WAJIB IKUT MANHAJ SALAF

Muslim wajib ikut Salaf dalam akidah, ibadah dan manhaj.

Manhaj Salaf merujuk kepada praktik para Sahabat Nabi ﷺ dalam beragama.

Ini kerana para Sahabat adalah kaum manusia yang dipuji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ.

Firman Allah ﷻ:

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:110]

Dalam hadis pula Nabi ﷺ bersabda:

خَيْرُ ‌النَّاسِ ‌قَرْنِي

“Sebaik-baik manusia adalah kurunku.”

[Sahih. Riwayat Tirmidhi]

Kedua-dua ayat dan hadis di atas merujuk kepada para Sahabat secara khusus.

Dalam hadis lain Nabi ﷺ bersabda:

‌مَا ‌أَنَا ‌عَلَيْهِ ‌وَأَصْحَابِي.

“Mereka yang berada di atas jalanku dan jalan para Sahabatku (selamat daripada api neraka).”

[Sahih. Riwayat Tirmidhi]

Mereka yang mendukung manhaj yang mulia ini digelar Salafi.

Walau bagaimanapun, Muslim harus berwaspada kerana terdapat usaha untuk memburuk-burukkan istilah Salafi ini dengan membahagi-bahagikannya kepada bermacam-macam jenis seperti Salafi Jihadi, Salafi Madkhali, Salafi al-Albani, Salafi Saudi, Jordan dan sebagainya.

Ini semua batil.

Sebagaimana Islam hanya satu maka Salafi juga hanya satu.

Kedua-duanya membawa maksud yang sama; Islam itu Salaf, Salaf itu Islam.

Sekalipun demikian, memang diakui bahawa apa jua gelaran tidak akan meninggikan darjat seseorang ataupun memberi apa-apa kelebihan kepadanya melainkan sesudah ia dituruti dengan pembuktian.

Tanpa bukti maka ia hanyalah gelaran yang bersifat dakwaan semata-mata.

Sedangkan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebelum kedatangan Nabi ﷺ telah mendakwa diri mereka sebagai anak-anak Allah dan para pencinta Allah lalu Allah ﷻ menyanggah dakwaan mereka itu dengan menjelaskan hakikat bahawa mereka adalah manusia yang telah diazab oleh Allah ﷻ.

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5: 18]

Justeru apa jua gelaran yang digunakan sama ada Hizbullah, Ansarullah, ahli Al-Quran, ahli Sunah, Salafi, Athari dan sebagainya tidak akan berguna bagi seseorang itu jika akidah, ibadah dan manhajnya tidak berdiri atas Al-Quran dan al-Sunah sesuai dengan fahaman para Sahabat Nabi ﷺ.

Demikian mereka yang menisbahkan dirinya kepada Ahli Sunah Waljamaah jika dia mendukung bidaah maka istilah Ahli Sunah itu tidak akan bermanfaat baginya sedikit pun memandangkan bahawa kedua-dua maksud Sunah dan bidaah adalah berlawanan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Syawal 1444H
03 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    KESELAMATAN PEMIKIRAN

    Manhaj Salaf menjamin keselamatan pemikiran dari bahaya fahaman melampau tarekat yang memandulkan akal. Sebagai contohnya amalan sapu ludah dan minum air basuh kaki guru untuk dapat berkat. Amalan ini tidak berasas sama sekali dalam agama kerana tidak pernah dicontohkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ antara sesama mereka. Demikian generasi Salaf…

  • GELARAN YANG DIBERI LAWAN KEPADA DAKWAH SALAF

    – Gelaran yang diberi lawan – Taimiyyah, Wahhabiyyah – Jamiyyah, Madkhaliyyah Dakwah Salaf ialah dakwah yang mengajak masyarakat Islam kembali menghayati ajaran Islam sebenar seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan al-Sunah serta mengikut apa yang dipraktikkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ. Salaf yang dari sudut bahasanya bererti ‘pendahulu’ adalah…

  • | |

    TAUHID TIDAK CUKUP; WAJIB HINDAR SYIRIK

    Muslim tidak hanya diperintah supaya beribadah kepada Allah ﷻ. Sebaliknya turut disuruh supaya menjauhi syirik; segala bentuk penyembahan kepada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيئاً. “Mereka terus beribadah kepadaKu dan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain.” [Al-Quran, al-Nuur, 24:55] Dalam ayat di atas, Allah ﷻ…

  • JALAN DAKWAH

    Dakwah menyeru manusia kepada agama Allah perlulah berdasarkan kepada keterangan dan bukti jelas nyata. Bukan atas kejahilan dan kesesatan. Kerana asas agama Islam ialah Al-Quran dan al-Sunah. Demikian hendaklah Al-Quran dan al-Sunah itu difahami mengikut fahaman generasi pendahulu Islam yang mulia, golongan Salaf al-Soleh, para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin….

  • |

    BAHAGIA HAKIKI BUKAN DENGAN HARTA

    Firman Allah ﷻ: فَلَا تُعۡجِبۡكَ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُمۡۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ أَنفُسُهُمۡ وَهُمۡ كَٰفِرُونَ “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada kekayaan harta dan anak-anak mereka (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan kekayaan dan anak-anak mereka itu dalam kehidupan dunia, dan hendak…