|

MESIR: SAF SOLAT HARI RAYA CAMPUR LELAKI & PEREMPUAN

Mengejutkan.

Tular dalam media sosial gambar yang menunjukkan deretan saf lelaki dan perempuan bercampur-campur semasa mengerjakan solat hari raya Aidiladha hari ini.

https://www.facebook.com/sawtelghad/posts/5634243749966736

Majlis Fatwa Mesir yang mengecam hal tersebut menegaskan bahawa ia bertentangan dengan ketepatan agama.

CATATAN:

Umat Islam perlu mengambil iktibar dan berhati-hati jangan dibiarkan dakyah-dakyah liberalisme merebak dalam masyarakat.

Merosakkan agama dan mengundang kemurkaan Allah ﷻ.

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Zulhijah 1443
10 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    TANDA BURUK SANGKA

    TANDA BURUK SANGKA Antara tanda-tanda buruk sangka seseorang terhadap orang lain ialah: Bersikap melampau; Banyak mengumpat; Banyak berbohong; Hasad dengki; Prihatin untuk ke hadapan. Barang siapa mempunyai tanda-tanda ini maka kritikannya terhadap lawannya boleh ditafsirkan bertujuan untuk menjatuhkan, membuka aib serta mencela; dan bukan nasihat. Justeru dia layak mendapat kehinaan….

  • |

    ISLAM MEMERANGI KEGANASAN

    Keamanan merupakan nikmat besar kurniaan Allah ﷻ. Maslahat negara dan masyarakat tidak akan dapat direalisasikan tanpa ada keamanan. Justeru sebarang tindakan menggugat keamanan dan keharmonian awam menyalahi syariat Islam, hukumnya haram dan termasuk dalam dosa besar. Termasuklah perbuatan menumpahkan darah dan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Firman Allah ﷻ: مَن…

  • |

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI? Muslim diperintahkan supaya menjauhi maksiat dan mencegahnya tidak kira di mana jua. Ini kerana maksiat mengundang dosa serta kemurkaan ALLAH ﷻ. Baru-baru ini ada pihak membangkitkan acara-acara maksiat yang berlaku di Arab Saudi lalu mengkritik negara berkenaan serta mempersalahkan para ulamanya. Kita bersetuju bahawa maksiat tetap…

  • |

    BULU KUCING BUKAN NAJIS

    Tular di media sosial pandangan sesetengah pihak yang kata bulu kucing najis, justeru kucing seeloknya diletakkan di luar rumah agar bulunya tidak jatuh merata dan dapat solat dengan tenang tanpa waswas. Pertamanya, perlu ditegaskan bahawa pandangan di atas adalah salah dan bersifat ghuluw melampau. Sebetulnya kucing ialah binatang suci, bukan…

  • |

    MALAIKAT

    Malaikat merupakan makhluk Allah ﷻ yang sangat taat. Saiz rupa para malaikat pula tersangatlah besar dan menakjubkan. Sabda Nabi ﷺ: أُذِنَ لي أنْ أُحَدِّثَ عن مَلَك مِن ملائكة الله مِن حَمَلَةِ العَرْش، إنَّ ما بين شَحْمةِ أُذُنِه إلى عاتِقِه مَسِيرةُ سبعِمائة عام. “Aku diizinkan berbicara tentang salah satu daripada para…

  • |

    ‘BILIK KULIAH’ KERETA KANCIL

    Kereta Kancil saya ini banyak nostalgia dan kenangan manisnya. Saya menggunakan kereta ini sejak awal bekerja di Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur sampai berhenti. Saban hari berulang alik dari Kajang ke Kuala Lumpur menaikinya dari tahun 2003 sampai 2014. Segala apa yang Allah ﷻ takdirkan ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya…