|

DOA BUAT PALESTIN DARI MASJID NABAWI MADINAH

Usai kuliah beliau pada hari Rabu, 01 November 2023 di Masjid Nabawi, Madinah, Syeikh Sulaiman al-Ruhaili, pensyarah Universiti Islam Madinah dan juga imam serta khatib Masjid Quba meminta para hadirin agar mengaminkan doa beliau buat saudara-saudara Muslim di Palestin susulan penganiayaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim penjajah di sana ke atas mereka.

Antara isi doa beliau:

“Ya Allah, kami memohon kepadamu dengan kekutanMu dan kelemahan kami kecuali dengan pertolonganMu… tiada daya dan upaya bagi kami kecuali daripadaMu… ya Allah, wahai Yang Maha menghilangkan kesusahan… ya Allah, wahai Yang Maha menolong orang-orang yang tertindas… ya Allah, wahai Yang Maha menolong orang-orang yang dizalimi… ya Allah, sesungguhnya kesusahan semakin parah buat saudara-saudara kami di Palestin… ya Allah, berikanlah jalan keluar buat mereka segera, wahai Tuhan semesta alam… ya Allah, jadikanlah kemuliaan bagi mereka dan kehinaan buat musuh-musuh mereka… ya Allah, sesungguhnya mereka telah menyakiti hati kaum orang-orang beriman dan melukai hati mereka dengan apa yang mereka lihat berupa pembunuhan terhadap saudara-saudara mereka, apa yang mereka lihat berupa pembunuhan terhadap anak-anak kecil, apa yang mereka lihat berupa pembunuhan terhadap kaum wanita dan apa yang mereka lihat berupa melukai saudara-saudari mereka… ya Allah sejukkanlah hati orang-orang beriman dengan diangkatnya musibah daripada saudara-saudara kami di Palestin… ya Allah, wahai Tuhan kami… kami meminta agar Engkau menjaga Masjidilaqsa kami, menjaga negara Palestin kami dan menjaga keluarga kami di Gaza… wahai Tuhan semesta alam…”

Amin, ya Rabbal Alamin.

CATATAN

Hantaran semalam telah dipadamkan oleh pihak FB atas alasan ucapan berbaur kebencian. Wallahulmustaan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Rabiulakhir 1445H
03 November 2023

Similar Posts

  • | | |

    BANYAKKAN AMALAN SOLEH 10 HARI PERTAMA ZULHIJAH

    Umat Islam dianjurkan supaya memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari pertama bulan Zulhijah. Sabda Nabi ﷺ: ‌مَا ‌مِنْ ‌أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشَرَةِ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ…

  • |

    NAIK LIF / ESKALATOR

    NAIK LIF / ESKALATOR Ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr hafizahullah berkata: “Sekiranya seseorang itu naik lif atau eskalator lalu dia membaca (doa menaiki kenderaan): سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين. (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu…

  • |

    “KECUALI PETIR YANG MENGECEWAKAN”??

    “KECUALI PETIR YANG MENGECEWAKAN”?? # Beriman dengan qada & qadar # Doa mendengar petir Tersebar di media sosial sebuah poster ucapan terima kasih daripada sebuah rangkaian restoran terkenal di negara. Di dapati bahawa di akhir poster ini tertera ayat “kecuali petir yang mengecewakan”. Sebenarnya perkataan ini tidak wajar bagi seorang…

  • | | | |

    DOA QUNUT WITIR

    Malam ini mula doa qunut solat witir. Muhasabah di pertengahan bulan Ramadan. Amalan-amalan kebaikan yang dilakukan perlu diteruskan manakala apa yang terlepas hendaklah segera dilaksanakan sebelum Ramadan berakhir. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ. “Sesungguhnya amalan-amalan itu dinilai pada pengakhirannya”. [Sahih. Riwayat Bukhari] Kegembiraan buat mereka yang amal…

  • |

    S.A.W. – TULIS SELAWAT DENGAN BETUL

    S.A.W. – TULIS SELAWAT DENGAN BETUL Kita boleh faham jika dahulu mungkin sukar untuk menulis selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ secara penuh khususnya dalam tulisan rumi kerana ia agak panjang dan memakan ruang. Tetapi dengan penggunaan peranti moden komputer dan telefon bimbit serta pelbagai program perisian…

  • | | |

    PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

    PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN . . Di sini saya ingin berkongsi pengumuman berkenaan pembahagian daging korban oleh sebuah surau yang mengadakan acara korban pada tahun ini. . . Semoga ia menjadi inspirasi yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat, terutamanya pihak-pihak yang mengurus acara penyembelihan haiwan korban sempena Hari Raya Aidiladha. ….