Nasi lemak
|

LARANGAN PUASA SUNAT HARI SABTU

Berikut hadis larangan puasa sunat pada hari Sabtu.

Sabda Nabi ﷺ:

لا تَصُومُوا يَوْمَ السَّبْتِ إِلَّا فِيمَا افْتُرِضَ عَلَيْكُمْ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ أَحَدُكُمْ إِلَّا لِحَاءَ عِنَبَةٍ أَوْ عُودَ شَجَرَةٍ فَلْيَمْضُغْه.

“Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali dalam apa yang difardukan atas kamu, dan sekiranya seseorang kamu hanya mendapati kulit anggur atau ranting pokok maka hendaklah dia mengunyahnya.”

Hadis sahih.

Riwayat Abu Daud, bab Larangan Mengkhususkan Puasa Pada Hari Sabtu (no. 2421), Tirmizi, bab Hadis Makruhnya Puasa Hari Sabtu (no. 744), dan Al-Darimi, bab Puasa Hari Sabtu (no. 1772) Ibnu Majah, bab Hadis Puasa Hari Sabtu (no. 1726), al-Tahawi (1/339), Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya, bab Larangan Puasa Sunat Hari Sabtu (no. 2163), al-Hakim (1/435), al-Baihaqi, bab Hadis Larangan Mengkhususkan Puasa Pada Hari Sabtu (no. 8493), Ahmad (no. 17686) dan al-Diya’ al-Maqdasi dalam al-Ahadith al-Mukhtarah (9/58).

Kata al-Tirmizi “Hadis hasan.”

Kata al-Hakim “Sahih menurut syarat Bukhari.”

Kata al-Albani dalam Irwaa’ al-Ghalil (no. 960) “Sahih.” Beliau kemudian membahaskan kedudukan hadis ini dari sudut riwayat serta pandangan-pandangan ulama hadis dan membantah pendapat-pendapat yang melemahkannya atas alasan ‘idhtirab’ (percanggahan pada sanad), ‘mansukh’ (dimansuhkan) dan ‘syaz’ (pelik).

——————-

Hukum Puasa Sunat Hari Sabtu:

PUASA SUNAT ENAM SYAWAL PADA HARI SABTU

 


 

Wallahul muwaffaq.

Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Zulhijah 1443H /
08 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    DOALAH KEPADA ALLAH; BUKAN MALAIKAT ATAU LAIN

    Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَخۡفَىٰ عَلَيۡهِ شَيۡء فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِ “Sesungguhnya tiada apa yang tersembunyi bagiNya di bumi ataupun di langit.” [Al-Quran, Aali Imran, 3:5] Firman Allah ﷻ: لِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا فِيهِنَّۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡء قَدِيرُۢ “Allah jualah yang menguasai langit dan bumi…

  • | | | |

    #9 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #9 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Berkata Khomeini, Ulama Besar Syiah & Presiden Revolusi Iran: “Kita akan tumpahkan darah Nawasib (Ahli Sunah), membunuh anak-anak mereka dan membiarkan wanita-wanita mereka. Dan kita akan ranapkan Mekah dan Madinah dari muka bumi. Kerana dua tempat ini menjadi pusat orang-orang Wahabi. Hendaklah bumi Karbala, bumi…

  • |

    BUKIT AMAN

    BUKIT AMAN Seperti baru hendak menarik nafas lega selesai peperiksaan lisan (viva) ijazah kedoktoran apabila sepasukan polis Bukit Aman datang ke rumah tengah hari semalam untuk bertemu berkaitan isu cuci kuil yang tular baru-baru ini. Esok Jumaat perlu ke sana untuk diambil keterangan. Semoga Allah permudahkan. Daripada Allah ﷻ jua…

  • |

    SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID

    SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID Perbuatan mengerjakan SOLAT JUMAAT di tempat-tempat SELAIN MASJID secara TERTUTUP tanpa hebahan TIADA dasarnya dalam Sunah Nabi ﷺ. TIDAK diketahui bahawa Rasulullah ﷺ atau mana-mana Sahabat pernah solat Jumaat di rumah atau mana-mana tempat selain masjid, sama ada kerana keuzuran ataupun sebab-sebab lain. Justeru ia…