MUFTI SAUDI: PAWAGAM & KONSERT MEMBAWA MUDARAT

MUFTI SAUDI: PAWAGAM & KONSERT MEMBAWA MUDARAT

Ketika ditanya tentang perkembangan terbaru di Arab Saudi membenarkan pembukaan pawagam serta mengizinkan konsert muzik, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah Aal asy-Syeikh, Mufti Besar Arab Saudi berterus terang menegaskan bahawa “konsert muzik dan pawagam membawa mudarat dan kerosakan”.

Ini kerana menurut beliau kebanyakan apa yang ditayangkan di pawagam adalah filem-filem yang dibawa dari luar yang mengandungi banyak perkara yang bertentangan dengan syariat. Demikian halnya dengan konsert muzik.

Umat Islam sewajarnya menyibukkan diri mereka dalam apa yang bermanfaat, kata beliau.

Sumber video:

Semoga Allah pelihara Malaysia, negara dua Tanah Suci dan semua negara Islam daripada mudarat dan kerosakan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Rabiulawal 1443H /
26 Oktober 2021

Similar Posts

  • PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA

    PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA Perjalanan hidup di dunia teramat pendek sekali. Allah ﷻ berfirman: مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُ. “Dari air pekat diciptakannya serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian jalan (baik atau buruk) dimudahkan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil yang mana satu). Kemudian…

  • KAFIR BARAT

    KAFIR BARAT # Mencela Nabi ﷺ # Muslim pemuja Barat Mereka mencela Nabi Muhammad ﷺ kerana berkahwin dengan Aishah pada usia muda sedangkan dalam masa yang sama mereka membiarkan anak-anak gadis mereka mencari pasangan di kelab-kelab malam yang merupakan seburuk-buruk tempat. Kesudahannya pelacuran dan zina berleluasa di sana pada tahap…

  • ARAK HALAL?

    ARAK HALAL? Di antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya minum arak atas nama bukan arak. Sabda Nabi ﷺ: إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويفشو الزنا ويشرب الخمر. “Sesungguhnya di antara tanda (hampirnya) Hari Kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan terserlah, zina dan minum arak berleluasa”. Sahih. Riwayat…

  • KORONAVIRUS

    KORONAVIRUS Bersungguh-sungguh, jangan sambil lewa. Tawakal (berserah setelah berusaha) توكل, jangan tawaakal (berserah tanpa berusaha) تواكل. Kita bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama kita memohon daripada ALLAH supaya menjaga kita daripada musibah bencana. Jangan kita ambil mudah penularan wabak penyakit, dan kita bertawakal kepada ALLAH. Cukuplah bagi kita ALLAH sebagai…