Right or wrong

MEMBETULKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN

Gosip ❌
Mengumpat ✅

Minuman alkohol ❌
Arak ✅

Bunga / Faedah ❌
Riba ✅

Seks selamat ❌
Zina ✅

Orang biasa (lawan orang Agama)❌
Orang fasik ✅

Anda mampu melakukannya ❌
Anda mampu melakukannya dengan izin Allah ✅

Yakin boleh! ❌
Yakin dengan kuasa Allah! ✅

Kejayaan di tangan anda! ❌
Kejayaan dengan pertolongan Allah! ✅

Keadilan sosial ❌
Keadilan Islam ✅

Dia telah pergi selama-lamanya ❌
Dia telah meninggal dunia ✅

Memberikan penghormatan terakhir ❌
Mendoakan kepada Allahyarham ✅

Takdir menentukan ❌
Allah mentakdirkan ✅

Keadaan telah memaksanya ❌
Allah menghendaki dengan takdirnya ✅

Menjaga tutur kata dan menjauhi perkataan-perkataan yang boleh mengelirukan diperintahkan oleh Agama.

Jangan pula berkata yang penting ialah niat. Malah di samping niat yang betul perkataan yang digunakan juga perlu betul.

Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، ‌لَا ‌يُلْقِي ‌لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ.

Maksudnya:

“Sesungguhnya seseorang hamba itu mengucapkan satu kalimah yang dimurkai Allah ﷻ tanpa dia peduli lalu menyebabkan dia dihumban ke dalam Neraka Jahanam.”

Hadis sahih. Riwayat Bukhari.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Menanti solat Jumaat dibuka untuk semua
03 Jumadil Akhir 1442H /
18 Disember 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    TURIKI & ISRAEL BERSETUJU UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN DUA HALA

    TURIKI & ISRAEL BERSETUJU UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN DUA HALA # Turki Penyelamat Umat Islam? # Munafik Talam Dua Muka # Celarunya Pemikiran Ikhwani Baru-baru ini Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan menghubungi rakan sejawatannya dari Israel untuk membincangkan langkah-langkah memperbaiki hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu. Sektor pelancongan dan perdagangan…

  • |

    Penyakit jiwa lebih berbahaya berbanding penyakit badan

    PENYAKIT JIWA Penyakit jiwa dengan segala macam jenisnya adalah sebesar-besar penyakit yang berpunca daripada syubhah-syubhah yang menyesatkan serta syahwat-syahwat yang membinasakan. Berbanding penyakit badan, penyakit jiwalah yang menjadi asbab kesengsaraan abadi. Sekalipun demikian, rata-rata manusia lalai tentangnya dan majoriti mereka memilih untuk bersesak-sesak di hospital dan klinik untuk merawat penyakit-penyakit…

  • | |

    PROGRAM BELAJAR HADIS BERSAMA ULAMA BESAR MADINAH

    PROGRAM BELAJAR HADIS BERSAMA ULAMA BESAR MADINAH # untuk dewasa & remaja Program pengajian hadis bersama ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Razzaq Abdul Muhsin al-Badr kembali lagi. Program akan bermula pada 05 Jamadilakhir 1443H / 08 Januari 2022 selama setahun secara atas talian dalam bahasa Arab, percuma tanpa bayaran. Kini…

  • |

    TANDA BURUK SANGKA

    TANDA BURUK SANGKA Antara tanda-tanda buruk sangka seseorang terhadap orang lain ialah: Bersikap melampau; Banyak mengumpat; Banyak berbohong; Hasad dengki; Prihatin untuk ke hadapan. Barang siapa mempunyai tanda-tanda ini maka kritikannya terhadap lawannya boleh ditafsirkan bertujuan untuk menjatuhkan, membuka aib serta mencela; dan bukan nasihat. Justeru dia layak mendapat kehinaan….

  • |

    ISLAM MEMERANGI KEGANASAN

    Keamanan merupakan nikmat besar kurniaan Allah ﷻ. Maslahat negara dan masyarakat tidak akan dapat direalisasikan tanpa ada keamanan. Justeru sebarang tindakan menggugat keamanan dan keharmonian awam menyalahi syariat Islam, hukumnya haram dan termasuk dalam dosa besar. Termasuklah perbuatan menumpahkan darah dan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Firman Allah ﷻ: مَن…

  • |

    MENGALIHKAN GANGGUAN ATAS JALAN

    – Tanda-tanda orang beriman Mengalihkan gangguan dari atas jalan ialah sebahagian daripada iman. Ia merupakan tanda bahawa orangnya beriman; beriman dengan Allah ﷻ dan Hari Akhirat. Ini sebagaimana sabda Nabi ﷺ: الْإِيمَانُ بضع وَسَبْعُونَ شُعْبَة فَأفْضَلُهَا: قَولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا: إِمَاطَةُ ‌الْأَذَى ‌عَنِ ‌الطَّرِيقِ وَالحَياَءُ شُعْبَة مِنَ الإيمَانِ….