Skins from eaten watermelon on a tray. A lot of delicious watermelon after a picnic in nature

BERGURAU MELEMPAR KULIT TEMBIKAI

– Anjuran Bergurau Senda
– Perbuatan Sahabat Nabi ﷺ

Daripada Bakr bin Abdullah RA, katanya:

كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَتَبَادَحُونَ بالبَّطِيخ، فإِذا كَانَت الحَقَائِقُ كَانُوا هُمُ الرِّجَالُ.

“Dahulu para Sahabat Nabi ﷺ saling melempar menggunakan (kulit) tembikai (untuk bergurau) sedangkan dalam situasi serius merekalah lelaki sejati.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad]

Perbuatan Sahabat Nabi ﷺ di atas membawa erti keharusan bergurau senda dengan kenalan dan sahabat handai dalam ruang lingkup yang dibolehkan oleh Syarak di samping tidak bermasam muka dan tidak sentiasa bersikap serius.

Demikian telah sabit Nabi ﷺ bergurau dengan para Sahabat. Hanya sahaja baginda ﷺ senantiasa menjaga batas-batasnya, tidak sampai berbohong, menyinggung perasaan atau menjatuhkan air muka.

Daripada Abu Hurairah RA, katanya:

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، إنَّكَ تُدَاعِبُنَا! قَالَ: إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَّا حَقًّا.

“Mereka berakta: Wahai Rasulullah, engkau bergurau senda dengan kami! Kata baginda ﷺ: (Hanya sahaja) aku senantiasa berkata apa yang benar.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad]

Maksud di sini, perbuatan bergurau senda termasuklah dalam erti Sunah Nabi ﷺ bagi mereka menjaga batas-batasnya.

Adapun bergurau dengan melemparkan kulit tembikai secara khusus maka ia termasuk dalam kategori adat dan bukan ibadat.

Dengan kata lain, tidaklah umat Islam disyariatkan untuk bergurau senda dengan melemparkan kulit tembikai secara spesifik sebaliknya cara dan bagaimana untuk bergurau bergantung pada kesesuaian situasi dan keadaan.

Ini kerana ada perkara yang sesuai untuk sebahagian orang tetapi tidak sesuai untuk orang lain. Seperti mana ada perkara yang menggembirakan sebahagian orang tetapi menyakiti orang lain dan seterusnya.

——————-

Beza Sunah Ta’abbudi Dengan Sunah Adat:

BEZA SUNNAH TA’ABBUDI / SUNNAH ADAT

——————-

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Ramadan 1443H /
01 Mei 2022

Similar Posts

  • |

    GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS

    GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS Saya berpandangan bahawa perbuatan sebahagian netizen menyebarkan gambar-gambar kemalangan berserta identiti mangsa sewajarnya dielakkan. Bukan kerana ngeri semata-mata sebaliknya kerana sebab yang lebih besar iaitu: MENJAGA AIB sesama saudara MUSLIM. Sabda Nabi, “Barangsiapa menutup aib seorang Muslim nescaya Allah akan menutup aibnya pada Hari Kiamat.”…

  • |

    ETIKA BERPAKAIAN

    ETIKA BERPAKAIAN Cara seseorang berpakaian mencerminkan peribadi. Terdapat pakaian yang baik seperti mana terdapat pakaian yang buruk. Ungkapan Inggeris menyebut ‘First impression counts’ (Tanggapan pertama sangat penting). Kerana itu lumrah bagi manusia untuk menjaga pakaiannya apabila keluar rumah lebih-lebih lagi apabila ada urusan penting seperti temu duga kerja, majlis keramaian…

  • |

    LĠBŤ SEKS SONGSANG

    Perbuatan liwat merupakan jenayah yang lebih berat dan lebih jijik daripada zina. Para ulama antaranya Imam Ibnu al-Qayyim menjelaskan bahawa perbuatan jijik ini turut dijauhi oleh haiwan sehingga tidak diketahui bahawa ada keldai jantan yang mendatangi keldai jantan lain, kambing jantan mendatangi kambing jantan lain atau anjing jantan mendatangi anjing…

  • EQUAL / EQUALITY

    – Kenali istilah-istilah gerakan LĠBŤ Ramai mungkin tidak sedar bahawa tulisan EQUAL dan perkataan Equality (Kesamaan) kini membawa maksud tertentu yang berkait rapat dengan gerakan songsang LĠBŤ. Pada tahun 2013, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) telah melancarkan kempen ‘UN FREE & EQUAL’ bagi mempromosikan…

  • |

    TEGAHAN IKHTILAT

    Ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang oleh agama berdasarkan banyak dalil daripada Al-Quran dan hadis. Antaranya ialah apa yang dapat dilihat dalam kedudukan saf solat di mana Nabi ﷺ menempatkan kaum lelaki di hadapan manakala kaum perempuan di belakang. Secara prinsipnya dalam solat berjemaah seseorang…