|

PUASA UNTUK ALLAH, BUKAN BERSOLIDARITI

Niat memainkan peranan cukup besar dalam ibadah.

Setiap amalan bergantung pada niat dan bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya.

Hanya amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah diterima.

Sedangkan amal ibadah yang dilakukan untuk tujuan-tujuan lain adalah sia-sia, tertolak dan orangnya jika terselamat daripada dosa maka paling tidak dia tidak dapat apa-apa pahala.

Dalam hadis kudsi, Allah ﷻ berkata:

‌مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا ‌أشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي، ترَكْتُهُ وَشِركهُ.

“Barang siapa mengerjakan amalan yang dia sekutukan Aku dengan yang lain maka Aku tinggalkan dia dan amal syiriknya itu.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Demikian halnya dengan puasa, perlulah dikerjakan kerana Allah ﷻ semata-mata. Jangan ada niat lain.

Sabda Nabi ﷺ:

لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي، ‌الصِّيَامُ ‌لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا.

“Perubahan bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Taala berbanding bau kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa ialah untukku dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya sedangkan satu kebaikan ialah dengan sepuluh yang seumpamanya.”

[Hadis sahih. Riwayat Bukhari]

“Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku” kata Allah ﷻ.

Itulah syaratnya.

Adapun niat puasa kerana diet, mengurangkan berat badan dan seumpamanya maka itu semua menyalahi erti ikhlas yang merupakan syarat sah setiap amal ibadah.

Demikian puasa dengan tujuan bersolidariti yang bertentangan dengan syarat ikhlas.

CATATAN

Di samping memberi bantuan makanan, minuman dan seumpamanya, bantuan paling ampuh buat saudara-saudara kita di Palestin ialah doa meminta agar Allah ﷻ meringankan beban kesusahan mereka serta menurunkan bantunNya buat mereka.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Rabiulakhir 1445H
19 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    KANAK-KANAK SOLAT DI MASJID

    – Hadis-hadis mengharuskan kanak-kanak masuk masjid – Mengkhususkan saf untuk kanak-kanak Disyariatkan membawa kanak-kanak ke masjid sekiranya mereka sudah berumur tujuh tahun ke atas bagi membolehkan mereka solat agar apabila baligh mereka sudah biasa dengan solat berjemaah di masjid. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: ‌مُرُوا ‌أوْلادَكُم بِالصَّلاةِ وَهُمْ أبْنَاء سَبْعِ…

  • |

    MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN AL-QURAN KEPADA RASULULLAH ﷺ

    Kata Syeikh Bin Baz rahimahullah: “Menghadiahkan pahala bacaan Al-Quran buat roh Rasulullah ﷺ atau orang-orang lain yang sudah meninggal dunia tiada asasnya dalam Agama, tidak disyariatkan dan tidak pernah dilakukan oleh para Sahabat sedangkan segala kebaikan ialah dengan ittiba’ mengikuti mereka.” https://binbaz.org.sa/fatwas/5596/حكم-اهداء-قراءة-القران-الكريم-لروح-الرسول-ﷺ CATATAN Pandangan masyhur mazhab Syafie menegaskan bahawa pahala…

  • | | |

    MALAM LAILATULQADAR: HADIS PALSU

    Berlegar di media sosial riwayat hadis bahawa terdapat 4 golongan yang Allah tidak akan ampunkan pada Malam Lailatulqadar ialah peminum arak, derhaka kepada ibu bapa, pemutus silaturahim dan orang yang bermusuhan. Riwayat ini ditarafkan sebagai palsu, mauduk. Demikian ditegaskan oleh Syeikh al-Albani dalam Daif al-Tarhib, no. 594. Justeru riwayat-riwayat sebegini…

  • | | | |

    WABAK PENYAKIT

    WABAK PENYAKIT Semua penyakit barangkali boleh diambil mudah melainkan PENYAKIT SYIRIK. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ . “Sesungguhnya perbuatan SYIRIK merupakan kezaliman yang BESAR.” [Surah Luqman, ayat 13] Kata Ibnu Kathir: “Yakni kezaliman yang PALING BESAR.” CATATAN: Kini keadaan menjadi sebaliknya. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Zulhijah 1442H…

  • | | |

    AL-QURAN

    AL-QURAN # Ramadan bulan Al-Quran Al-Quran merupakan kitab ALLAH yang paling mulia, diturunkan dalam bahasa yang paling mulia, ke atas rasul yang paling mulia ﷺ, oleh malaikat yang paling mulia, di tempat yang paling mulia, dan dimulakan penurunannya pada bulan yang paling mulia iaitu Ramadan. Justeru lengkaplah kemuliaannya dari segenap…