|

TALAM DUA MUKA

Antara seburuk-buruk orang ialah orang yang bermuka dua.

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ‌ذُو ‌الْوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ.

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah orang yang bermuka dua; dia mendatangi satu kelompok dengan muka sekian dan satu kelompok lain dengan muka yang lain.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Orang yang talam dua muka perwatakannya seperti orang munafik; orang yang berpura-pura.

Dia mendatangi setiap kelompok dengan apa yang disukai oleh kelompok itu dengan menzahirkan kebersamaannya dengan kelompok itu dan memusuhi lawannya walhal hakikatnya dia hanya berpura-pura, berbohong dan bermuslihat dengan tujuan untuk mengetahui rahsia setiap kelompok itu.

Sikap yang amat buruk lagi jahat.

Sedangkan Muslim yang sejati ialah orang yang berpegang kepada prinsip kebenaran, jujur lagi amanah.

Sentiasa bersikap nasihat, berpesan-pesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Zulhijah 1444H
05 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    NAMA-NAMA YANG PERLU DIELAKKAN

    Ibu bapa dianjurkan memberikan nama yang baik kepada anak. Ini termasuklah dengan menggantikan nama-nama yang tidak elok sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ yang menggantikan nama anak perempuan Omar al-Khattab r.a. daripada A’siah kepada Jamilah. [Sahih. Riwayat Muslim, no. 2139] A’siah bermaksud ‘penderhaka’ sedangkan Jamilah bermaksud ‘cantik’. Berikut ialah nama-nama…

  • |

    MAJORITI AHLI SYURGA & AHLI NERAKA

    Sabda Nabi ﷺ: اطَّلَعْتُ ‌فِي ‌الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. “Aku melihat ke dalam syurga lalu aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka lalu aku dapati kebanyakan penghuninya ialah wanita.” [Sahih. Riwayat Bukhari (3241) & Muslim (2737)] Orang-orang…

  • |

    KEDUDUKAN HADIS SEBAGAI HUJAH

    Hadis menjadi hujah dengan sendirinya. Hadis sahih tidak perlu kepada sokongan daripada pendapat mana-mana ulama atau mazhab untuk diamalkan. Malah pendapat ulama dan mazhab itulah yang perlu kepada sokongan dalil daripada Al-Quran dan hadis. Kata Imam al-Syafie: وَيَجِبُ أنْ يُقْبَلَ الخَبَرُ فِي الوَقْتِ الَّذِي ثَبَتَ فِيهِ وَإنْ لمَ يَمْضَ عَمَلٌ…

  • |

    MEDIA SOSIAL: PENGGUNA NAMA SAMARAN

    Muslim perlu mengambil berat tentang sumber dari mana dia mengambil pengetahuan agamanya. Kata ulama besar salaf, Ibnu Sirin: ‌إِنَّ ‌هَذَا ‌الْعِلْمَ ‌دِينٌ، فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ. “Sesungguhnya ilmu ini agama maka lihatlah daripada mana kalian ambil agama kalian.” [Sahih Muslim, 1/14] Ini bererti memastikan sumber yang betul adalah penting dalam…

  • |

    Seruan Jihad Perlu Dengan Meraikan Syarat-syaratnya

    SOALAN Ada yang berhujah untuk apa yang berlaku di Palestin dengan ayat: أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.” [Al-Quran, al-Hajj, 22:39] JAWAPAN Ayat ini sebenarnya menjadi hujah ke atas mereka. Sebab nuzul ayat ini ialah kaum Muslimin pada peringkat…

  • | | |

    PERINTAH TUNDUK MATA

    Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya. Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ. “Katakanlah…