Kuala Lumpur cityscape
|

MALAM 27 RAMADAN

– Khamis, 28 April 2022
– Malam Lailatul Qadar

Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan.

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Barang siapa berpuasa Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosanya yang lalu, dan barang siapa solat pada Malam Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosanya yang lalu.”

[Sahih. Riwayat Bukhari no. 2014, Muslim no. 760]

Kata Aisyah RA:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.

“Apabila tiba sepuluh hari terakhir (Ramadan) Nabi ﷺ akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari no. 2024, Muslim no. 1174]

Sabda Nabi ﷺ:

‌تَحَرَّوْا ‌لَيْلَةَ ‌الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.

“Carilah malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2020]

Sabdanya ﷺ:

تَحَرَّوْا ‌لَيْلَةَ ‌الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ.

“Carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2017]

Sabdanya ﷺ:

الْتَمِسُوهَا ‌فِي ‌الْعَشْرِ ‌الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ، لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى، فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى، فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى.

“Carilah ia (Malam Lailatul Qadar) pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, pada sembilan, tujuh dan lima malam terakhir.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2021]

Keuntungan segala keuntungan buat mereka yang memperoleh ganjaran Malam Lailatul Qadar, dan kerugian segala kerugian buat mereka yang lalai daripada mendapatkannya.

Idris bin Sulaiman
Kajang
26 Ramadan 1443H /
28 April 2022

Similar Posts

  • | |

    VIDEO SAMBUTAN MAULID

    Rakaman video sambutan Maulid di sesetengah negara. Sebahagian mengatakan “Apa salahnya? Ia hanya dengan berzikir dan berselawat.” Sedangkan Allah bertitah: “Aku telah sempurnakan buat kalian agama kalian.” (5:3) Agama Islam sudah sempurna. Apa yang tidak menjadi sebahagian daripada agama pada zaman Rasulullah dan Sahabat tidak boleh kemudian dianggap sebahagian daripada…

  • | | |

    DAGING KORBAN 2 KG

    Itulah jumlah daging yang diperoleh oleh rata-rata yang menyertai program qurban di masjid (atau tempat lain) setelah membayar harga bahagian masing-masing sepenuhnya. Kebiasaannya kita boleh mendapat daripada seekor lembu kira-kira 70 kg daging. Bahkan lebih. Ini bererti setiap peserta setelah membayar jumlah bahagian masing-masing kira-kira RM650 (harga lembu kira-kira RM4500)…

  • | | |

    HARI RAYA IKUT NEGARA MASING-MASING

    Islam menganjurkan umatnya supaya menjaga kesatuan dan dilarang berpecah. Ini termasuklah dalam penentuan tarikh mula berpuasa Ramadan dan tarikh jatuhnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda: الصَّوْمُ ‌يَوْمَ ‌تَصُومُونَ، ‌وَالفِطْرُ ‌يَوْمَ ‌تُفْطِرُونَ “Puasa itu (permulaannya) adalah pada hari kalian berpuasa dan Hari Raya Puasa adalah pada…

  • | | |

    ANJURAN PUASA HARI ASYURA (10 MUHARAM)

    Muslim dianjurkan berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharam). Ini berdasarkan hadis-hadis berikut: HADIS 1 عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَدِمَ الْمَدِينَةِ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ ‌عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ؟» فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ…

  • | | |

    IKTIKAF BULAN RAMADAN

    Iktikaf ialah perbuatan duduk dalam masjid dengan niat ibadah kerana Allah. Firman Allah ﷻ: وَأَنتُمۡ عَٰكِفُونَ فِي ٱلۡمَسَٰجِدِ “Dan kamu sedang beriktikaf di masjid.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:187] Tiada had minimum masanya. Boleh sejam, dua jam, semalaman; kurang atau lebih. Semuanya boleh. Syariat tidak menetapkan masa minimumnya. Iktikaf di masjid dengan…