Many question marks on white papers. Doodle drawn question marks on scraps of paper. Choice

MEMBETULKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN 2

Penjarakan antara makmum dalam saf;
memakai pelitup muka ketika solat berjemaah; dan
membawa sejadah sendiri ke masjid.

Norma Baharu ❌
Norma Sementara ✅

Nabi ﷺ bersabda:

لا تكلم بكلام تعتذر منه

“Jangan engkau berkata dengan perkataan yang engkau terpaksa meminta maaf (kemudian)”.

Termasuklah perkataan-perkatan yang engkau terpaksa perbetulkan bagi mengelak salah faham dan seumpamanya.

Artikel berkaitan:

MEMBETULKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN (1)

MEMBETULKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN

Semoga kita dikembalikan kepada norma asal dalam masa terdekat supaya dapat menghayati norma-norma Syariat sepenuhnya.

Idris bin Sulaiman
Kuantan
7 Jumadil Awal 1442H /
22 Disember 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    AJAR ANAK AL-FATIHAH

    AJAR ANAK AL-FATIHAH # Saranan buat ibu bapa Solat merupakan tiang Agama manakala bacaan al-Fatihah dalam solat merupakan salah satu rukunnya. Antara tanggungjawab ibu bapa ialah menjaga dan mendidik anak dengan didikan Agama dan akhlak yang baik. Salah satu daripada apa yang sewajarnya diberi perhatian oleh ibu bapa ialah mengajar…

  • |

    MUBAHALAH

    Mubahalah bermaksud sumpah laknat antara dua orang yang berselisih. CARA PELAKSANAAN Cara pelaksanaan mubahalah ialah dengan kedua-dua orang yang berselisih itu hadir membawa bersama anak, isteri dan keluarga masing-masing kemudian mereka berdua berdoa secara bersungguh-sungguh meminta Allah ﷻ melaknat siapa yang berbohong. Sekalipun mubahalah hanya melibatkan antara dua orang yang…

  • | |

    BERITA LUCAH ARTIS MENCEMARKAN KESUCIAN RAMADAN

    Baru-baru ini negara gempar dengan isu stoking kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan orang ramai kerana menghina nama Allah ﷻ dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan. Kini media tempatan tanpa segan silu menyajikan pula berita-berita lucah, perbuatan curang menjalin hubungan terlarang antara sesama artis. Ini tidak wajar apatah lagi di hujung bulan…

  • DIDIK MASYARAKAT BERFIKIR SECARA LOGIK?

    Kenyataan di atas tidak tepat. Masyarakat Islam seharusnya dididik supaya berfikir dan menilai mengikut neraca syarak, bukan dengan logik akal semata-mata. Ini kerana bagi setiap Muslim syariat Islam bukan sahaja menjadi panduan dalam hal-hal Agama malah turut menjadi panduan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan. Pendek kata, Islam ialah cara…

  • |

    MENGATA DULANG

    Ada pihak berkata: “Wahabi mudah menyesatkan orang lain!!” Pihak itu juga kemudian berdoa: “Lindungilah kami dari ajaran sesat Wahabi!!” Seperti ada sesuatu tidak kena, bukan?? Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. CATATAN Berbahaslah dengan ilmu. Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin SulaimanKajang25 Jamadilakhir 1446H27…

  • |

    AJARAN TUAN GURU

    – Selawat Masyisyiah – Ustaz keturunan Nabi ﷺ Dalam sebuah video tular seorang yang dikatakan daripada keturunan Nabi ﷺ yang baru-baru ini datang ke Malaysia, kelihatan beliau mengajarkan bacaan selawat yang dinamakannya ‘Selawat Masyisyiah’. Kata beliau “Ada sebahagian ulama yang mengatakan bahawa termasuk selawat yang dapat sangat mendekatkan kepada Sayyidina…