|

JAUHI ORANG BERMASALAH

Orang bermasalah akan membawa masalah.

Mereka yang bermasalah dalam akidah, ibadah, akhlak dan manhaj, semua mereka harus dijauhi.

Sabda Nabi ﷺ:

الْمَرْءُ ‌عَلَى ‌دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلْ

“Agama seseorang itu serupa dengan agama teman rapatnya. Maka hendaklah kalian memilih-milih dengan siapa kalian berteman.”

[Hasan. Riwayat Tirmizi]

Pilih dengan siapa kita berteman, kata Nabi ﷺ.

Sabdanya ﷺ lagi:

إِنَّمَا ‌مَثَلُ ‌الْجَلِيسِ ‌الصَّالِحِ، وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ، كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً.

“Perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk ialah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi sama ada dia akan menghadiahkan kepada engkau (minyak wangi), engkau membeli daripadanya atau (paling tidak) engkau mendapat bau harum daripadanya. Adapun tukang besi, sama ada pakaian engkau terbakar atau (paling tidak) engkau mendapat bau busuk daripadanya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Teman yang baik adalah seperti penjual minyak wangi yang engkau sekurang-kurangnya mendapat bau harum daripadanya, manakala teman yang buruk adalah seperti tukang besi yang pakaian engkau akan berbau busuk jika bukan terbakar.

Justeru bijaklah dalam memilih teman dan jauhilah mereka yang bermasalah, khususnya dalam agama.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Zulhijah 1444H
17 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    BIDAAH

    – Amalan rekaan & tokok tambah dalam Agama Realitinya orang yang mengada-adakan amalan baharu dan membuat tokok tambah dalam Agama mempertikaikan apa yang Allah ﷻ telah syariatkan. Dia seolah-olah menganggap bahawa syariat Islam itu masih belum sempurna dan ada amalan-amalan lain yang Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya…

  • KEMPEN MALAYSIA BEBAS ASAP?

    Kempen kafir Barat bagi memandulkan ekonomi negara dan membantutkan semua pembangunan. Melalui penutupan kilang-kilang buatan, pengharaman kenderaan-kenderaan petrol dan diesel serta segala eksplorasi minyak yang dihentikan. Walhal ekonomi negara sangat bergantung kepada pengeluaran kilang-kilang tempatan dan hasil jualan minyak Petronas manakala kenderaan-kenderaan petrol dan diesel menjadi nadi penggeraknya. Justeru ia…

  • | |

    MENJAWAB 19 TUDUHAN ‘AJARAN WAHABI’

    Berikut jawapan ringkas terhadap 19 tuduhan mengenai ‘Ajaran Wahabi’. TUDUHAN PERTAMA: Meyakini Allah di Langit;Ahli Sunah Waljamaah (ASWAJA)Percaya Allah Wujud Tanpa Bertempat JAWAPAN: Golongan Salaf meyakini bahawa Allah ﷻ di atas langit, bukan di dalam langit. Allah ﷻ di atas Arasy, ‘istawa’ meninggi dan tetap di atasnya (bukan bersemayam), sebagaimana…

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…

  • |

    MENGAGUNGKAN SUNAH NABI ﷺ

    Sunah Nabi ﷺ wajib diterima dan diagungkan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan…

  • |

    BACAAN SEMASA KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH JUMAAT

    Sebahagian ulama menganjurkan bacaan doa semasa khatib duduk antara dua khutbah Jumaat atas alasan untuk meraih waktu mustajab doa pada hari Jumaat. Berdasarkan hadis Abu Musa al-Asyari, katanya: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يقول – يعني في ساعة الجمعة: هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الإِمَامُ إِلى أَنْ تُقْضَى الصَّلاَةُ. “Aku mendengar…