ADA HADIS SAHIH BERCANGGAH DENGAN AL-QURAN?

Ada pihak mengandaikan bahawa terdapat hadis sahih termasuk dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang bercanggah dengan Al-Quran.

Andaian ini salah dan batil.

Itu tidak mungkin berlaku.

Kerana kedua-dua Al-Quran dan al-Sunah datang daripada Nabi ﷺ yang maksum yang tidak berbicara dalam hal berkait agama kecuali mengikut panduan wahyu yang diberi kepada baginda ﷺ.

Firman Allah ﷻ:

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ

“Dan dia (Muhammad) tidak berbicara (tentang agama) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.”

[Al-Quran, al-Najm, 53:3]

Sabda Nabi ﷺ:

اكْتُبْ ‌فَوَالَّذِي ‌نَفْسِي ‌بِيَدِهِ ‌مَا ‌يَخْرُجُ ‌مِنْهُ ‌إِلَّا ‌حَقٌّ

“Tulis! Demi yang nyawaku di tanganNya tiada yang aku tuturkan kecuali kebenaran.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Kata Imam al-Syatibi:

‌لَا ‌تَضَادَّ ‌بَيْنَ ‌آيَاتِ ‌الْقُرْآنِ وَلَا بَيْنَ الْأَخْبَارِ النَّبَوِيَّةِ وَلَا بَيْنَ أَحَدِهِمَا مَعَ الْآخَرِ

“Tiada pertembungan antara ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis Nabi ataupun antara kedua-duanya.”

[al-Iktisam, 2/822]

Jika tampak sekalipun ada pertembungan antara suatu ayat Al-Quran dan hadis sahih maka itu hanya pada zahirnya sedangkan pada hakikatnya tidak ada tetapi hal itu berlaku kerana kekeliruan dan kedangkalan pemahaman orangnya.

Akhirnya mana-mana nas Al-Quran dan al-Sunah yang kelihatan percanggahan perlu diharmonikan dan disesuaikan agar tidak bercanggahan mengikut penjelasan dan tafsiran ulama salaf.

Jangan sekali-kali dilaga-lagakan antara kedua-dua sumber syariat Islam ini.

Perlakuan buruk yang amat tidak akibat mengikut hawa nafsu.

Pihak-pihak yang menolak mana-mana hadis sahih atas alasan kononnya kerana ia menyalahi Al-Quran hakikatnya hanya menyingkapkan pendirian mereka memperkecilkan kedudukan al-Sunah di samping kejahilan terhadap makna sebenar hadis berkaitan.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Jamadilakhir 1446H
17 November 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    ILMU FIQAH

    ILMU FIQAH # Taklid vs Ittiba’ Rata-rata memahami ilmu fiqah sebagai ilmu yang membahaskan tentang pendapat-pendapat ulama dan mazhab. Sewajarnya pemahaman ini diperbetulkan kerana ilmu fiqah yang sebetulnya ialah ilmu pemahaman Al-Quran dan hadis. Kedua-dua Al-Quran dan hadis menjadi sumber utama ilmu fiqah. Tinggal lagi sama ada kita kembali kepada…

  • | |

    SIJIL PROGRAM PENGAJIAN HADIS ULAMA MADINAH

    SIJIL PROGRAM PENGAJIAN HADIS ULAMA MADINAH Alhamdulillah, baru-baru ini telah selesai program pengajian hadis bersama Syeikh Abdul Razzaq al-Badr, ulama besar Madinah secara atas talian membahaskan beberapa buah tulisan karangan ulama seperti al-Kabair oleh az-Zahabi, Tahrim al-Qatl oleh al-Maqdisi dan al-Arba’in oleh an-Nawawi. Program ini telah berlangsung selama hampir setahun…

  • SUDAH SIAP – BUKU 80 HADIS PUASA RAMADAN

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala buku 80 Hadis Puasa Ramadan sudah siap dicetak. Baru sahaja diterima dari kilang. Buku kulit keras dengan tulisan tajuk muka hadapan timbul yang berkualiti premium. Himpunan hadis-hadis sahih mengenai puasa untuk panduan dan rujukan sepanjang bulan Ramadan nanti. Dapatkan naskah anda segera di: idrissulaiman.com…

  • |

    BIDAAH DALAM AGAMA

    BIDAAH DALAM AGAMA Firman Allah ﷻ, mafhumnya: “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi PENAWAR serta rahmat buat sekelian alam.” [Surah al-Israa, ayat 82] Ayat di atas bersifat umum dan mutlak, tidak mengkhususkan mana-mana ayat yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa dalam masa yang sama, terdapat hadis-hadis SAHIH yang menyebut…

  • | |

    HARAMNYA SENTUH LELAKI & PEREMPUAN BUKAN MAHRAM

    HARAMNYA SENTUH LELAKI & PEREMPUAN BUKAN MAHRAM Sabda Nabi sallalahu alaihi wassalam: لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له “Sekiranya seseorang kamu ditusuk di kepalanya dengan besi, itu lebih baik buatnya daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.” (Hadis…