Ancient city in desert and wonderful sky

BEZA SUNNAH TA’ABBUDI / SUNNAH ADAT

Sunnah dari sudut bahasa bererti jalan.

Ada pun jika dikatakan Sunnah Nabi, ia bermaksud jalan yang ditempuh oleh Nabi ﷺ sepanjang hidup baginda dari segala sudutnya.

Penting untuk difahami bahawa Sunnah Nabi terbahagi kepada dua:

1. Sunnah Ta’abbudi;

2. Sunnah Adat.

Sunnah Ta’abbudi merujuk kepada perbuatan-perbuatan baginda ﷺ yang bersifat ibadah seperti solat, puasa, zikir dan sebagainya.

Sunnah Adat pula ialah perbuatan-perbuatan baginda ﷺ yang melibatkan hal-hal keduniaan dan tidak menampakkan bahawa baginda menjadikannya sebagai suatu ibadah seperti menunggang keldai, tinggal di rumah tanah, memanjangkan rambut ke bahu dan seumpamanya.

Kita disuruh supaya mengikuti Sunnah baginda ﷺ yang pertama. Adapun Sunnah jenis yang kedua, zahirnya ia tidak lebih daripada sekadar membawa erti harus; bukan sunat dan bukan wajib.

Justeru adakah perbuatan baginda ﷺ berhutang merupakan suatu Sunnah Ta’abbudi untuk diikuti dan diteladani? Orang yang mengatakan sedemikian keliru dan tidak tahu membezakan antara kedua-dua jenis Sunnah di atas.

Catatan: Adakah dianjurkan mengerjakan haji dengan menunggang unta atas alasan Nabi ﷺ telah berbuat demikian? Usah keliru. Ia merupakan Sunnah Adat dan bukan Ta’abbudi.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Artikel berkaitan:

Adakah khatib dianjurkan memegang tongkat ketika berkhutbah?

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10219629688844620

Sumber gambar tangkap layar:

https://www.facebook.com/ustaztido/posts/3304911092880453

Idris bin Sulaiman
2 Muharram 1442H /
21 Ogos 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • IKUT HADIS ATAU TAKLID MAZHAB?

    – Pendapat ulama – Bila boleh taklid Muslim wajib berpegang kepada nas Al-Quran dan hadis berbanding mengikat dirinya pada mana-mana mazhab fiqah. Ini kerana kedua-dua Al-Quran dan hadis menjadi rujukan utama agama. Adapun pendapat ulama dan mazhab, sejauh mana penerimaannya bergantung pada sejauh mana kesesuaiannya dengan nas Al-Quran dan hadis….

  • GELARAN YANG DIBERI LAWAN KEPADA DAKWAH SALAF

    – Gelaran yang diberi lawan – Taimiyyah, Wahhabiyyah – Jamiyyah, Madkhaliyyah Dakwah Salaf ialah dakwah yang mengajak masyarakat Islam kembali menghayati ajaran Islam sebenar seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan al-Sunah serta mengikut apa yang dipraktikkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ. Salaf yang dari sudut bahasanya bererti ‘pendahulu’ adalah…

  • DAKWAH SALAFI MEMECAHBELAHKAN

    Benar, memecahbelahkan antara kebenaran dan kebatilan. Dakwah Salafi mengajak kepada Al-Quran dan al-Sunah mengikut pemahaman Salaf al-Soleh. Dakwah yang benar. Dakwah yang mengajak kepada fahaman generasi pendahulu umat Islam; para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin, golongan yang direstui dan puji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Dakwah Salafi menyeru agar…

  • WAJIB IKUT MANHAJ SALAF

    Muslim wajib ikut Salaf dalam akidah, ibadah dan manhaj. Manhaj Salaf merujuk kepada praktik para Sahabat Nabi ﷺ dalam beragama. Ini kerana para Sahabat adalah kaum manusia yang dipuji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi…

  • | |

    MENJAWAB 19 TUDUHAN ‘AJARAN WAHABI’

    Berikut jawapan ringkas terhadap 19 tuduhan mengenai ‘Ajaran Wahabi’. TUDUHAN PERTAMA: Meyakini Allah di Langit;Ahli Sunah Waljamaah (ASWAJA)Percaya Allah Wujud Tanpa Bertempat JAWAPAN: Golongan Salaf meyakini bahawa Allah ﷻ di atas langit, bukan di dalam langit. Allah ﷻ di atas Arasy, ‘istawa’ meninggi dan tetap di atasnya (bukan bersemayam), sebagaimana…

  • JALAN DAKWAH

    Dakwah menyeru manusia kepada agama Allah perlulah berdasarkan kepada keterangan dan bukti jelas nyata. Bukan atas kejahilan dan kesesatan. Kerana asas agama Islam ialah Al-Quran dan al-Sunah. Demikian hendaklah Al-Quran dan al-Sunah itu difahami mengikut fahaman generasi pendahulu Islam yang mulia, golongan Salaf al-Soleh, para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin….