|

S.A.W. – TULIS SELAWAT DENGAN BETUL

S.A.W. – TULIS SELAWAT DENGAN BETUL

Kita boleh faham jika dahulu mungkin sukar untuk menulis selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ secara penuh khususnya dalam tulisan rumi kerana ia agak panjang dan memakan ruang.

Tetapi dengan penggunaan peranti moden komputer dan telefon bimbit serta pelbagai program perisian canggihnya, saya berpendapat sudah tidak ada alasan lagi bagi kita untuk menulis selawat ke atas Nabi dalam bentuk singkatan s.a.w.

Sama ada anda menggunakan Microsoft Word, WhatsApp atau Facebook, dalam komputer atau telefon bimbit, anda boleh salin dan tampal tulisan selawat ﷺ dalam bahasa Arab secara penuh.

Dengan menggunakan Microsoft Word:

taip fdfa kemudian tekan Alt + x serentak

Akan keluar ﷺ .

Saya kira inilah antara cara yang betul kita menzahirkan pengagungan serta cinta kepada Nabi ﷺ berbanding meringkaskan tulisannya kepada (s.a.w.) atau (saw) yang barangkali boleh mengelirukan pembaca, dilihat malas dan tidak serius berselawat, sebaliknya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Sikap yang tidak wajar bagi Muslim.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga dan seluruh sahabat baginda ﷺ.

Sabda Nabi ﷺ:

“Barang siapa berselawat ke atasku dengan satu selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh selawat”.

Sahih. Riwayat Muslim.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan pedoman.

Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Rabiul Awal 1442H /
02 November 2020
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    BAHAYA WASWAS

    – Cara menghilangkannya – Faedah menuntut ilmu Rasa waswas boleh datang kepada sesiapa. Bisikan-bisikan yang hadir dalam hati manusia tanpa diundang. Sehingga menyebabkan orangnya rasa kurang yakin dan tidak tenang. Tidak kira dalam apa jua urusan, rasa waswas boleh datang mengganggu lalu menyebabkan apa yang pada asalnya mudah bertukar menjadi…

  • |

    DOALAH KEPADA ALLAH; BUKAN MALAIKAT ATAU LAIN

    Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَخۡفَىٰ عَلَيۡهِ شَيۡء فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِ “Sesungguhnya tiada apa yang tersembunyi bagiNya di bumi ataupun di langit.” [Al-Quran, Aali Imran, 3:5] Firman Allah ﷻ: لِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا فِيهِنَّۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡء قَدِيرُۢ “Allah jualah yang menguasai langit dan bumi…

  • | | |

    ANJURAN PUASA HARI ASYURA (10 MUHARAM)

    Muslim dianjurkan berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharam). Ini berdasarkan hadis-hadis berikut: HADIS 1 عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَدِمَ الْمَدِينَةِ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ ‌عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: «مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ؟» فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ…

  • |

    KESALAHAN

    KESALAHAN Hantaran seperti dalam tangkap layar di bawah perlu dibetulkan. Ayat Al-Quran dalam surah Hud, ayat 44 tidak boleh dijadikan sebagai doa untuk meminta dari bumi menelan air dan langit menghentikan curahan hujan kerana ia merujuk kepada perintah Allah ﷻ ke atas kedua-duanya sesudah ditimpakan air bah ke atas kaum…