|

KITAB PALING PENTING UNTUK DIBACA

– Kitab yang ‘mahjur’

Tular sebuah gambar karikatur pelukis terkenal tanah air yang memperlihatkan penjawat-penjawat awam dari pelbagai latar belakang masing-masing mengisi masa lapang untuk membaca buku-buku ilmu.

Apa yang ingin dikatakan di sini ialah tajuk-tajuk yang tertera di muka hadapan buku-buku tersebut.

Saya merasa sedikit ralat.

Ini kerana kitab yang paling penting dan bermanfaat serta yang paling dianjurkan buat Muslim untuk banyak membacanya dalam setiap masa dan kesempatan tidak dinyatakan dalam tajuk buku-buku itu.

Iaitu kitab suci Al-Quran.

Muslim diperintahkan untuk banyak membaca dan menghayati isi makna ayat-ayat suci Al-Quran kerana ia merupakan kitab panduan kehidupan di dunia serta cahaya bagi memperoleh kejayaan di akhirat.

Berbeza dengan kitab-kitab lain, Al-Quran merupakan kalam Allah ﷻ, wahyu diturunkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ yang terpelihara daripada kesalahan dan kekurangan.

Tiada mana-mana kitab lain yang mempunyai kelebihan-kelebihan ini.

Di samping faedah-faedah ilmu yang sangat banyak dan luar biasa, Al-Quran memberi ketenangan serta menjadi kitab penjana pahala bagi yang membacanya.

Justeru setiap Muslim perlu berhati-hati jangan sampai mengabaikan Al-Quran dan tidak membacanya kerana terdapat ancaman buat mereka yang berbuat sedemikian.

Firman Allah ﷻ:

كِتَٰبٞ فُصِّلَتۡ ءَايَٰتُهُۥ قُرۡءَانًا عَرَبِيّٗا لِّقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ بَشِيرٗا وَنَذِيرٗا فَأَعۡرَضَ أَكۡثَرُهُمۡ فَهُمۡ لَا يَسۡمَعُونَ.

“Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang menggembirakan serta membawa amaran; dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar dan tidak mahu mendengarnya.”

[Al-Quran, Fussilat, 41: 3-4]

Firman Allah ﷻ:

وَقَدۡ ءَاتَيۡنَٰكَ مِن لَّدُنَّا ذِكۡرٗا مَّنۡ أَعۡرَضَ عَنۡهُ فَإِنَّهُۥ يَحۡمِلُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وِزۡرًا خَٰلِدِينَ فِيهِۖ وَسَآءَ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ حِمۡلٗا.

“Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. Sesiapa yang berpaling ingkar daripada peringatan Al-Quran itu maka sesungguhnya dia pada Hari Kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. Mereka kekal dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada Hari Kiamat.”

[Al-Quran, Taha, 20: 99-101]

Ternyata benar-benar ada manusia yang berpaling daripada Al-Quran untuk mengambil selainnya, dan hal ini berlaku semenjak zaman Nabi ﷺ dan akan berterusan sampai ke Hari Kiamat.

Firman Allah ﷻ:

وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا.

“Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan, tidak dipakai.”

[Al-Quran, al-Furqan, 25: 30]

Ayat di atas menjadi peringatan buat Muslim supaya jangan sampai menjadikan Al-Quran sebagai sesuatu yang ‘mahjur’ – diabaikan dan ditinggalkan dek memilih kitab-kitab lain sebagai panduan.

Yakinlah bahawa barang siapa berbuat begitu maka dia akan sesat.

Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ.

“Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya; Al-Quran dan Sunah NabiNya.”

[Hasan. Riwayat Imam Malik]

CATATAN

Dalam kesibukan seharian, sedaya upaya luangkanlah masa untuk membaca Al-Quran. Jangan sampai nanti terlambat dan menyesal.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Jamadilawal 1444H
12 Disember 2022

Similar Posts

  • LŎCKDŎWN DUNIA KALI KE-2?

    – Reset Ekonomi – New World Order Perkembangan semasa di China sepatutnya merisaukan kerana di sanalah segala bala musibah bermula dua tahun lalu di awal 2020. Kini kita menyaksikan hal serupa berulang kembali apabila baru-baru ini kerajaan China melaksanakan perintah lŏckdŏwn kali ke-2 ke atas rakyatnya tetapi dengan lebih dahsyat…

  • |

    KARUT MARUT KAUM HABIB

    KARUT MARUT KAUM HABIB Mahu hidup sampai umur 300 tahun? Dengarkan ini cerita. Tiada firman Allah, tiada sabda Rasulullah ataupun amalan Sahabat. Hanya rekayasa kaum Habib berdasarkan rekaan, mimpi dan cerita waktu tidur yang tak masuk akal. Perhatikan. Amalan Sunnah Nabi yang sahih disisihkan manakala rekaan mimpi itulah yang menjadi…

  • |

    MENURUT ARAB SAUDI

    MENURUT ARAB SAUDI Apabila dikatakan kepada mereka: Firman ALLAH dan RasulNYA serta fatwa Ulama Rabbaniyyin.. Mereka berdalih seraya memberi alasan mengatakan: “Tetapi ARAB SAUDI kata BOLEH?!?” Untuk kesekelian kalinya, dikatakan kepada mereka: Arab Saudi BUKAN sumber hukum pensyariatan! Wallahul musta’an – Ustaz Idris Sulaiman (hafizahullah) – ========== . SHARE ….

  • |

    UCAPAN ‘INNALILLAH…’ SELEPAS KEMATIAN ORANG KAFIR / HAIWAN

    UCAPAN ‘INNALILLAH…’ SELEPAS KEMATIAN ORANG KAFIR / HAIWAN Syeikh Bin Baz dan Syeikh Al-Uthaimin rahimahumallah menjelaskan bahawa DIBOLEHKAN mengucapkan ISTIRJAA’ (ucapan: INNA LILLAH WA’INNA ILAIHI RAJI’UN) jika seseorang kafir itu meninggal dunia. Malah menurut Syeikh Uthaimin ia juga diharuskan buat seseorang yang kematian haiwan yang disayanginya, yang telah bermanfaat kepadanya….

  • |

    ULAMA TIDAK AKAN DAKWA DIRINYA ULAMA

    Lumrah jika orang jahil tidak tahu dirinya jahil disebabkan oleh kejahilan yang menyelubungi dirinya. Sedangkan orang yang berilmu akan tahu dirinya masih jahil kerana ilmu kesedaran yang dimilikinya. Sedangkan Allah ﷻ berfirman: وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡئًا “Dan Allah mengeluarkan kalian dari perut ibu kalian dalam keadaan…

  • |

    Allah susutkan riba

    “Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.” [Al-Baqarah, ayat 276] Dr. Idris bin Sulaiman26 Syaaban 1444H19 Mac 2023