|

TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH

– Syeikh Nazim al-Haqqani
– Dulu sesat kini mahu dibenarkan pula

Pada tahun 2002, Tarekat ini difatwakan sesat oleh Kerajaan Malaysia kerana membawa fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah.

https://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/da96060caee058985ac7487ba5d90141

(PDF) Fatwa Wilayah – Tariqat Naqsyabandiah AlAliyyah Pimpinan Syeikh Nazim

Antara fahaman sesat Tarekat ini ialah:

  • Fahaman Wahdatul Wujud, Nur Muhammad, Martabat Tujuh serta Pluralisme;
  • Berpegang kepada hadis-hadis palsu;
  • Bertawassul dengan guru, syeikh atau ulama yang sudah meninggal dunia;
  • Mengamalkan ‘Rabitah’
    (membayangkan wajah guru semasa solat);
  • Mendakwa bahawa setiap khalifah Tarekat dilantik oleh Rasulullah ﷺ termasuklah Syeikh Nazim sendiri;
  • Mengamalkan konsep Yaqazah kononnya amalan Tarekat diterima langsung daripada Nabi ﷺ secara sedar dan jaga.

——————-

Kesesatan Tarekat Naqsyabandiah al-Haqqani:

——————-

Dukacitanya kini kesucian bulan Ramadan seperti hendak dinodai apabila ada tangan-tangan ghaib yang mahu mensucikan Tarekat ini agar ia dibenarkan untuk diamalkan di negara ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/196960/BERITA/Nasional/Dibenar-amal-Tarekat-Naqsyabandiah-al-Aliyyah-Syeikh-Nazim-al-Haqqani

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon keselamatan dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Ramadan 1443H /
10 April 2022

Similar Posts