| | |

DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH

TIADA sebarang doa atau amalan yang sabit daripada Nabi ﷺ, para Sahabat atau para ulama muktabar bersempena dengan berakhirnya tahun Hijrah dan awalnya.

Justeru segala apa dalam hal ini merupakan rekaan semata-mata serta tokok-tambah dalam Agama yang tidak diizinkan oleh Syariat.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

“Barangsiapa mengada-adakan sesuatu perkara baharu dalam urusan kita ini maka ia adalah TERTOLAK”.

Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sabdanya ﷺ:

“Barangsiapa melakukan sesuatu yang tidak menepati cara kami maka ia adalah TERTOLAK.”

Sahih. Riwayat Muslim.

Sesungguhnya reda ALLAH dan kasihNYA hanya akan diraih dengan kita menghayati SUNNAH Nabi, dan bukan dengan kita mengetepikannya lalu mengadakan amalan-amalan yang tidak dilakukan oleh baginda ﷺ.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Zulhijjah 1441H / 19 Ogos 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • | | | |

    PUASA BUKAN HANYA BERLAPAR DAHAGA

    Di samping menahan diri daripada makan minum Muslim turut diperintahkan meninggalkan kata-kata dusta, perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: ‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ. “Barang siapa tidak meninggalkan kata-kata dusta dan…

  • | | |

    R.I.P. (REST IN PEACE)

    R.I.P. (REST IN PEACE) . Mendoakan buat orang kafir yang mati dalam keadaan syirik dan kufur adalah dilarang. . Sekiranya sabit bahawa seseorang musyrik, Yahudi, Nasrani atau selain mereka daripada kalangan penganut agama kafir mati dalam keadaan kafir tanpa dia bertaubat, maka dalam keadaan sedemikian kita DILARANG mendoakan pengampunan dan…

  • | |

    MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…

  • |

    MARAH KERANA SOLAT

    MARAH KERANA SOLAT # Tanda hati sihat atau sakit Antara tanda kedudukan hati sihat atau sakit dapat dilihat berdasarkan reaksinya terhadap solat. Sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya ceria dan gembira manakala ketika mengerjakannya dia merasa tenang dan khusyuk maka ia tanda hati sihat. Berbeza pula sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya…

  • |

    MAJLIS ZIKIR BERGENDANG MENARI

    Celaan Allah ﷻ ke atas mereka yang menjadikan urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan. Firman Allah ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ. “Orang-orang yang menjadikan urusan-urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan, dan orang-orang yang…