Isu nyanyian dan muzik merupakan antara isu yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat Islam. Sebahagian menganggapnya sebagai sekadar hiburan yang harus, manakala sebahagian yang lain menegaskan bahawa syariat telah menetapkan hukum yang jelas mengenainya.

Justeru, persoalan ini hendaklah dinilai berdasarkan dalil Al-Quran, hadis sahih dan kefahaman para Salaf, bukan semata-mata menurut adat, budaya atau kecenderungan peribadi.

Buku ini menghimpunkan dalil-dalil daripada Al-Quran, hadis, athar para Sahabat serta penjelasan para imam mazhab dan ulama muktabar berhubung hukum nyanyian dan muzik. Turut dibincangkan hujah-hujah golongan yang mengharuskannya berserta jawapan ilmiah terhadap syubhah-syubhah yang diketengahkan. Selain itu, buku ini menjelaskan sisi bahaya nyanyian dan muzik terhadap agama dan akhlak, di samping menerangkan bentuk-bentuk nyanyian dan muzik yang diharuskan oleh syariat.

Disusun dengan bahasa yang mudah, ringkas dan padat, buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi sesiapa yang ingin memahami hukum nyanyian dan muzik berdasarkan nas-nas syarak serta pendirian para ulama Salaf. Semoga ia menjadi panduan ke arah beramal dengan ilmu dan memelihara diri daripada perkara yang dimurkai Allah.

HUKUM BOIKOT BARANGAN ORANG KAFIR

Posted on
Reading Time: 2 minutes
Ada dua keadaan: Keadaan Pertama:Jika Diarah oleh Pemerintah Jika pemerintah sesebuah negara Islam memerintahkan supaya barangan tertentu atau barangan negara-negara tertentu diboikot maka rakyat negara tersebut wajib mentaati arahan itu…

FAHAMAN PARA SAHABAT

Posted on
Reading Time: 1 minute
Kata murid Imam al-Syafii, Imam Ahmad bin Hanbal: “Asas pegangan Sunah kami ialah berpegang kepada fahaman para Sahabat Rasulullah ﷺ dan mencontohi mereka di samping meninggalkan hal-hal bidaah. Sedangkan semua…

PERNAHKAH NABI PANGGIL WAHAI KAFIR?

Posted on
Reading Time: 1 minute
Jawapannya, ya. Bahkan itu yang diperintahkan ke atas Nabi ﷺ oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya ﷻ: قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡكَـٰفِرُونَ “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!” [Al-Quran, al-Kafirun, 109:1] Perintah…

CETAKAN BAHARU BUKU SYARAH HADIS 40 IMAM NAWAWI

Posted on
Reading Time: 1 minute
Alhamdulillah, cetakan baharu Buku Syarah Hadis 40 Imam Nawawi (BSH40) telahpun siap. Segar dan panas dari kilang cetak. Buat mereka yang telah infak dan membuat tempahan, penghantaran kepada sekolah-sekolah tahfiz…

PUASA UNTUK ALLAH, BUKAN BERSOLIDARITI

Posted on
Reading Time: 2 minutes
Niat memainkan peranan cukup besar dalam ibadah. Setiap amalan bergantung pada niat dan bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya. Hanya amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah diterima. Sedangkan amal…

KASIHAN MUALAF

Posted on
Reading Time: 1 minute
Selepas ucap kalimah syahadah disuruh menghadap kubur pula. Dilema antara gembira dan sedih. Gembira dengan adanya Muslim saudara baharu. Tetapi sedih kerana dikelirukan oleh golongan pelampau pemuja kubur. Sedangkan Islam…

IJAB KABUL NIKAH

Posted on
Reading Time: 1 minute
Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi. Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan. Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan…

UCAPAN KUFUR: ANAK-ANAK TAK MINTA DILAHIRKAN

Posted on
Reading Time: 2 minutes
“Anak-anak tak minta dilahirkan. Ibu dan ayahlah yang memilih untuk melahirkan mereka. Jadi jangan nak ungkit tentang penat lelah mengandung dan sakit payah melahirkan.” Demikian kenyataan tular di media sosial…

MATI ATAS AL-SUNAH

Posted on
Reading Time: 1 minute
Kata al-Marrudzi (wafat 275H): “Aku bertanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad): Adakah orang yang mati atas Islam dan al-Sunah mati dalam keadaan yang baik?” Imam Ahmad menjawab: “Diam engkau! Bahkan…

Seruan Jihad Perlu Dengan Meraikan Syarat-syaratnya

Posted on
Reading Time: 2 minutes
SOALAN Ada yang berhujah untuk apa yang berlaku di Palestin dengan ayat: أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.” [Al-Quran,…

YAHUDI SERANG GAZA PALESTIN

Posted on
Reading Time: 1 minute
Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin dan segerakanlah hukumanMu ke atas golongan pelampau yang menindas. Berikan perlindungan dan keamanan buat kaum Muslimin di sana. Awas tipu daya Yahudi laknatullah…

MENJAUHI FITNAH AKHIR ZAMAN

Posted on
Reading Time: 1 minute
Fitnah dengan erti cubaan dan ujian serta keburukan dan bencana. Sabda Nabi ﷺ: سَتَكُونُ ‌فِتَنٌ، ‌الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي،…

KEPERCAYAAN MUSLIM

Posted on
Reading Time: 1 minute
Akidah kepercayaan Muslim bukanlah apa yang mengikut kehendaknya atau kehendak gurunya sebaliknya mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah ﷻ, Rasulullah ﷺ dan ijmak kesepakatan Salaf generasi pendahulu umat Islam. Berdasarkan…

Cetakan kedua Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi

Posted on
Reading Time: 2 minutes
Alhamdulillah, buku Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi yang diterbitkan beberapa bulan lepas telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para pembaca. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Maklum balas yang diterima setakat…