Microphone
|

KONTROVERSI KONSERT DI ARAB SAUDI

Kita marah dan sedih dengan konsert yang diadakan di Arab Saudi baru-baru ini.

Sekalipun diadakan di Riyadh, ibu kota negara berkenaan, dan bukan di Tanah Suci Mekah atau Madinah tetapi acara seperti ini julung-julung kali diadakan di sana. Satu perkembangan yang membimbangkan kita semua.

Dalam masa yang sama, kita melihat ada pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk mencemuh kerajaan di sana serta para ulamanya termasuklah dengan mengandaikan bahawa kerajaan di sana hanya menghalang hal-hal yang disifatkan sebagai bidaah tetapi membenarkan pula acara-acara maksiat seperti konsert, dan para ulama mereka bersekongkol sama.

Pihak ini jelas sangat memusuhi kerajaan di sana serta membencinya. Mengapa mereka bersikap sedemikian hanya Allah sahaja yang tahu isi hati mereka.

Apa yang pasti, para ulama di sana mempunyai pendirian jelas dan tegas tidak bersetuju dengan maksiat-maksiat ini dan mereka sudah lama menyatakan pendirian mereka.

Mufti Saudi: Pawagam & Konsert Membawa Mudarat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223167706692855&id=1588241794

Ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badar – hafizahullah – kini berumur 87 tahun telah banyak memberi teguran melalui tulisan-tulisan beliau sejak 10 tahun yang lalu hingga sekarang.

Terdapat 54 buah artikel teguran beliau terhadap liberalisasi yang berlaku di Arab Saudi sekarang dan artikel-artikel ini telah dikumpulkan dalam satu jilid sebanyak 524 muka surat yang boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

https://al-abbaad.com/books/book-titles

Barangkali tidak seperti apa yang diinginkan oleh sesetengah pihak tetapi teguran yang disampaikan oleh para ulama di sana adalah secara sembunyi-sembunyi dan jika pun dizahirkan maka dengan penuh lemah lembut dan berhemah.

Sama sekali bukan di atas mimbar dengan mengkritik dan mencela kerajaan, menimbulkan ketegangan, mengajak kepada demonstrasi jalanan lalu akhirnya menyebabkan ketidakstabilan dan huru-hara dalam negara.

Ini sejajar dangan sabda Nabi ﷺ :

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِذِي سُلْطَانٍ فَلَا يُبْدِهِ عَلَانِيَةً، وَلَكِنْ يَأْخُذُ بِيَدِهِ فَيَخْلُوا بِهِ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلَّا كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ.

“Barang siapa ingin menasihati pemerintah maka janganlah dia melakukannya secara terbuka, sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (pemerintah itu) dan (menasihatinya secara) tertutup; sekiranya dia menerimanya maka itu yang diinginkan dan jika tidak, maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Abi al-Asim dalam kitabnya as-Sunah]

Anas bin Malik – radiallahuanhu – dalam sebuah athar berkata: Para sahabat Rasulullah ﷺ yang senior melarang kami. Katanya:

لا تَسُبُّوا أُمَرَائَكُمْ وَلا تَغُشُّوهُمْ وَلا تُبْغِضُوهُمْ وَاتَّقُوا اللهَ وَاصْبِرُوا.

“Jangan kamu mencaci pemerintah kamu, menipu ataupun membenci mereka, dan bertakwalah kepada Allah serta bersabarlah.”

[Riwayat Ibnu Abi al-Asim dalam kitabnya as-Sunah]

Justeru jangan bias dan selektif kepada maksiat di Arab Saudi sahaja.

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10222503765614743/

CATATAN:

Masih ada yang keliru tentang beza antara bidaah dan maksiat. Sedangkan ulama besar Salaf, Sufyan ath-Thauri – rahimahullah – berkata:

‌الْبِدْعَةُ ‌أَحَبُّ إِلَى ‌إِبْلِيسَ مِنَ الْمَعْصِيَةِ، الْمَعْصِيَةُ يُتَابُ مِنْهَا، وَالْبِدْعَةُ لَا يُتَابُ مِنْهَا.

“Bidaah lebih disukai Iblis berbanding maksiat. (Ini kerana) pelaku maksiat itu lebih mudah bertaubat (berbanding) pelaku bidaah.”

Bandingkan konsert lebai dalam video di bawah, mana lebih berat?

Idris bin Sulaiman
Kajang
20 Rabiulawal 1443H /
27 Oktober 2021

Similar Posts

  • |

    FIKIRAN SIMPLISTIK

    FIKIRAN SIMPLISTIK Orang yang berfikiran simplistik akan melihat sekelilingnya dengan cara yang terlalu mudah. Mengubah sesuatu dengan cara kompleks boleh mengganggu cara fikirnya. Ya Allah, kurniakan buat kami ilmu yang bermanfaat serta amalan yang soleh. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Safar 1441H / 16 Oktober 2019 Pagi yang cerah

  • |

    GAMBAR ILMWUAN SALAFI vs KHALAFI

    Beza antara ilmuwan Salafi dan ilmuwan Khalafi. Biar gambar-gambar dari negara jiran berbicara. Gambar-gambar di sebelah kiri menunjukkan ilmuwan tarekat tasawuf dari Timur Tengah duduk atas kerusi yang dijunjung atas bahu murid-muridnya sewaktu hadir ke sebuah majlis manakala gambar-gambar di sebelah kanan menunjukkan ulama besar dari Madinah, pengajar di Masjid…

  • |

    MENCELA ULAMA

    Orang-orang munafik pada zaman Rasulullah ﷺ mencela para Sahabat dengan berkata: مَا رَأَيْنَا مِثْلَ قُرَّائِنَا هَؤُلاَءِ، أَرْغَبُ بُطُوْناً، وَلاَ أَكْذَبُ أَلْسُناً، وَلاَ أَجْبَنُ عِنْدَ اللِّقَاءِ. “Kami tidak pernah melihat orang-orang yang seperti para pembaca Al-Quran ini (para Sahabat) yang mana perut mereka besar, banyak berbohong dan paling pengecut apabila berdepan…

  • | |

    GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN

    GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN . Ustaz Idris bin Sulaiman . Meninggalkan Sunnah Nabi dan tidak berpegang dengan athar-athar Salaf As-Soleh dengan dakwaan HANYA berpegang kepada Al-Quran kerana ia sudah memadai. . Ini adalah di antara ciri-ciri kebanyakan PENGIKUT HAWA NAFSU yang berhujah demikian ketika mana asas-asas pegangan mereka berlawanan…

  • |

    PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA

    PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA Perarakan pro-LGBT di ibu negara semalam hanyalah permulaan. Dengan bantuan dana, strategi dan sokongan, golongan perosak ini tidak akan berhenti sehingga cita-cita mereka tercapai. Di negara-negara Barat, proses menormalisasikan golongan LGBT dalam masyarakat sudah lama bermula, dan sebahagian negara telah pun membenarkan perkahwinan sejenis. Adakah…