Fishing rods at sunset

BERGANTUNG PADA SEBAB MUSABAB & BERTAWAKAL PADA ALLAH

– Yakin boleh!
– Believe in yourself, you can do it!

Bergantung pada sebab musabab dengan meyakini bahawa ia memberi kesan tanpa mengaitkannya dengan ketetapan dan kehendak Allah ﷻ akan merosakkan pegangan akidah.

Ini kerana tiada apa yang dapat memberi kesan tanpa izin dan kehendak Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ.

“Padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:102]

Maka perbuatan bergantung pada sebab musabab semata-mata adalah syirik yang menyalahi tauhid sedangkan perbuatan meninggalkan sebab musabab pula bertentangan dengan apa yang digariskan oleh syarak.

Keyakinan yang benar mewajibkan supaya bertawakal pada Allah ﷻ di samping berikhtiar dengan mengambil sebab musabab.

Justeru Muslim seharusnya berhati-hati dengan perkataan-perkataan seperti ‘yakin boleh’ (believe in yourself), ‘kejayaan di tangan anda’, anda mampu melakukannya’(you can do it), ‘trust no one but yourself’ dan seumpamanya kerana ia menyalahi akidah Islam.

Sebaiknya perkataan-perkataan ini diganti kepada ‘berserah pada Allah’, ‘mintalah kejayaan daripada Allah’, ‘mohonlah agar Allah permudahkan’, ‘tiada apa yang mustahil bagi Allah’ dan seumpamanya.

——————-

Perkataan ‘Yakin Boleh’ Perlu Diubah:

‘YAKIN BOLEH’ PERLU DIUBAH

Membetulkan Perkataan-Perkataan Yang Mengelirukan:

MEMBETULKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN

——————-

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Syawal 1443H /
09 Mei 2022

Similar Posts

  • |

    IBU BAPA YANG UTAMAKAN PENDIDIKAN DUNIA BERBANDING AGAMA ANAK

    Antara musibah besar yang menimpa sebahagian ibu bapa jika mereka hidup dalam keadaan jahil tentang agama sehingga tidak tahu apa tujuan manusia dicipta atas muka bumi ini oleh Allah ﷻ. Allah ﷻ menyebut tentang golongan ini dalam firmanNya ﷻ: وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ…

  • |

    SYUKUR, SABAR & ISTIGHFAR

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan: Jika diberi bersyukur, jika diuji bersabar dan jika terbuat dosa beristighfar. Muslim perlu kepada ketiga-tiga perkara ini untuk bahagia. Kerana kebahagiaan hakiki itu bukan dengan harta dan anak, bukan dengan kuasa dan jawatan, dan bukan dengan mengisi keinginan nafsu dan syahwat. Sebaliknya kebahagiaan itu dengan bertakwa…

  • |

    FIKAH JIHAD

    Tidak boleh memaksa kaum Muslimin berjihad dalam keadaan membawa kebinasaan dan kehancuran atas mereka. Demikian tegas Imam al-Syafie. Kata beliau dalam kitabnya al-Umm: وَلَا ‌يَنْبَغِي ‌أَنْ ‌يُوَلِّيَ ‌الْإِمَامُ ‌الْغَزْوَ إلَّا ثِقَةً فِي دِينِهِ شُجَاعًا فِي بَدَنِهِ حَسَنَ الْأَنَاةِ عَاقِلًا لِلْحَرْبِ بَصِيرًا بِهَا غَيْرَ عَجِلٍ، وَلَا نَزِقٍ وَأَنْ يَقْدَمَ إلَيْهِ وَإِلَى…

  • |

    BATASAN TOLERANSI

    – Bagimu agamamu dan bagiku agamaku Sikap terbuka dan berlapang dada menerima perbezaan secara umum sememangnya baik dan dianjurkan. Sekalipun demikian ia ada batasannya seperti mana dalam banyak perkara anjuran yang lain. Muslim tidak boleh bertoleransi dan berkompromi dalam hal-hal yang haram. Kerana firman Allah ﷻ: وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ…

  • |

    HAMPIR SAHAJA DUNIA HANCUR MUSNAH TETAPI ADA YANG KATA “SELAMAT”!

    HAMPIR SAHAJA DUNIA HANCUR MUSNAH TETAPI ADA YANG KATA “SELAMAT”! Firman Allah: وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا (88) لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا (89) تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا (90) أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91) وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا (92) (Dan mereka berkata “Tuhan Yang Maha…