Ladder on a red barn
|

ORANG DITIMPA MUSIBAH

– Musibah sebenar

Muslim diperintah supaya bersabar saat ditimpa musibah.

Sabar menghadapi musibah merupakan sebahagian daripada tuntunan iman kepada qadak dan qadar iaitu keyakinan bahawa segala sesuatu yang berlaku di dunia telah pun ditulis dalam Lohmahfuz dan segala kejadian dalam hidup manusia berlaku mengikut kehendak dan izin Allah ﷻ.

Musibah ialah ujian yang Allah ﷻ datangkan atas manusia bagi menentukan antara mereka yang sabar berbanding mereka yang kufur.

Maka orang yang sabar menghadapi musibah ialah orang yang berjaya kerana meraih pahala, mendapat keredaan Allah ﷻ serta diberi ganjaran syurga di akhirat kelak.

Berbeza dengan orang yang tidak sabar apabila diuji dengan musibah, mencemuh takdir dan mempersoalkannya maka dialah orang yang gagal dalam ujian dunia kerana mendapat dosa, dimurkai Allah ﷻ serta diancam dengan azab api neraka.

ORANG YANG SEBENARNYA DITIMPA MUSIBAH

Justeru orang yang benar-benar ditimpa musibah ialah mereka yang tidak dapat sebarang pahala daripada musibah yang menimpanya gara-gara dia tidak sabar.

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Sudahlah ditimpa musibah lalu ditambah dengan musibah lain kerana mendapat dosa gara-gara tidak sabar.

Maka awasilah diri apabila musibah mendatang, jaga hati, lisan dan perbuatan.

Jangan ada sebarang reaksi yang menampakkan diri tidak sabar.

Sebaliknya, tahanlah diri kerana itulah erti sabar dan ucapkan “Innalillah wa inna ilaihi rajiu’un.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:156]

——————-

Musibah adalah Rahmat bagi Muslim:

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/pfbid035kxcUGk1uS7Ar5k1Dqrn8TcCyFgCwn3bU3zH3MazGukPT9uJTXS4tVV8XU2FLtmgl

——————-

CATATAN

Elakkan perkataan-perkataan seperti “cis”, “tak guna”, “aduh” dan seumpamanya kerana dikhuatiri akan mengurangkan pahala sabar atau akan menghapuskannya sama sekali.

Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Zulhijah 1443H /
28 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    HIDUP MUSLIM BERPERINSIP

    HIDUP MUSLIM BERPERINSIP . Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya lah jua kita kembali. . Ya Allah, kurniakan buat daku pahala dalam musibah yang menimpa atas diriku, dan gantilah ia dengan apa yang lebih baik daripadanya. . Sesungguhnya manusia merancang, dan…

  • |

    ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL

    ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL Sumber-sumber menunjukkan bahawa kebelakangan ini adegan-adegan lucah homoseksual semakin agresif ditayangkan dalam filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen bersiri dari Barat. Masyarakat perlu sedar bahawa rancangan-rancangan ini bukan untuk hiburan semata-mata, sebaliknya ia merupakan satu bentuk indoktrinasi secara halus. Strategi indoktrinasi ini telah berjaya di Barat dan kini sedang…

  • |

    PENDAKWA ILMU MAHDI & DAJAL

    Barang siapa mendakwa tahu perkara ghaib maka dia jatuh kufur menurut ijmak kesepakatan ulama Islam. Tidak kira sama ada dia menggelar dirinya bomoh, dukun, pawang, tukang tilik, tukang ramal, ahli sihir, pempengaruh, ustaz, syeikh dan sebagainya. Kerana tiada sesiapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Firman Allah ﷻ: قُل لَّا…

  • | |

    BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG?

    BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG? Berlegar di media sosial video sebahagian yang menukilkan sebuah hadis dengan lafaz: “JIKA TERBIT BINTANG MAKA AKAN DIANGKAT PENYAKIT DARIPADA PENDUDUK SEMUA NEGERI.” Untuk makluman, hadis ini DAIF. Perbahasan Tentang Perawi & Lafaz Hadis: Lafaz hadis: إذَا طَلَعَ النَّجْمُ رُفِعَت العَاهَة عَنْ أهْلِ كُلِّ بَلَدٍ. “Jika…