|

MENCELA ULAMA

Orang-orang munafik pada zaman Rasulullah ﷺ mencela para Sahabat dengan berkata:

مَا رَأَيْنَا مِثْلَ قُرَّائِنَا هَؤُلاَءِ، أَرْغَبُ بُطُوْناً، وَلاَ أَكْذَبُ أَلْسُناً، وَلاَ أَجْبَنُ عِنْدَ اللِّقَاءِ.

“Kami tidak pernah melihat orang-orang yang seperti para pembaca Al-Quran ini (para Sahabat) yang mana perut mereka besar, banyak berbohong dan paling pengecut apabila berdepan dengan musuh.”

[Tafsir al-Tabari, 6/409]

Mereka menuduh para Sahabat sebagai orang yang tamak dunia dan kuat makan sampai jadi buncit di samping banyak berbohong dan bersifat penakut sedangkan realitinya sifat-sifat ini lebih sinonim dengan sifat-sifat mereka sendiri berbanding para Sahabat.

Sememangnya antara ciri utama orang munafik ialah banyak berdusta, dan tiadalah mereka menyembunyikan kekufuran mereka melainkan kerana mereka pengecut, cinta kepada dunia.

Peliknya, mereka menuduh pula para Sahabat dengan sifat-sifat tersebut.

Sedangkan sifat warak dan zuhud para Sahabat menjadi contoh buat umat Islam yang datang kemudian manakala periwayatan hadis mereka dinilai sahih dan diterima oleh para ulama.

Para ulama hadis sepanjang zaman sepakat menyatakan bahawa para Sahabat, semuanya tanpa kecuali adalah thiqah, dipercayai lagi adil.

Adapun keberanian dan kepahlawanan para Sahabat sudah pun terserlah dalam perang-perang besar yang mereka lalui dalam perang Badar, Uhud, Ahzab dan lain.

Jelasnya tuduhan buruk kaum munafik kepada para Sahabat hanyalah pernyataan tentang sifat-sifat mereka sendiri.

Ibarat pepatah ‘Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih’.

Inilah realiti hakikat golongan pencela para ulama.

Ketika mana mereka tidak mampu menolak hujah dan dalil yang dikemukakan oleh para ulama Rabbani dalam membahaskan isu-isu dan permasalahan-permasalahan maka mereka menggunakan taktik kotor lagi jahat dengan melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas bagi menimbulkan persepsi buruk terhadap para ulama dan menjauhkan masyarakat daripada mereka.

Jika para Sahabat yang merupakan barisan ulama pada zaman dahulu dicela sedemikian rupa maka bagaimana pula agaknya dengan barisan ulama Rabbani pada hari ini?

Syeikh Bin Baz, Syeikh al-Albani, Syeikh Ibnu Uthaimin, Syeikh al-Fauzan dan yang lain.

Mereka ini juga tidak terlepas daripada celaan.

Ulama istana, ulama pemerintah, ulama haid nifas, ulama pengampu, ulama yang tidak faham waqi’ realiti semasa, ulama kerusi yang tidak berjihad…

Demikian antara tuduhan dan cercaan yang dilemparkan ke atas mereka.

Apakan daya inilah antara tanda-tanda akhir zaman, ilmu berkurang manakala kejahilan dan kesesatan berleluasa.

Sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ:

إِنَّ اللَّهَ ‌لَا ‌يَقْبِضُ ‌الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فضلوا وأضلوا.

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan dicabut dari dada-dada manusia tetapi Dia mencabut ilmu dengan dimatikan para ulama sehinggakan apabila tiada lagi ulama yang tinggal maka orang ramai mengangkat orang-orang jahil lalu mereka ditanya dan mereka berfatwa tanpa ilmu sehingga kesudahannya mereka jadi sesat lagi menyesatkan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
03 Jamadilakhir 1445H
17 November 2023

Similar Posts

  • |

    HADIS AL-BARA’ BIN AZIB TENTANG AZAB KUBUR

    Berkata Al-Bara’ bin Azib radiallahuanhu: “Kami keluar bersama Nabi ﷺ membawa jenazah seorang lelaki Ansar sehingga kami pun sampai di perkuburan. Sementara menunggu jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, Rasulullah ﷺ pun duduk (mengadap kiblat) dan kami pun ikut duduk di sekeliling baginda seolah-olah di atas kepala kami terdapat seekor…

  • |

    BULU KUCING BUKAN NAJIS

    Tular di media sosial pandangan sesetengah pihak yang kata bulu kucing najis, justeru kucing seeloknya diletakkan di luar rumah agar bulunya tidak jatuh merata dan dapat solat dengan tenang tanpa waswas. Pertamanya, perlu ditegaskan bahawa pandangan di atas adalah salah dan bersifat ghuluw melampau. Sebetulnya kucing ialah binatang suci, bukan…

  • |

    HUBUNGAN HAMAS-IRAN

    Pemimpin Hãmãs, Ismail Haniyeh, menjelaskan bahawa perang antara Hãmãs dan Israel antara lain bertujuan untuk melemahkan Israel dan mengalihkan perhatiannya. Ia bagi mengelakkan pertembungan langsung antara Israel dan Iran, kata beliau. (Lihat video di lampiran) Dalam perkembangan lain, jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Ramadan Syarif mendedahkan bahawa Taufan al-Aqsa yang dilancarkan…

  • |

    ULAMA TAK BERSUARA?

    Antara fitnah akhir zaman serta kekacauan dan kecelaruan yang menimpa atas umat Islam ialah ketika mana timbulnya golongan awam dan jahil yang mengedepankan diri mereka dengan pandangan dan saranan buat seantero masyarakat. Golongan ini memberi pendapat dan komen malah mungkin sampai berfatwa secara melulu dan membuta sedangkan mereka tidak pernah…

  • | |

    I Follow Jesus???

    “I Follow Jesus”??? . . . Adakah seorang Muslim boleh mengucapkan perkataan-perkataan seperti ini? . . . Sekiranya diamati, kita tidak akan dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa perkataan ini adalah salah, atau paling tidak, seeloknya dielakkan kerana ia mengelirukan. . . . Ini kerana dalam sebuah peristiwa ketika mana…

  • |

    Air Ruqyah vs Air Yasin

    Air Ruqyah vs Air Yasin Tegahan Mengkhususkan Malam Jumaat / Siangnya dengan Ibadah-Ibadah tertentu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أن رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال “لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلا تَخْتَصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومهُ أحدكُم” Daripada Abu…