|

LARANGAN MENDOAKAN JENAZAH ORANG KAFIR

Firman Allah ﷻ:

وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰٓ أَحَدٖ مِّنۡهُم مَّاتَ أَبَدٗا وَلَا تَقُمۡ عَلَىٰ قَبۡرِهِۦٓۖ إِنَّهُمۡ كَفَرُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَمَاتُواْ وَهُمۡ فَٰسِقُونَ

“Dan janganlah engkau solatkan seorang pun yang mati daripada kalangan mereka, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).”

[Al-Quran, al-Taubah, 9:84]

Dalam ayat di atas Allah ﷻ memerintahkan Rasul-Nya ﷺ supaya berlepas diri daripada orang-orang munafik, tidak mensolatkan jenazah mereka dan tidak berdiri di tepi kubur mereka untuk beristighfar dan mendoakan keampunan buat mereka kerana mereka telah kufur dengan Allah dan Rasul-Nya dan mati dalam keadaan sedemikian.

Hukum ini merujuk kepada mereka yang telah jelas sifat-sifat kemunafikan mereka seperti mana pemuka mereka pada zaman Rasulullah ﷺ, Abdullah bin Ubai bin Salul.

Sekiranya ini hukuman bagi orang-orang munafik maka bagaimana pula dengan jenazah orang kafir yang tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah? Jawapannya, hukumannya sama jika bukan lebih berat.

Justeru kata Imam al-Nawawi:

الصَّلاةُ عَلى الكَافِرِ وَالدُّعَاءُ لَهُ بِالمغْفِرَةِ حَرَامٌ بِنَصِّ القُرْآن وَالإجْمَاع.

“Mensolatkan orang kafir dan mendoakan keampunan buatnya adalah haram berdasarkan nas Al-Quran dan ijmak.”

[al-Majmuk, 5/119]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Zulkaedah 1446H
02 Mei 2025
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    MUZIK DISEMAT AL-QURAN DIPINGGIRKAN

    Ternyata sebahagian umat Muhammad ﷺ memilih untuk meminggirkan Al-Quran. Firman Allah ﷻ: وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا “Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan, tidak dipakai.” [Al-Quran, al-Furqan, 25:30] Menurut Ibnu Kathir, termasuk dalam erti meminggirkan Al-Quran ialah tidak…

  • |

    Kotak Capal

    Kotak Capal # Pentaksub Capal # Kotak pun jangan dibuang Lihat bagaimana isu capal ini terus berkembang dan terus bertambah sulit. Bermula dengan simbol capal dikeramatkan dan yang terkini kotak produknya pun hendak dijadikan begitu. Tidak hairan sekiranya hal-hal seperti ini lebih disukai syaitan berbanding maksiat-maksiat yang jelas. Kebiasaannya maksiat…

  • |

    RACUN DOSA

    Dosa umpama racun. Sekiranya ia tidak membinasakan maka paling tidak ia akan melemahkan orangnya. Dan jika orangnya sudah jadi lemah maka dia tidak akan dapat melawan penyakit-penyakit yang datang. Berkata ulama besar Abdullah bin Mubarak (wafat 181H): رَأيْتُ الذُّنُوبَ تُمِيتُ القُلُوبِ، وَقَدْ يُورِثُ الذُّلَّ إدْمَانُهَا، وَتَرْكُ الذُّنُوبِ حَيَاةُ القُلُوبِ. “Aku…

  • |

    MAULIDUR RASUL: SATU KEKELIRUAN

    – Sambutan mingguan atau perayaan tahunan? Hari kelahiran Nabi ﷺ bukan untuk dirayakan secara tahunan. Ini kerana Nabi ﷺ berpuasa pada hari kelahirannya, hari Isnin. Berdasarkan hadis di mana Nabi ﷺ apabila ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, baginda ﷺ bersabda: ذَاكَ يَوْمٌ ‌وُلِدْتُ ‌فِيهِ. “Ia merupakan hari kelahiranku.” [Sahih….

  • | |

    Syarah Hadis 40 Imam Al Nawawi

    Alhamdulillah, buku ini dapat disiapkan walaupun mengambil masa melebihi jangkaan. Kekadang rasa mudah dan tidak mengambil masa lama tetapi selepas kerja-kerja bermula ternyata tidak semudah yang disangka. Banyak sahaja yang perlu dilakukan. Buku ini saya anggap yang pertama bagi saya walaupun ada beberapa penerbitan sebelum ini. Al maklumlah walaupun sudah…