| | |

DI MANA ALLAH?

Salaf al-Soleh berpendirian bahawa Allah ﷻ di atas, terpisah daripada makhluknya, meninggi di atas Arasy.

Sebagaimana antara nama Allah ﷻ ialah al-‘Ali (العلي), al-A’la (الأعلى) dan al-Muta’aal (المتعال), semuanya bermaksud Yang Maha Tinggi.

Dalil-dalil Al-Quran:

  1. Firman Allah ﷻ:

وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ

“Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:255]

  1. FirmanNya ﷻ:

سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى

“Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.”

[Al-Quran, al-A’la, 87:1]

  1. FirmanNya ﷻ:

عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ ٱلۡكَبِيرُ ٱلۡمُتَعَالِ

“Dia lah Yang mengetahui perkara-perkara ghaib dan nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya).”

[Al-Quran, al-Ra’ad, 13:9]

  1. FirmanNya ﷻ:

وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِ

“Dan Dia lah Yang Maha Berkuasa, atas sekalian hambaNya.”

[Al-Quran, al-An’am, 6:18]

  1. FirmanNya ﷻ:

يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ

“Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka.”

[Al-Quran, al-Nahl, 16:50]

  1. FirmanNya ﷻ:

ءَأَمِنتُم مَّن فِي ٱلسَّمَآءِ

“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang di langit.”

[Al-Quran, al-Mulk, 67:16]

  1. FirmanNya ﷻ:

ٱلرَّحۡمَٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ

“Al-Rahman (Allah) beristiwa (meninggi dan tetap) di atas Arasy.”

[Al-Quran, Taha, 20:5]

  1. FirmanNya ﷻ:

ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ

“Allah, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia beristiwa (meninggi dan tetap) di atas Arasy.”

[Al-Quran, al-Sajdah, 32:4]

Dalil-dalil hadis:

  1. Nabi ﷺ bersabda:

أَلَا تَأْمَنُونِي وَأَنَا ‌أَمِينُ ‌مَنْ ‌فِي ‌السَّمَاءِ

“Tidaklah kalian mempercayaiku sedangkan aku adalah orang kepercayaan Dia yang ada di atas langit?”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

  1. Hadis turunnya Allah ﷻ ke langit dunia:

ينزلُ ‌ربُّنا كلَّ ليلةٍ إلى سَماء الدُّنيا حينَ يَبْقى ثُلُثُ اللَّيلِ الآخِر، فيقولُ: مَنْ يدْعوني فأَستَجيبَ لهُ؟ مَنْ يَسْأَلُني فأُعْطِيَهُ؟ مَنْ يَسْتَغْفرني فأغفرَ له؟

“Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir lalu Dia berkata: Siapakah yang mahu berdoa kepadaku nescaya Aku perkenankan. Siapakah yang mahu meminta daripadaku nescaya Aku berikan. Siapakah yang mahu meminta keampunan daripadaku nescaya Aku ampunkan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

  1. Hadis Israk dan Mikraj di mana Nabi ﷺ naik ke Sidratulmuntaha di langit tujuh sebelum mengadap Allah ﷻ dan menerima pensyariatan solat fardu lima waktu.
  2. Hadis si hamba perempuan di mana Nabi ﷺ bertanya kepadanya:

‌أَيْنَ ‌اللهُ؟ قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ، قَالَ: مَنْ أَنَا؟ قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ، قَالَ: أَعْتِقْهَا، فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

“Di mana Allah?” Dia menjawab “Di langit.” Baginda ﷺ berkata “Siapa aku?” Jawabnya “Engkau Rasulullah.” Kata baginda ﷺ “Bebaskan dia kerana sesungguhnya dia beriman.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Daripada Allah jua kita memohon hidayah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Zulkaedah 1444H
10 Jun 2023

Similar Posts

  • | |

    DOA QUNUT NAZILAH

    DOA QUNUT NAZILAH Jika Umat Islam ditimpa suatu musibah seperti kemarau, banjir, ketakutan, serangan musuh dan seumpamanya, maka dianjurkan untuk mereka melakukan QUNUT NAZILAH pada rakaat terakhir sebelum atau selepas rukuk, dalam semua solat fardu, secara kuat dan dengan lafaz doa yang bersesuaian dengan musibah yang menimpa. Ini sebagaimana dalam…

  • |

    NAIK LIF / ESKALATOR

    NAIK LIF / ESKALATOR Ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr hafizahullah berkata: “Sekiranya seseorang itu naik lif atau eskalator lalu dia membaca (doa menaiki kenderaan): سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين. (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu…

  • ZINA & PLURALISME

    ZINA & PLURALISME (Rentetan peristiwa program pelajar Melayu Muslim di kuil) 1. PLURALISME ialah fahaman menyamakan SEMUA AGAMA dalam erti KEBENARAN ada dalam SEMUA AGAMA, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi MANA-MANA AGAMA. Tuhan adalah satu, hanya istilah NAMA SAHAJA BERBEZA (Allah, Jehovah, Jesus, Brahma dll.). Menggalakkan kerjasama dan DIALOG…

  • | |

    YANG PENTING YAKIN ALLAH BAGI?

    – Doa minta dengan orang mati – Tauhid rububiyyah & uluhiyyah Sebahagian berpandangan bahawa Muslim harus meminta daripada orang mati selagi mana yakin bahawa yang memberi ialah Allah ﷻ. Menurut mereka orang mati lebih-lebih lagi orang-orang soleh dan wali Allah boleh dijadikan sebagai perantara apabila berdoa. Ia dinamakan tawassul, menurut…

  • | | |

    Maqam Sufi ditabalkan dan disokong

    Maqam Sufi ditabalkan dan disokong, manakala Dakwah Salafi, jangan nak kata ada bangunan, malah Ustaznya pun dihalang dan dilarang. . Masih meragui mana dakwah yang digemari Barat Kafir dan disokong, dan mana dakwah yang dimusuhi dan digeruninya? . Sufi Yahanana adalah candu buat Umat Islam supaya mereka terus leka menyanyi,…

  • | | |

    PERINTAH TUNDUK MATA

    Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya. Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ. “Katakanlah…