| |

SYIAH SANG DURJANA

SYIAH SANG DURJANA

Lihat apa yang tertera pada kalung tulisan dua lelaki ini.

‘AISYAH DALAM API NERAKA’!!?

Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq r.a. isteri tercinta junjungan besar kita Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam, yang baginda wafat pada pangkuannya dan dikebumikan di dalam bilik tidurnya – tempat makam Nabi pada hari ini.

Bagaimanakah perasaan anda terhadap orang yang mengatakan isteri Rasulullah dalam neraka???

Wajib ada perasaan marah dan sangat merasa tidak senang – tanda masih ada iman di dalam hati.

Masih menganggap Syiah saudara Muslim dan kawan kita?

Bagaimana sekiranya ada orang mendakwa mengatakan ‘IBU KAU DALAM NERAKA!!’

Adakah kita akan merasa senang dengan dakwaan dan cercaan sedemikian??

Masih boleh senyum dan mengatakan “oh, ini isu ranting, isu khilafiah sahaja, bukan perkara pokok!”???

Untuk makluman, semua isteri Rasulullah termasuklah Aisyah ialah ibu kita. Mereka ialah ibu buat semua kaum Muslimin.

Allah berfirman:

وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ

“Dan isteri-isterinya (Rasulullah) ialah menjadi ibu mereka (orang-orang beriman).”

Surah al-Ahzab: 6

Maka Aisyah ialah ibu kita. Kerana itu dia digelar ‘Umm al-Mukminin’ ibu orang-orang beriman.

Usahlah kita mengambil mudah permusuhan dan kebencian penganut agama Syiah terhadap orang-orang Islam.

Dendam mereka terhadap isteri Rasulullah Aisyah, para Sahabat dan orang-orang Sunni cukup besar dan mendalam.

Wajarlah kita ambil maklum dan berwaspada.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian setelah mereka menguasai tampuk kuasa dan setelah negara menjadi porak-peranda tiada gunanya…

Kepada Allah jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Muharram 1441H / 12 September 2019
Petang yang mendung dan sedikit berjerebu

Similar Posts

  • |

    JANGAN UNDANG MURKA ALLAH

    – Acara doa dengan iringan muzik tamborin dalam masjid Tular rakaman video acara berdoa beramai-ramai sambil berdiri dengan iringan muzik tamborin dalam sebuah masjid di ibu kota. Amat tidak wajar masjid rumah Allah ﷻ dicemari dengan bunyi-bunyi alatan muzik syaitan. Walhal para ulama sejak dahulu telah sepakat secara ijmak mengharamkan…

  • | | |

    AHLI SUNAH SEJATI

    Pengikut Ahli Sunah berusaha untuk beramal dengan al-Sunah, sedangkan lawan mereka sedaya upaya mahu ketepikan al-Sunah atas alasan pendapat mazhab, tokoh, meraikan khilaf, hujah akal dan sebagainya. Firman Allah: فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ. “Jika kalian berselisih dalam sesuatu perkara, maka…

  • SIMBOL CAPAL

    SIMBOL CAPAL Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam dalam negara diperkenalkan dengan SIMBOL CAPAL – simbol selipar yang merujuk kepada selipar Nabi sallalahu alaihi wasallam. SIMBOL ini bertujuan untuk menzahirkan rasa CINTA NABI. Persoalan di sini, sejauh mana SIMBOL CAPAL ini selari dengan SYARIAT dan adakah ia benar-benar boleh dijadikan sebagai…

  • | |

    HUBUNGAN MUSLIM DENGAN BUKAN MUSLIM

    Soalan: Bolehkan saya melawat jiran bukan Muslim jika dia sakit? Jawapan: Boleh. Soalan: Bolehkan saya mengucapkan takziah kepada jiran bukan Muslim jika ahli keluarganya meninggal dunia? Jawapan: Boleh. Soalan: Bolehkan saya mengucapkan tahniah kepada kenalan bukan Muslim atas perkahwinan anaknya? Jawapan: Boleh. Soalan: Bolehkan saya mengucapkan tahniah kepada kenalan bukan…

  • BLOGGER VIDEO NAS DAILY

    BLOGGER VIDEO NAS DAILY Awas dengan video-video yang disebarkan. Video-video yang diterbitkan oleh blogger ini sangat halus isi penyampaiannya bertujuan untuk memesongkan Muslim. Antara matlamatnya ialah menormalisasikan hubungan dengan negara haram Yahudi (Israel). Berwajahkan toleransi dan kasih sayang tetapi realitinya mahu menghilangkan jati diri MASYARAKAT ISLAM dengan mengetepikan akidah dan…

  • |

    AGAMA ATAU MAZHAB SELAIN ISLAM DIASAS OLEH MANUSIA

    AGAMA ATAU MAZHAB SELAIN ISLAM DIASAS OLEH MANUSIA Islam kembali kepada asal kata ‘aslama’ yang bermaksud menyerah diri. Menyerah diri kepada Allah ﷻ, tunduk patuh dengan tauhid serta ikhlas beribadah kepadaNya dengan melaksanakan suruhan dan menjauhi laranganNya. Semua nabi dan rasul telah membawa agama Islam dengan menyeru manusia kepada mengesakan…