PEMULIHAN PENGIKUT AJARAN SESAT MELALUI ILMU MANHAJ SALAF
Pengikut ajaran sesat hanya dapat dipulihkan melalui pengajaran ilmu manhaj Salaf, bukan ilmu tajwid dan lain.
Ini kerana ilmu manhaj Salaf merupakan ajaran agama sesuai dengan apa yang dibawa oleh Nabi ﷺ dan difahami oleh para Sahabat; jalan agama yang benar lagi selamat.
Sebagaimana firman Allah ﷻ:
وَمَن يُشَاقِقِ ٱلرَّسُولَ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ ٱلۡهُدَىٰ وَيَتَّبِعۡ غَيۡرَ سَبِيلِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ نُوَلِّهِۦ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصۡلِهِۦ جَهَنَّمَۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرًا
“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan selain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan palingkan dia ke jalan yang dipilihnya, dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan menghumbankannya ke dalam neraka jahanam; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
[Al-Quran, al-Nisa, 4:115]
Ayat di atas memberi ancaman ke atas mereka yang memilih jalan selain daripada ‘jalan orang-orang yang beriman’ yang tidak lain dan tidak bukan ialah jalan para Salaf al-Soleh; jalan Nabi ﷺ dan para Sahabat.
Perkara ini turut dijelaskan dalam ‘Hadis Perpecahan Umat’ mengenai satu-satunya kumpulan yang selamat di mana Nabi ﷺ bersabda:
مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي.
“Mereka yang (selamat ialah mereka yang) berada di atas jalanku dan jalan para Sahabatku.”
[Hasan. Riwayat Tirmizi, no. 2641]
Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.
Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
8 Zulkaedah 1446H
06 Mei 2025
https://idrissulaiman.com