BUKU BAHARU: 80 HADIS PUASA RAMADAN

Bulan Ramadan tidak lama lagi, kurang dua minggu.

Bersempena kedatangan bulan mulia ini sebuah tulisan baharu bertajuk ’80 Hadis Puasa Ramadan’ telah selesai dibukukan dan kini dalam proses cetakan.

Buku ini adalah himpunan 80 sabda Nabi ﷺ berkaitan puasa Ramadan; kewajipan, fadilat, bila umat Islam mula puasa, niat puasa, bersahur, perkara-perkara dibolehkan dan dimaafkan semasa puasa, perihal bermusafir di bulan Ramadan, perkara perlu dihindari semasa puasa, golongan yang berkeuzuran, iftar, solat Tarawih, 10 malam terakhir Ramadan, zakat Fitrah dan banyak lagi.

Kiranya ini adalah buku kedua sesudah buku Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi yang diterbitkan genap dua tahun lalu pada bulan Februari, 2023. Masa terlalu cepat berlalu.

Ini adalah sebahagian daripada usaha kecil untuk memperbanyakkan buku-buku agama autentik dalam bahasa Melayu yang dilihat masih kurang di pasaran bagi membantu mendekatkan masyarakat kepada al-Sunah (taqrib al-Sunah bayna yaday al-ummah). Semoga usaha diberkati Allah ﷻ dan diterima di sisi-Nya.

Insya-Allah, minggu hadapan buku ini akan ada di pasaran. Mereka yang berminat boleh tempah sekarang di https://idrissulaiman.com untuk penghantaran cepat supaya buku diterima sebelum Ramadan.

Semoga Allah ﷻ mendatangkan bulan Ramadan atas kita semua dalam keadaan aman selamat, dapat berpuasa dan melaksanakan ibadah qiamullail di samping ibadah-ibadah lain sepanjang bulan berkat ini.

Penghargaan buat semua yang membantu menjayakan usaha ini. Allah ﷻ jua yang memberi sebaik-baik balasan.

Tempah sekarang buku ’80 Hadis Puasa Ramadan’ di https://idrissulaiman.com

Jazakumullahu khaira.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Syaaban 1446H
18 Februari 2025
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    TUDUHAN ATAS SYEIKH AL-ALBANI & DAKWAH SALAF

    Ada orang terdekat meminta supaya saya menjawab sebuah tulisan yang melemparkan beberapa tuduhan ke atas Syeikh al-Albani rahimahullah dan dakwah Salaf. https://www.facebook.com/abdel.rahmanov.1 Berikut ialah jawapan ringkas yang dapat diberikan. TUDUHAN 1: Prinsip Asas Fahaman Salafiah Tidak Berpegang Kepada Mazhab &Mengajak Mencari Dalil Langsung daripada Al-Quran dan Hadis JAWAPAN: Ya, demikian…

  • WAJIB IKUT MANHAJ SALAF

    Muslim wajib ikut Salaf dalam akidah, ibadah dan manhaj. Manhaj Salaf merujuk kepada praktik para Sahabat Nabi ﷺ dalam beragama. Ini kerana para Sahabat adalah kaum manusia yang dipuji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi…

  • HADIS DAIF: ‘WAJIB IKUT PEGANGAN MAJORITI UMAT ISLAM’ (AL-SAWAD AL-A’ZAM)

    Sebahagian pihak mendakwa wajibnya umat Islam berpegang kepada pegangan majoriti umat Islam. Dalil mereka ialah hadis: إِنَّ أُمَّتِي لَنْ تَجْتَمِعَ عَلَى ضَلَالَةٍ، فَإِذَا رَأَيْتُمُ الِاخْتِلَافَ ‌فَعَلَيْكُمْ ‌بِالسَّوَادِ ‌الْأَعْظَمِ “Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat dalam perkara sesat. Jika kalian melihat perselisihan maka hendaklah kalian berada bersama kumpulan umat terbesar.” Bahagian pertama…

  • |

    MENGAGUNGKAN SUNAH NABI ﷺ

    Sunah Nabi ﷺ wajib diterima dan diagungkan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan…

  • |

    ALLAHYARHAM USTAZ RASUL DAHRI

    Ramai terkejut mendapat khabar duka petang semalam. Allahyarham Ustaz Rasul bin Dahri, guru yang banyak berjasa lebih tiga dekad, tokoh pejuang al-Sunah yang gigih menyampaikan dakwah Salaf al-Soleh di Malaysia sudah pergi menghadap Ilahi. Sudah beberapa tahun beliau kurang sihat tetapi tiada sesiapa menyangka bahawa beliau akan pergi begitu cepat…

  • SUDAH SIAP – BUKU 80 HADIS PUASA RAMADAN

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala buku 80 Hadis Puasa Ramadan sudah siap dicetak. Baru sahaja diterima dari kilang. Buku kulit keras dengan tulisan tajuk muka hadapan timbul yang berkualiti premium. Himpunan hadis-hadis sahih mengenai puasa untuk panduan dan rujukan sepanjang bulan Ramadan nanti. Dapatkan naskah anda segera di: idrissulaiman.com…