|

TALAM DUA MUKA

Antara seburuk-buruk orang ialah orang yang bermuka dua.

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ‌ذُو ‌الْوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ وَهَؤُلَاءِ بِوَجْهٍ.

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah orang yang bermuka dua; dia mendatangi satu kelompok dengan muka sekian dan satu kelompok lain dengan muka yang lain.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Orang yang talam dua muka perwatakannya seperti orang munafik; orang yang berpura-pura.

Dia mendatangi setiap kelompok dengan apa yang disukai oleh kelompok itu dengan menzahirkan kebersamaannya dengan kelompok itu dan memusuhi lawannya walhal hakikatnya dia hanya berpura-pura, berbohong dan bermuslihat dengan tujuan untuk mengetahui rahsia setiap kelompok itu.

Sikap yang amat buruk lagi jahat.

Sedangkan Muslim yang sejati ialah orang yang berpegang kepada prinsip kebenaran, jujur lagi amanah.

Sentiasa bersikap nasihat, berpesan-pesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Zulhijah 1444H
05 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    TANDA ALLAH SAYANG

    Rata-rata manusia mengimpikan kehidupan yang mewah dan senang kerana beranggapan bahawa ia adalah baik dan bagus. Adapun hidup yang dihimpit kesusahan dan keperitan maka ia dilihat sebagai sesuatu yang buruk dan tidak baik. Hakikatnya, pandangan sebegini tidak tepat. Ini kerana dunia bagi Muslim bukanlah syurga yang dipenuhi kesenangan dan kemewahan…

  • |

    KEBIJAKSANAAN

    Kebijaksanaan ialah: “Melakukan apa yang sepatutnya, mengikut cara yang sepatutnya serta pada waktu yang sepatutnya.” [Ibnu al-Qayyim, Madarij al-Salikin] Ibnu Uthaimin menambah: “Dan di tempat yang sepatutnya.” [Syarah al-Aqidah al-Saffariniyyah] Firman Allah ﷻ: ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ. “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan.” [Al-Quran, al-Nahl, 16: 125] Kata…

  • |

    ISTERI JANGAN MUDAH MINTA CERAI

    Seorang isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meminta cerai kecuali jika ada alasan kukuh untuknya berbuat demikian. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي ‌غَيْرِ ‌مَا ‌بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ. “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.” [Sahih. Riwayat Abu…

  • |

    BACAAN SEMASA KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH JUMAAT

    Sebahagian ulama menganjurkan bacaan doa semasa khatib duduk antara dua khutbah Jumaat atas alasan untuk meraih waktu mustajab doa pada hari Jumaat. Berdasarkan hadis Abu Musa al-Asyari, katanya: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يقول – يعني في ساعة الجمعة: هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الإِمَامُ إِلى أَنْ تُقْضَى الصَّلاَةُ. “Aku mendengar…

  • |

    ARTIKEL AJARAN MARTABAT TUJUH: KOMEN USTAZ IQBAL ZAIN

    Salah seorang ustaz yang hadir dalam seminar Ilmu Martabat Tujuh beberapa hari lepas, Ustaz Iqbal Zain (UIZ) telah memberi komen terhadap artikel saya semalam berkenaan ajaran Martabat Tujuh. AJARAN MARTABAT TUJUH Beliau yang berpendirian bahawa ajaran Martabat Tujuh tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Wal Jemaah malah mendakwa ia menepati…