ADA HADIS SAHIH BERCANGGAH DENGAN AL-QURAN?

Ada pihak mengandaikan bahawa terdapat hadis sahih termasuk dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang bercanggah dengan Al-Quran.

Andaian ini salah dan batil.

Itu tidak mungkin berlaku.

Kerana kedua-dua Al-Quran dan al-Sunah datang daripada Nabi ﷺ yang maksum yang tidak berbicara dalam hal berkait agama kecuali mengikut panduan wahyu yang diberi kepada baginda ﷺ.

Firman Allah ﷻ:

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ

“Dan dia (Muhammad) tidak berbicara (tentang agama) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.”

[Al-Quran, al-Najm, 53:3]

Sabda Nabi ﷺ:

اكْتُبْ ‌فَوَالَّذِي ‌نَفْسِي ‌بِيَدِهِ ‌مَا ‌يَخْرُجُ ‌مِنْهُ ‌إِلَّا ‌حَقٌّ

“Tulis! Demi yang nyawaku di tanganNya tiada yang aku tuturkan kecuali kebenaran.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Kata Imam al-Syatibi:

‌لَا ‌تَضَادَّ ‌بَيْنَ ‌آيَاتِ ‌الْقُرْآنِ وَلَا بَيْنَ الْأَخْبَارِ النَّبَوِيَّةِ وَلَا بَيْنَ أَحَدِهِمَا مَعَ الْآخَرِ

“Tiada pertembungan antara ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis Nabi ataupun antara kedua-duanya.”

[al-Iktisam, 2/822]

Jika tampak sekalipun ada pertembungan antara suatu ayat Al-Quran dan hadis sahih maka itu hanya pada zahirnya sedangkan pada hakikatnya tidak ada tetapi hal itu berlaku kerana kekeliruan dan kedangkalan pemahaman orangnya.

Akhirnya mana-mana nas Al-Quran dan al-Sunah yang kelihatan percanggahan perlu diharmonikan dan disesuaikan agar tidak bercanggahan mengikut penjelasan dan tafsiran ulama salaf.

Jangan sekali-kali dilaga-lagakan antara kedua-dua sumber syariat Islam ini.

Perlakuan buruk yang amat tidak akibat mengikut hawa nafsu.

Pihak-pihak yang menolak mana-mana hadis sahih atas alasan kononnya kerana ia menyalahi Al-Quran hakikatnya hanya menyingkapkan pendirian mereka memperkecilkan kedudukan al-Sunah di samping kejahilan terhadap makna sebenar hadis berkaitan.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Jamadilakhir 1446H
17 November 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    HOMOSEKS / ĻĠɃŤǬ / PONDAN

    HOMOSEKS / ĻĠɃŤǬ / PONDAN Ustaz Idris bin Sulaiman Jenayah homoseks adalah di antara sebesar-besar jenayah, seburuk-buruk dosa dan sekeji-keji perbuatan. Allah telah menghukum golongan yang melakukannya dengan hukuman yang tidak pernah ditimpakan ke atas mana-mana umat terdahulu. Ia menunjukkan betapa fitrah orangnya telah terpesong, cahaya hatinya telah hilang, lemahnya…

  • | |

    “KENAPA MALU SANGAT?”

    “KENAPA MALU SANGAT?” # Pentingnya rasa malu Barangkali kita biasa dengar soalan seperti ini. Tahukah anda bahawa Nabi ﷺ pernah menegur seorang lelaki yang berkata sedemikian kepada saudaranya? Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Omar radiallahuanhu, bahawasanya Nabi ﷺ melewati seorang lelaki yang sedang menegur saudaranya kerana sifat malunya….

  • | |

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN?

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN? Tidak kurang yang cuba mengaitkan penularan wabak penyakit KORONAVIRUS sebagai tanda AKHIR ZAMAN yang menunjukkan betapa hampirnya HARI KIAMAT. Hakikatnya, mereka sama ada AHLI NUJUM PAK BELALANG atau sekadar PENGLIPUR LARA yang mahu perhatian orang ramai supaya mendengar cerita-cerita sensasi mereka. Mengapa? 1. Kerana persoalan bila…

  • | | |

    ULAMA & PERAWI SAHABAT

    ULAMA & PERAWI SAHABAT # Ulama papan kekunci Jumlah para Sahabat Rasulullah ﷺ adalah ribuan. Jumlah mereka yang meriwayatkan hadis (yang tercatat nama mereka dalam kitab-kitab hadis) ialah sekitar 750 orang Sahabat. Jumlah mereka yang berijtihad dan memberi fatwa tidak lebih daripada 150 orang Sahabat. 7 daripada mereka banyak berijtihad…