|

SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP

SOLAT JUMAAT DARI LUAR PAGAR MASJID KERANA PKP

Sepanjang tempoh PKP, pihak berkuasa Agama mengeluarkan arahan-arahan yang mengenakan sekatan-sekatan tertentu bagi kegunaan masjid, dan antaranya ialah menghadkan jumlah kehadiran untuk solat Jumaat.

Akibat sekatan ini, terdapat mereka yang ingin solat Jumaat mendapati diri mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid kerana pintu pagar masjid sudah ditutup selepas berkumandangnya azan pertama lalu sebahagian mereka memilih untuk solat Jumaat dari luar pagar masjid.

Hakikatnya perbuatan ini perlu dielakkan kerana dikhuatiri solat Jumaat yang dikerjakan itu TIDAK SAH.

Sekalipun ada perbahasannya tetapi persoalan tentang menjaga saf dalam solat berjemaah merupakan perkara penting sehingga ada ulama yang berpandangan bahawa solat berjemaah dalam keadaan saf yang tidak lurus, tidak rapat dan tidak bersambung berdosa dan membatalkan solat.

Mungkin ada yang beralasan dengan keterpaksaan kerana pintu pagar masjid ditutup tetapi mereka perlu ingat bahawa ia kerana arahan pihak berkuasa.

Setiap Muslim perlu akur dengan arahan pihak berkuasa yang mengenakan sekatan-sekatan ini. Dan bagi mereka yang tidak dapat solat Jumaat di masjid hendaklah pulang dan menggantikannya dengan solat Zohor di rumah (atau pejabat) masing-masing.

Adapun mereka yang memilih untuk solat Jumaat dari luar pagar masjid, perbuatan mereka itu boleh menjebakkan mereka dalam dua kesalahan iaitu:

i- Kesalahan tidak menjaga saf dalam solat berjemaah; dan

ii- Kesalahan tidak akur kepada arahan pihak berkuasa yang menghadkan jumlah kehadiran untuk solat Jumaat.

Sebaiknya Muslim memilih jalan selamat, memelihara amalan ibadah yang dikerjakan dan tidak melakukan apa-apa yang boleh membatalkannya.

Insya-Allah dia tidak akan terlepas sedikit pun daripada pahala solat Jumaat kerana semuanya itu dilakukan bukan sahaja kerana taat kepada pihak berkuasa tetapi yang paling penting kerana taat kepada Allah s.w.t.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Jumadil Akhir 1442H /
03 Februari 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • | |

    BULAN REJAB

    – Fadilat, kelebihan Tidak sabit mana-mana hadis tentang kelebihan bulan Rejab secara amnya atau fadilat mana-mana ibadah secara khusus pada bulan ini. Menurut Syeikh Saleh al-Fauzan: “Ulama menegaskan tidak boleh mengkhususkan mana-mana ibadah pada bulan Rejab ini.” Maka tidak disyariatkan mengucapkan tahniah sempena kedatangannya, berpuasa atau pun membaca doa-doa tertentu,…

  • | |

    DOA QUNUT WITIR

    DOA QUNUT WITIR • Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERSENDIRIAN: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا…

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…

  • |

    SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID

    SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID Perbuatan mengerjakan SOLAT JUMAAT di tempat-tempat SELAIN MASJID secara TERTUTUP tanpa hebahan TIADA dasarnya dalam Sunah Nabi ﷺ. TIDAK diketahui bahawa Rasulullah ﷺ atau mana-mana Sahabat pernah solat Jumaat di rumah atau mana-mana tempat selain masjid, sama ada kerana keuzuran ataupun sebab-sebab lain. Justeru ia…

  • | | | |

    SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH

    SYUKUR ATAS NIKMAT SUNNAH Jika tidak habislah MAJLIS ILMU kita diganti dengan majlis tari-menari dengan atas nama MAJLIS ZIKIR. Catatan: Sebahagian umat Islam terus dicandukan dengan majlis-majlis seperti ini sehingga menyebabkan mereka miskin ilmu al-Quran dan as-Sunah di samping jahil tentang pegangan dan amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Idris bin…