Maldives collapsed tree
|

ANTARA PEMBATAL AGAMA: MEMBENCI APA YANG DIBAWA NABI ﷺ

– Munafik / Zindiq

Barang siapa membenci apa pun daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ maka ia merupakan sesuatu kekufuran.

Firman Allah ﷻ:

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَٰلَهُمۡ.

“Berlakunya yang demikian kerana sesungguhnya mereka membenci apa yang diturunkan oleh Allah lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.”

[Al-Quran, Muhammad, 47:9]

Membenci bermaksud tidak suka. Yakni merasa tidak senang dengan mana-mana ajaran Agama atau mana-mana aspek yang disampaikan oleh Nabi ﷺ.

Sedangkan rasa benci itu dalam hati seperti mana kelakuan golongan munafik yang menzahirkan Islam tetapi hati mereka kufur membencinya.

Adapun Muslim yang secara terang-terangan menyatakan kebenciannya terhadap Islam secara amnya atau mana-mana bahagian ajarannya secara khasnya maka dia disebut zindiq (mufrad) atau zanadiqah (jamak).

Pentingnya berhati-hati apabila berkata atau menulis. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Kerana Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، ‌لَا ‌يُلْقِي ‌لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ.

“Sesungguhnya seseorang hamba itu mengucapkan satu kalimah yang dimurkai Allah ﷻ tanpa dia peduli lalu menyebabkan dia dihumban ke dalam Neraka Jahanam.”

[Hadis sahih. Riwayat Bukhari]

Kepada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Ramadan 1443H /
16 April 2022

Similar Posts

  • | |

    DR. YOUSUF AL-QARADAWI

    – Ulama radikal – Gerakan-gerakan revolusi Beliau sudah meninggal dunia. Ramai orang termasuk para asatizah dan ilmuan mengucapkan takziah malah ada yang sampai mengadakan solat jenazah ghaib. Tidak kurang yang memuji dan mengangkat beliau sebagai seorang sarjana hebat dan ada yang sampai menggelar beliau sebagai al-Allamah (tokoh ulama besar) dan…

  • | |

    BERTEMU NABI ﷺ SECARA ‘JAGA’

    Ada sebahagian pihak mendakwa guru mereka bertemu Rasulullah ﷺ dalam keadaan ‘jaga’. Dakwaan sebegini musykil. Kerana dua Sahabat paling dekat dan rapat dengan Rasulullah ﷺ, Abu Bakar al-Siddiq dan Omar al-Khattab di samping anak kesayangan baginda ﷺ, Fatimah binti Rasulillah radiallahu anhum, mereka semua tidak pernah mendakwa melihat atau bertemu…

  • | |

    HAKIKAT HABIB UMAR

    Ada yang berpandangan bahawa Habib Umar Muhammad Hafiz bukan calang-calang tokoh tetapi seorang ilmuwan yang sangat istimewa kerana beliau merupakan ulama pilihan Allah yang menjadi mujaddid pada zaman ini. Malah beliau sampai dinobatkan sebagai ‘wakil Rasulullah’ buat manusia hari ini. Pujian melambung diberikan kepada beliau. Tinggal lagi adakah ia benar?…

  • PENTINGNYA TAUHID

    Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman Allah ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ. “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…

  • |

    TABARUK DI GUNUNG JERAI

    Tabaruk bermaksud mencari berkat. Perlu ditegaskan bahawa mengkhususkan sesebuah tempat secara umum atau spesifik untuk mencari berkat tanpa sebarang dalil syarak yang menganjurkan sedemikian merupakan satu kemungkaran tidak kira sama ada tempat tersebut ialah pokok, mata air, sungai, bukit, gunung atau gua, dan sama ada tempat itu didatangi untuk mandi,…

  • MINTA TOLONG DENGAN POKOK?

    – Istianah (Meminta Pertolongan) – Minta tolong dengan makhluk Tular sebuah video di mana seorang ustaz berkata: “Meminta tolong dengan makhluk itu dibolehkan asalkan kita beriktikad yang memberi ialah Allah (maka) boleh kita ‘istianah’ dengan pokok (dan) minta tolong dengan pokok.” Tambah beliau: “Tapi dengan syarat kamu yakin yang memberi…