHZIR

    – Murid mengkritik guru Tahzir ialah membuat kritikan terhadap seseorang sehingga memberi amaran dan peringatan supaya dijauhi orang tersebut. Kritikan terhadap seseorang semestinya perlu didasari ilmu dan kebijaksanaan. Antara kesalahan dalam bab ini ialah apabila murid lantang mendahului guru-guru mentahzir seseorang guru secara spesifik. Ini tidak wajar. Cuai dan terburu-buru…

  • |

    ISLAM MEMERANGI KEGANASAN

    Keamanan merupakan nikmat besar kurniaan Allah ﷻ. Maslahat negara dan masyarakat tidak akan dapat direalisasikan tanpa ada keamanan. Justeru sebarang tindakan menggugat keamanan dan keharmonian awam menyalahi syariat Islam, hukumnya haram dan termasuk dalam dosa besar. Termasuklah perbuatan menumpahkan darah dan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Firman Allah ﷻ: مَن…

  • |

    UCAPAN TAKZIAH SYEIKH SULAIMAN AL-RUHAILI

    Syeikh Sulaiman al-Ruhaili, pensyarah di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan pengajar di Masjid Nabawi membuat hantaran di X (Twitter) mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas. Dalam hantaran itu beliau menyatakan dengan menyebut nama Allahyarham dengan gelaran ‘al-Ustaz al-Syeikh’ terdiri dalam kalangan ilmuwan terawal di Indonesia…

  • |

    MATI KEMALANGAN SYAHID

    Sebahagian ulama melihat bahawa orang yang mati kemalangan dalam kategori mati syahid akhirat sama seperti mereka yang mati dalam runtuhan yang disebut dalam hadis. Sabda Nabi ﷺ: ‌الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحب ‌الْهدم والشهيد فِي سَبِيل الله “Orang-orang yang mati syahid ialah lima; orang yang mati kerana taun, mati…

  • |

    NAMA SEBENAR ABU BAKAR AL-SIDDIQ & ABU HURAIRAH

    Semua kenal Abu Bakar al-Siddiq radiallahuanhu, Sahabat yang paling rapat dengan Nabi ﷺ dan khalifah pertama umat Islam, di samping Abu Hurairah radiallahuanhu, Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi ﷺ. Tetapi ramai mungkin menyangka bahawa kedua-dua nama Abu Bakar al-Siddiq dan Abu Hurairah ialah nama sebenar mereka. Jawapannya…