|

HAKIKAT ERTI SYUKUR

Mensyukuri nikmat ialah dengan mengakui nikmat dan Pemberi nikmat dengan tunduk, merendah diri dan cinta kepadaNya.

Orang yang tidak mengakui nikmat tidak akan mensyukurinya.

Demikian orang yang mengakui nikmat tetapi tidak tahu pemberinya tidak akan bersyukur kepadaNya.

Adapun orang yang tahu nikmat dan tahu Pemberi nikmat tetapi tidak mengakuinya maka dia telah mengkufuri nikmat itu.

Demikian orang yang tahu nikmat dan tahu Pemberi nikmat, mengakuinya tetapi tidak tunduk kepadaNya, merendah diri serta meraih cintaNya dengannya maka dia juga tidak mensyukuri nikmat itu.

Justeru hanya orang yang mengakui nikmat dan Pemberi nikmat, tunduk kepadaNya, merendah diri serta meraih cintaNya dengan menggunakan nikmat itu pada jalan ketaatan dikatakan telah mensyukuri nikmat.

Bersyukur, jangan kufur nikmat.

Maka terdapat lima rukun syukur iaitu tunduk dan merendah diri kepada Pemberi nikmat, mencintaiNya atas nikmat yang dikurniakan, mengakui nikmatNya, memujiNya atas nikmat yang telah dikurniakanNya serta tidak menggunakan nikmat itu kecuali pada jalan ketaatan.

[Tariq al-Hijratain, hlm. 175 dan Madarij al-Salikin, 2/244]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Syaaban 1445H
02 Mac 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    SAHABAT NABI ﷺ

    SAHABAT NABI ﷺ Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk. Mereka adalah sebaik-baik umat ini. Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ. Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah…

  • | |

    ANTARA NAS & PENDAPAT MANUSIA

    ANTARA NAS & PENDAPAT MANUSIA Berpeganglah kepada nas dan tinggalkanlah pendapat-pendapat manusia. Engkau mungkin akan dilihat pelik tetapi bersabarlah. Sabda Rasulullah ﷺ: ‌تَرَكْتُ ‌فِيكُمْ ‌أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ. “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada…

  • |

    “AKU RASA KAU TAK AKAN BERJAYA”

    Begitulah kata-kata Timbalan Duta Arab Saudi, mantan bos saya apabila saya mengucapkan selamat tinggal kepada beliau pada hari terakhir saya di Kedutaan pada tahun 2014. Kata-kata yang mungkin semua setuju ia boleh melemahkan semangat berbanding menguatkannya. Apa yang pasti waktu itu saya telah pun membulatkan tekad untuk berhenti setelah lebih…

  • |

    MENJAGA HUBUNGAN

    MENJAGA HUBUNGAN Bukan semua hubungan yang terputus memerlukan perhatian bagi mengembalikannya. Terdapat hubungan yang terputus yang menjadi rahmat serta memberi ketenangan fikiran. Sebaliknya keprihatinan perlu diberikan kepada perhubungan yang wajib ada manakala menjaganya menjadi fardu atau sunat serta diberi ganjaran pahala. Perhubungan inilah yang memerlukan kesungguhan serta kesabaran dalam menjaganya….

  • |

    Kotak Capal

    Kotak Capal # Pentaksub Capal # Kotak pun jangan dibuang Lihat bagaimana isu capal ini terus berkembang dan terus bertambah sulit. Bermula dengan simbol capal dikeramatkan dan yang terkini kotak produknya pun hendak dijadikan begitu. Tidak hairan sekiranya hal-hal seperti ini lebih disukai syaitan berbanding maksiat-maksiat yang jelas. Kebiasaannya maksiat…