the pilgrim's guide, religion, islam
|

“BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN BAGIKU AGAMAKU.”

Sebahagian menyangka bahawa ayat surah al-Kafirun ini menunjukkan kebebasan manusia untuk memilih mana-mana agama, Islam atau kufur termasuklah untuk murtad daripada agama Islam, nauzubillah.

Mereka turut berdalilkan ayat “Tidak ada paksaan dalam agama.” [al-Baqarah, 2: 256]

Tafsiran ini salah.

Imam Ibnu Kathir dalam kitab Tafsirnya menegaskan bahawa ayat “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” ialah penegasan setiap Muslim berlepas diri daripada kekufuran, dan bahawasanya Muslim tidak menyembah apa yang disembah oleh orang-orang kafir, sebagaimana orang-orang kafir juga tidak menyembah Allah ﷻ ataupun mengesakannya.

Dengan kata lain, tidak ada persamaan antara agama Islam dan agama kufur; agama tauhid dan agama syirik.

Itu maksud ayatnya.

Demikian ayat “Tidak ada paksaan dalam agama” sama sekali tidak bermaksud Muslim bebas untuk murtad tanpa sebarang ramifikasi.

Sebaliknya ia bermaksud tidak boleh memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam.

Ini kerana Islam ialah penundukan hati dan jiwa kepada agama Allah, bukan sekadar lahiriah luaran anggota.

Maka Allah ﷻ jualah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan melapangkan hatinya menerima Islam.

Adapun mereka yang hatinya dibutakan oleh Allah ﷻ maka tidak ada gunanya untuk memaksanya memeluk Islam.

Demikian maksudnya.

CATATAN

Alhamdulillah, semalam ramai juga yang berminat dengan buku Syarah Hadis 40 yang baru diterbitkan. Ada juga dari negara jiran. Terima kasih atas sokongan.
Jazakumullahu khaira.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Syaaban 1444H
28 Februari 2023


Dapatkan buku baharu
Syarah Hadis 40 al-Nawawi
https://idrissulaiman.com/product/syarah-hadis-40-imam-al-nawawi/
dengan harga promosi.

Similar Posts

  • HADIS JARI-JEMARI ALLAH ﷻ

    Sifat jari-jemari Allah ﷻ sabit dalam hadis sahih. Dalam sebuah hadis, Abdullah bin Masud radiallahuanhu berkata: جَاءَ حَبْرٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، إِنَّ اللَّهَ يَضَعُ السَّمَاءَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالأَرْضَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالجِبَالَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالشَّجَرَ وَالأَنْهَارَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَسَائِرَ الخَلْقِ عَلَى إِصْبَعٍ، ثُمَّ يَقُولُ…

  • |

    HUKUM MENCIUM KAKI ULAMA

    – Perbuatan tunduk sujud kepada manusia – Pengikut Tarekat Naqsyabandiah Memberhalakan Guru Mereka? Dalam tulisan sebelum ini saya sengaja tidak membahaskan permasalahan mencium kaki ulama kerana melihat adanya keluasan dalam perkara ini. JAWAPAN KEPADA PENJELASAN TENTANG TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH Tetapi apabila melihat kecenderungan sebahagian pihak gigih mempertahankan amalan yang dilakukan…

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • | |

    SIKAP ASYAIRAH TERHADAP DALIL AL-QURAN & AL-SUNAH

    Berikut ialah tiga sikap utama golongan Asyairah: Tiga sebab utama mengapa golongan Asyairah mengagungkan dalil akal sehingga mendahulukannya atas dalil Al-Quran dan al-Sunah ialah: Golongan Asyairah beranggapan bahawa terdapat perkara-perkara dalam kedua-dua Al-Quran dan al-Sunah yang bertentangan dengan akal. Ini membuatkan mereka mempertikaikan Al-Quran dan al-Sunah dari kedua-dua sudutnya; sanad…

  • | |

    BANDAR SUCI MASHHAD, IRAN??

    Tanah Suci Islam hanya tiga: Sejak bila pula ditambah tanah suci baharu di Mashhad, Iran? Jelasnya ini termasuk dalam diayah sesat Syiah yang bertentangan dengan Islam. Padahal ajaran sesat Syiah sudah sekian lama diharamkan di tanah air Malaysia dan sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah dan lain yang bertentangan…