|

SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP

SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP

Sepanjang tempoh PKP, pihak berkuasa Agama mengeluarkan arahan-arahan yang mengenakan sekatan-sekatan tertentu bagi kegunaan masjid, dan antaranya ialah menghadkan jumlah kehadiran untuk solat Jumaat.

Akibat sekatan ini, terdapat mereka yang ingin solat Jumaat mendapati diri mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid kerana pintu pagar masjid sudah ditutup selepas berkumandangnya azan pertama lalu sebahagian mereka memilih untuk solat Jumaat dari luar pagar masjid.

Hakikatnya perbuatan ini perlu dielakkan kerana dikhuatiri solat Jumaat yang dikerjakan itu TIDAK SAH.

Sekalipun ada perbahasannya tetapi persoalan tentang menjaga saf dalam solat berjemaah merupakan perkara penting sehingga ada ulama yang berpandangan bahawa solat berjemaah dalam keadaan saf yang tidak lurus, tidak rapat dan tidak bersambung berdosa dan membatalkan solat.

Mungkin ada yang beralasan dengan keterpaksaan kerana pintu pagar masjid ditutup tetapi mereka perlu ingat bahawa ia kerana arahan pihak berkuasa.

Setiap Muslim perlu akur dengan arahan pihak berkuasa yang mengenakan sekatan-sekatan ini. Dan bagi mereka yang tidak dapat solat Jumaat di masjid hendaklah pulang dan menggantikannya dengan solat Zohor di rumah (atau pejabat) masing-masing.

Adapun mereka yang memilih untuk solat Jumaat dari luar pagar masjid, perbuatan mereka itu boleh menjebakkan mereka dalam dua kesalahan iaitu:

i- Kesalahan tidak menjaga saf dalam solat berjemaah; dan

ii- Kesalahan tidak akur kepada arahan pihak berkuasa yang menghadkan jumlah kehadiran untuk solat Jumaat.

Sebaiknya Muslim memilih jalan selamat, memelihara amalan ibadah yang dikerjakan dan tidak melakukan apa-apa yang boleh membatalkannya.

Insya-Allah dia tidak akan terlepas sedikit pun daripada pahala solat Jumaat kerana semuanya itu dilakukan bukan sahaja kerana taat kepada pihak berkuasa tetapi yang paling penting kerana taat kepada Allah s.w.t.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Jumadil Akhir 1442H /
03 Februari 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    BAHAYA WASWAS

    – Cara menghilangkannya – Faedah menuntut ilmu Rasa waswas boleh datang kepada sesiapa. Bisikan-bisikan yang hadir dalam hati manusia tanpa diundang. Sehingga menyebabkan orangnya rasa kurang yakin dan tidak tenang. Tidak kira dalam apa jua urusan, rasa waswas boleh datang mengganggu lalu menyebabkan apa yang pada asalnya mudah bertukar menjadi…

  • | | | |

    HAMAS

    HAMAS Berbekalkan senjata canggih yang disediakann oleh Syiah Iran, mereka melakukan serangan ke atas bangsa yang dimurkai Allah, Yahudi, lalu serangan ini dijadikan alasan untuk menyerang penduduk Islam Palestin sehingga menyebabkan terkorbannya ramai nyawa yang tidak berdosa serta berlakunya banyak kerosakan. Adakah perbuatan HAMAS ini wajar? Atau ia merupakan pengkhianatan…

  • | |

    SOLAT SUNAT TAUBAT & SOLAT HAJAT PADA MALAM HARI RAYA

    SOLAT SUNAT TAUBAT & SOLAT HAJAT PADA MALAM HARI RAYA SOALAN: Adakah SOLAT TAUBAT & SOLAT HAJAT dianjurkan pada malam Hari Raya? JAWAPAN: Tidak. Ini amalan yang tiada asasnya dalam Agama. Ia amalan yang diada-adakan dan direka-reka. Ia termasuk dalam erti menokok- tambah dalam Agama yang tercela. Sedangkan Nabi bersabda:…

  • | |

    SUNAH IMAM MENGHADAP MAKMUM SELEPAS SOLAT

    Hidupkan as-Sunah. Imam jangan terus kekal menghadap kiblat. Makruh bagi imam untuk terus menghadap kiblat selepas selesai solat. Sebaliknya disunatkan baginya selepas beristighfar sebanyak tiga kali dan mengucapkan ‘Allahumma anta as-Salam, waminka as-Salam, tabarakta ya zaljalali walikram’ untuk berpusing menghadap makmum dengan wajahnya. Ini berdasarkan hadis Samurah bin Jundub, katanya:…

  • | |

    DOA QUNUT WITIR

    DOA QUNUT WITIR • Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERSENDIRIAN: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا…