|

KEBIJAKSANAAN

Kebijaksanaan ialah:

“Melakukan apa yang sepatutnya, mengikut cara yang sepatutnya serta pada waktu yang sepatutnya.”

[Ibnu al-Qayyim, Madarij al-Salikin]

Ibnu Uthaimin menambah:

“Dan di tempat yang sepatutnya.”

[Syarah al-Aqidah al-Saffariniyyah]

Firman Allah ﷻ:

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ.

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan.”

[Al-Quran, al-Nahl, 16: 125]

Kata Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di:

“Yakni masing-masing mengikut keadaan masing-masing.”

Termasuk dalam erti kebijaksanaan ialah melakukan sesuatu itu berdasarkan ilmu, bukan kejahilan, mendahulukan apa yang paling penting sebelum perkara-perkara penting yang lain serta yang mudah dan yang lebih senang diterima sebelum yang susah di samping secara berhemah dan berlemah lembut.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Rejab 1444H
26 Januari 2023

Similar Posts

  • |

    BUNUH DIRI

    BUNUH DIRI Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa. ALLAH ﷻ berfirman: وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا. “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.” [Al-Quran; an-Nisa’: 29] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”…

  • |

    UCAPAN TAKZIAH TURKI KEPADA ISRAEL

    UCAPAN TAKZIAH TURKI KEPADA ISRAEL Kerajaan Turki di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdoğan mengucapkan takziah kepada Israel atas kemalangan yang meragut puluhan nyawa dalam sebuah acara keagamaan Yahudi di negara tersebut baru-baru ini. Demikian kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi Turki, Agensi Anadolu beberapa hari lepas. https://www.aa.com.tr/en/middle-east/turkey-offers-condolences-on-deadly-stampede-in-israel/2225806 ———————— Bayangkan jika…

  • |

    LARANGAN PERCAYA & MEMINTA TOLONG JIN SYAITAN

    Muslim ditegah daripada bertanya kepada jin dan syaitan, meminta tolong daripada mereka bagi mengetahui apa penyakit yang dihadapi, cara merawatnya dan sebagainya. Meminta tolong jin dan syaitan adalah haram, boleh menjebakkan orangnya dalam syirik. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّهُۥ كَانَ رِجَالٞ مِّنَ ٱلۡإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٖ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَزَادُوهُمۡ رَهَقٗا “Dan bahawanya…

  • |

    MELAMPAU DALAM AGAMA

    MELAMPAU DALAM AGAMA # Ghuluw menghormati guru & orang soleh Banyak penyimpangan dan kesesatan yang timbul dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam akibat sikap melampau dan berlebih-lebihan dengan guru dan orang soleh. Sikap melampau ini membuatkan mereka mengagung-agungkan individu-individu tertentu seperti Ali, al-Husain dan al-Badawi di Mesir, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani…

  • |

    RESAH DENGAN APA YANG TIADA

    RESAH DENGAN APA YANG TIADA Antara tipu daya syaitan adalah dengan dia membutakan mata engkau daripada melihat nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan kepadamu lalu dia memperbesar-besarkan apa yang engkau tidak miliki sehingga engkau hidup dalam keadaan resah gelisah sedangkan engkau dalam keadaan baik dikelilingi pelbagai nikmat. Idris bin Sulaiman Kajang…