Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un

Semalam mendapat berita duka perginya seorang kenalan di alam maya, saudara Muhamad Az (https://www.facebook.com/muhamad.az.1675) atau nama penuh beliau Mohd Azhari bin Ramlee akibat kemalangan jalanraya.

Walaupun tidak pernah bersemuka tetapi beliau selalu mengikuti pengajian khususnya kuliah atas talian yang diadakan semenjak bermulanya PKP pada tahun lepas dengan bertanya dan menjawab soalan-soalan yang diajukan. Kali terakhir beliau menjawab pada minggu lepas soalan berkenaan erti Hadis Qudsi.

Malam semalam semasa kuliah, admin di atas talian memaklumkan berita pemergian beliau. Ketika membaca secara live makluman tersebut, timbul kekeliruan menyangka bahawa adik beliau yang meninggal. Terjelas selepas kuliah bahawa saudara Muhamad Az sendiri yang telah meninggal dunia.

Luluh hati.

Sesungguhnya hati merasa sedih dan tidaklah kita mengucapkan melainkan apa yang diredai Allah.

Semoga keluarga Allahyarham sabar menghadapi dugaan ini.

Semoga Allahyarham diampuni, digolongkan dalam kalangan para hambaNya yang beriman dan ditempatkan dalam Syurga Firdaus di Hari Akhirat kelak.

Sesungguhnya kita milik Allah, bagiNya apa yang Dia beri, bagiNya jua apa yang Dia ambil, dan kepadaNya jua kita semua akan dikembalikan.

Similar Posts

  • MELAMPAU DALAM AGAMA

    MELAMPAU DALAM AGAMA # Ghuluw menghormati guru & orang soleh Banyak penyimpangan dan kesesatan yang timbul dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam akibat sikap melampau dan berlebih-lebihan dengan guru dan orang soleh. Sikap melampau ini membuatkan mereka mengagung-agungkan individu-individu tertentu seperti Ali, al-Husain dan al-Badawi di Mesir, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani…

  • AWAS! GERAKAN SYIAH MALAYSIA HALUS & LICIK.

    AWAS! GERAKAN SYIAH MALAYSIA HALUS & LICIK. Tulisan al-Fadhil Ustaz Fazrin hafidhahullah: MAKAN MALAM BERSAMA DUTA IRAN https://www.facebook.com/340272576029903/posts/3430049940385469/ Kepada ALLAH jua kita memohon keselamatan dan perlindungan. Idris bin Sulaiman Damansara 17 Muharram 1442 / 6 September 2020 http://www.facebook.com/idrissulaiman

  • JANGAN TERPEDAYA DENGAN TANGISAN

    JANGAN TERPEDAYA DENGAN TANGISAN Sebahagian ulama Salaf berkata: لَا ‌يَغُرَنَّكَ ‌بُكَاءُ ‌الْمُتَظَلِّمِ فَرُبَّ ظَالِمٍ وَهُوَ بَاكٍ. “Jangan engkau terpedaya dengan tangisan orang yang datang mengadu dirinya dizalimi. Kerana barangkali seseorang itu berlaku zalim dan dalam masa yang sama turut menangis.” [al-Bidayah Wa an-Nihayah oleh Ibnu Kathir, 1/464] Lihat sahaja bagaimana…

  • SYEIKH AL-ALBANI RAHIMAHULLAH

    SYEIKH AL-ALBANI RAHIMAHULLAH . . Penanya: Bagaimana layanan yang diberikan oleh kerajaan Jordan kepada Syeikh Al-Albani rahimahullah ketika beliau hidup di sana? . Syeikh Ali Al-Halabi: Dukacitanya mereka hanya menyedari ketokohan dan jasanya kepada Agama dan Umat selepas beliau wafat. . . Catatan: . Para ulama adalah pewaris Nabi, barangsiapa…

  • SATIRA BUKAN JENAYAH?

    SATIRA BUKAN JENAYAH? # Satire Is Not A Crime? Satira menurut kamus bermaksud mempersendakan atau menyindir orang lain. Kedua-dua maksud ini menjurus kepada erti mengejek dan menghina. Sejauh mana hal ini dibenarkan? Tindak-tanduk seorang Muslim seharusnya bukan sekadar terbatas kepada apa yang dibenarkan oleh undang-undang manusia sebaliknya apa yang lebih…