|

IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)

Alhamdulillah setelah dipermudahkan urusan peperiksaan lisan (viva) yang berlangsung semalam pagi ini menerima pula surat perakuan lulus dan layak menerima ijazah kedoktoran dengan beberapa pembetulan.

Segala puji bagi Allah ﷻ.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu dan memberi semangat sepanjang pengajian berlangsung, keluarga dan sahabat handai.

Jasa baik barisan para penyelia, pemeriksa dan pusat pengajian tidak akan dilupakan. Hanya Allah ﷻ jua yang dapat membalasnya.

Jazakumullahu khaira.

Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Jamadilakhir 1443H /
26 Januari 2022

Similar Posts

  • | |

    BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG?

    BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG? Berlegar di media sosial video sebahagian yang menukilkan sebuah hadis dengan lafaz: “JIKA TERBIT BINTANG MAKA AKAN DIANGKAT PENYAKIT DARIPADA PENDUDUK SEMUA NEGERI.” Untuk makluman, hadis ini DAIF. Perbahasan Tentang Perawi & Lafaz Hadis: Lafaz hadis: إذَا طَلَعَ النَّجْمُ رُفِعَت العَاهَة عَنْ أهْلِ كُلِّ بَلَدٍ. “Jika…

  • |

    MENCARI KEBENARAN ATAU BERSILAT LIDAH

    Dalam setiap permasalahan, sekiranya penjelasan yang mencukupi sudah diberikan maka bicara selebihnya akan membawa kepada perbalahan. Perbalahan di mana kebiasaannya lawan rasa kagum dengan pendapatnya sendiri, kebenaran yang dibawa jadi lemah, hati bertukar keras manakala kekeliruan dan kesulitan semakin bertambah. Muslim yang bijak akan menjauhi situasi-situasi seperti ini. Oleh itu…

  • | |

    HADIS SAHIH SYÍAĤ

    HADIS SAHIH SYÍAĤ Berbeza dengan Ahli Sunah, golongan Syĩaħ mempunyai kaedah mereka yang tersendiri bagi menentukan sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak. Syĩaħ membahagikan hadis kepada sahih, dipercayai (muwath’thaq), lemah (daif) serta tertolak (mardud) atau palsu (makdhub). Bagi Syĩaħ hadis sahih ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul…

  • |

    PENYELESAIAN WABAK KORONAVIRUS DI LANGIT – PERDANA MENTERI ITALI

    PENYELESAIAN WABAK KORONAVIRUS DI LANGIT – PERDANA MENTERI ITALI Perdana Menteri Itali Conte berkata: “Kami tidak lagi dapat mengawal epidemik ini. Kami telah tewas secara fizikal dan mental. Kami tidak lagi tahu apa yang perlu dilakukan. Segala langkah penyelesaian yang ada di bumi sudah dilakukan. Apa yang tinggal ialah PENYELESAIAN…

  • |

    PEGAWAI ARAB vs USTAZ

    – Baca Al-Quran di Kubur Siti Khadijah, Mekah – Menghadiahkan bacaan Al-Quran menurut Imam al-Syafie Tular rakaman video seorang pegawai Arab menegur sekumpulan jemaah umrah dari beberapa buah negara termasuk Malaysia di Perkuburan Ma’la, Mekah tempat letaknya kubur isteri Nabi ﷺ, Khadijah binti Khuwailid radiallahuanha. Kedengaran pegawai Arab berkenaan berkata…

  • |

    PENAFIAN AFILIASI POLITIK

    – UMNO & Hizbi Sekian lama saya mendengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa Ustaz Idris Sulaiman orang parti UMNO yang menerima dana tertentu daripadanya dan beliau seorang ‘hizbi’. ——————- Pengertian Hizbi: HIZBI ——————- Seingat saya cakap-cakap ini sudah mula sejak hampir 10 tahun lalu. Saya tidak menyangka bahawa cakap-cakap ini bertahan…