| |

KASIHAN MUALAF

Selepas ucap kalimah syahadah disuruh menghadap kubur pula.

Dilema antara gembira dan sedih.

Gembira dengan adanya Muslim saudara baharu.

Tetapi sedih kerana dikelirukan oleh golongan pelampau pemuja kubur.

Sedangkan Islam berlepas diri daripada segala bentuk pemujaan kubur.

Muslim disuruh mengabdikan diri kepada Allah ﷻ semata-mata, berdoa, meminta, menyeru di alam ghaib atas nama Allah ﷻ sahaja.

Sedangkan berdoa kepada orang yang sudah mati, berharap dan meminta daripadanya di samping menyeru namanya dan sebagainya menyalahi akidah tauhid Islam dan menjebakkan seseorang itu dalam kesyirikan, nauzubillah.

Kerana Allah ﷻ berfirman:

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ.

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami meminta pertolongan.”

[Al-Quran, al-Fatihah, 1: 5]

FirmanNya ﷻ:

قُلۡ إِنَّمَآ أَدۡعُواْ رَبِّي وَلَآ أُشۡرِكُ بِهِۦٓ أَحَدا.

“Katakanlah: Sesungguhnya aku hanya berdoa dan meminta dengan Tuhanku semata-mata, dan aku tidak menyekutukanNya dengan sesiapapun.”

[Al-Quran, al-Jinn, 72: 20]

Di samping banyak ayat lain yang menjelaskan erti dan keutamaan tauhid serta bahaya dan wajibnya menjauhi segala bentuk syirik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Rabiulakhir 1445H
17 Oktober 2023

Similar Posts

  • BIDAAH KALIMAH ALLAH

    BIDAAH KALIMAH ALLAH # Kristian Malaysia Mahu Menggunakan Kalimah Allah bagi Tuhan dalam terjemahan Melayu Bible # Usaha halus yang boleh memesongkan akidah masyarakat Islam. Ketika mana berdepan dengan pelbagai cabaran akidah termasuklah dengan wujudnya pelbagai ajaran sesat, gerakan LĠBŤQZ, kes-kes murtad dan sebagainya, kini masyarakat Islam di Malaysia berdepan…

  • |

    FAHAMAN & AMALAN KHURAFAT: PUSAT RAWATAN ISLAM

    – Setiap kepercayaan dan amalan harus berdalil Harus bagi Muslim mendapatkan rawatan menggunakan ubat-ubatan bersesuaian yang dibenarkan syarak tetapi dalam masa yang sama Allah ﷻ tidak menjadikan penyembuhan manusia melalui apa yang diharamkanNya atas mereka. Muslim diharamkan mendatangi bomoh termasuklah yang mengatasnamakan ustaz yang mendakwa tahu perkara ghaib sehingga dapat…

  • | |

    HAKIKAT HABIB UMAR

    Ada yang berpandangan bahawa Habib Umar Muhammad Hafiz bukan calang-calang tokoh tetapi seorang ilmuwan yang sangat istimewa kerana beliau merupakan ulama pilihan Allah yang menjadi mujaddid pada zaman ini. Malah beliau sampai dinobatkan sebagai ‘wakil Rasulullah’ buat manusia hari ini. Pujian melambung diberikan kepada beliau. Tinggal lagi adakah ia benar?…

  • ZINA & PLURALISME

    ZINA & PLURALISME (Rentetan peristiwa program pelajar Melayu Muslim di kuil) 1. PLURALISME ialah fahaman menyamakan SEMUA AGAMA dalam erti KEBENARAN ada dalam SEMUA AGAMA, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi MANA-MANA AGAMA. Tuhan adalah satu, hanya istilah NAMA SAHAJA BERBEZA (Allah, Jehovah, Jesus, Brahma dll.). Menggalakkan kerjasama dan DIALOG…

  • |

    HALAU ANAK KECIL

    Ada pihak halau anak kecil dari saf depan masjid kerana anggap najis sedangkan jemput penceramah ajar benda syirik khurafat dianggap baik pula. Dr. Idris bin SulaimanKajang08 Zulkaedah 1445H17 Mei 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    MAJLIS ZIKIR BERGENDANG MENARI

    Celaan Allah ﷻ ke atas mereka yang menjadikan urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan. Firman Allah ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ. “Orang-orang yang menjadikan urusan-urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan, dan orang-orang yang…