| | |

ANJURAN PUASA HARI ASYURA (10 MUHARAM)

Muslim dianjurkan berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharam).

Ini berdasarkan hadis-hadis berikut:

HADIS 1

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَدِمَ الْمَدِينَةِ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ ‌عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ؟» فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ» فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَأَمَرَ بصيامه.

Daripada Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah ﷺ tiba di Madinah dan mendapati bahawa orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura. Rasulullah ﷺ bertanya kepada mereka “Apakah hari yang kamu puasa ini?” Mereka berkata “Ini merupakan hari kebesaran yang mana Allah telah menyelamatkan (Nabi) Musa dan kaumnya serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya manakala (Nabi) Musa telah berpuasa pada hari ini sebagai tanda bersyukur dan kami turut berpuasa pada hari ini. Kata Rasulullah ﷺ “Kami telah berhak dan lebih utama kepada Musa berbanding kamu.” Maka Rasulullah ﷺ berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya (kami) turut berpuasa padanya.

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

HADIS 2

وَعَن ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: حِينَ صَامَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ يَوْمَ ‌عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ يُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأصُومَن التَّاسِع».

Daripada Ibnu Abbas, katanya: Apabila Rasulullah ﷺ berpuasa pada Hari Asyura dan memerintahkan supaya (kaum Muslimin) turut berpuasa pada hari itu. Para Sahabat berkata “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ia merupakan hari kebesaran orang-orang Yahudi dan Nasrani. Kata Rasulullah ﷺ “Jika umurku panjang ke tahun hadapan nescaya aku akan turut berpuasa pada hari kesembilan (09 Muharam).”

[Sahih. Riwayat Muslim]

HADIS 3

صِيَامُ يَوْمِ ‌عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ.

“Aku mengharapkan kepada Allah bahawa puasa Hari Asyura dapat menghapus dosa-dosa setahun yang lalu.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Berdasarkan hadis-hadis ini dapat disimpulkan bahawa afdalnya berpuasa pada kedua-dua Hari Tasu’a (09 Muharam) dan juga Hari Asyura (10 Muharam) atau sekurang-kurangnya pada Hari Asyura (10 Muharam) sahaja dengan mengharapkan ganjaran pahala dihapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Muharam 1445H
26 Julai 2023

Similar Posts

  • | |

    SAF PERTAMA MASJID: SIAPA DULU DIA DAPAT

    Muslim disuruh bersegera ke masjid bagi mendapatkan saf pertama di hadapan apabila mendengar azan berkumandang bagi meraih fadilat kebaikannya. Sabda Nabi ﷺ: ‌لَوْ ‌يَعْلَمُ ‌النَّاسُ ‌مَا ‌فِي ‌النِّدَاءِ ‌وَالصَّفِّ ‌الْأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ. “Seandainya manusia tahu (kebaikan) apa…

  • |

    SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…

  • | |

    JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR

    JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR Tiada dalam Syarak hadis atau athar yang mengharuskan jamak antara solat Jumaat dan Asar. Apa yang ada hanya jamak antara solat Zohor dan Asar; bukan Jumaat. Asal hukum Syarak adalah tauqif. Tetapi mereka yang mengharuskan jamak Jumaat dan Asar berhujah dengan alasan bahawa Jumaat mengambil…

  • | |

    ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

    Ziarah kubur disyariatkan pada bila-bila masa sepanjang tahun untuk mengingati kematian dan Hari Akhirat, di samping mengambil iktibar serta pengajaran daripada mereka yang telah mendahului, memberi salam dan mendoakan kesejahteraan buat mereka. Nabi ﷺ bersabda: “Dahulu aku melarang kalian menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah ia, kerana ia mengingatkan kalian kepada…

  • | | | | |

    SYIAH RASA TIDAK SENANG DENGAN MALAYSIA

    SYIAH RASA TIDAK SENANG DENGAN MALAYSIA Seorang pemuka SYIAH menzahirkan rasa tidak senang dengan pemulihan hubungan baik antara MALAYSIA – ARAB SAUDI dengan melemparkan fitnah terhadap SPB Raja Permaisuri. Matilah kamu dengan kebencian kamu terhadap kaum Muslimin Ahli Sunah. Semoga ALLAH memelihara tanah air dan semua negara Islam daripada kebejatan…

  • | | | |

    SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH

    SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH Jika tidak habislah MAJLIS ILMU kita diganti dengan majlis tari-menari dengan atas nama MAJLIS ZIKIR. Catatan: Sebahagian umat Islam terus dicandukan dengan majlis-majlis seperti ini sehingga menyebabkan mereka miskin ilmu al-Quran dan as-Sunah di samping jahil tentang pegangan dan amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Idris bin…