| |

KELEBIHAN TAUHID & BAHAYA SYIRIK

Barang siapa mati dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada Allah ﷻ akan masuk syurga dan barang siapa mati dalam keadaan berbuat syirik kepadaNya ﷻ akan masuk neraka walaupun dia daripada kalangan orang yang banyak beribadah.

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ لَقِيَ اللهَ وَهُوَ لا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الجَنَّةَ وَمَنْ لَقِيَهُ يُشْرِكُ ِبِهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ

“Barang siapa menghadap Allah dalam keadaan tidak menyekutukanNya dengan apa pun maka dia akan masuk syurga, dan barang siapa menghadapNya dalam keadaan dia menyektukanNya dengan sesuatu maka dia akan masuk neraka.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Jamadilawal 1446H
26 November 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • AKIDAH AL-MATURIDI?

    Di sesetengah tempat terdapat khatib yang berdoa: “Ya Allah, kukuhkanlah akidah umat seperti dirumuskan oleh Imam al-Asy’ari dan al-Maturidi.” Sebenarnya, banyak aspek yang boleh dibahaskan berkaitan perkara ini. Namun, persoalan yang ingin dilontarkan di sini ialah tentang akidah al-Maturidi. Akidah al-Asya’irah mungkin sudah diketahui umum, tetapi apakah yang dimaksudkan dengan…

  • |

    SYIRIK KERANA KORONAVIRUS

    SYIRIK KERANA KORONAVIRUS GAMBAR WALI menjadi pencegah penyakit? Awas! Ini merupakan SYIRIK yang jelas apabila meyakini ada pencegah dan penyembuh di alam ghaib selain daripada ALLAH. Seperti mana ucapan seorang pemuja Wali: “Ubat Korona ada di rumah kita! Cuma kita tidak menyedarinya. Kenapa kita tidak menyedarinya? Kerana kita panik! Kerana…

  • APABILA IMAN TIDAK LAGI BERGUNA

    Akan tiba suatu masa bila mana iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu tidak akan berguna. Sebagaimana dalam firman Allah ﷻ: يَوۡمَ يَأۡتِي بَعۡضُ ءَايَٰتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفۡسًا إِيمَٰنُهَا لَمۡ تَكُنۡ ءَامَنَتۡ مِن قَبۡلُ “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu tidak lagi berguna iman seseorang yang tidak…

  • KHAWARIJ DAHULU VS KHAWARIJ MODEN

    Golongan Khawarij terdahulu berbeza dengan golongan Khawarij pada zaman sekarang. Ulama Salafi dari Kuwait, Syeikh Falah Mandakar rahimahullah, menjelaskan bahawa terdapat perbezaan ketara antara Khawarij pada zaman dahulu dan golongan yang disifatkan sebagai Khawarij moden pada hari ini. Menurut beliau, Khawarij terdahulu terkenal dengan kesungguhan dalam beribadah, termasuk memperbanyakkan bacaan…

  • | | |

    ASYAIRAH SUFIYYAH

    Golongan yang memperlihatkan tauhid sebagai syirik manakala syirik dikatakan tauhid. Menetapkan sifat-sifat Allah berdasarkan firman Allah ﷻ dan sabda Nabi ﷺ dikatakan tajsim, menjisimkan Allah ﷻ seperti makhluk yang syirik lagi kufur, kata mereka. Manhaj metodologi mereka ialah takwil dan tafwid, memalingkan zahir makna sifat-sifat Allah ﷻ kepada makna-makna yang…