Fishing rods at sunset

BERGANTUNG PADA SEBAB MUSABAB & BERTAWAKAL PADA ALLAH

– Yakin boleh!
– Believe in yourself, you can do it!

Bergantung pada sebab musabab dengan meyakini bahawa ia memberi kesan tanpa mengaitkannya dengan ketetapan dan kehendak Allah ﷻ akan merosakkan pegangan akidah.

Ini kerana tiada apa yang dapat memberi kesan tanpa izin dan kehendak Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ.

“Padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:102]

Maka perbuatan bergantung pada sebab musabab semata-mata adalah syirik yang menyalahi tauhid sedangkan perbuatan meninggalkan sebab musabab pula bertentangan dengan apa yang digariskan oleh syarak.

Keyakinan yang benar mewajibkan supaya bertawakal pada Allah ﷻ di samping berikhtiar dengan mengambil sebab musabab.

Justeru Muslim seharusnya berhati-hati dengan perkataan-perkataan seperti ‘yakin boleh’ (believe in yourself), ‘kejayaan di tangan anda’, anda mampu melakukannya’(you can do it), ‘trust no one but yourself’ dan seumpamanya kerana ia menyalahi akidah Islam.

Sebaiknya perkataan-perkataan ini diganti kepada ‘berserah pada Allah’, ‘mintalah kejayaan daripada Allah’, ‘mohonlah agar Allah permudahkan’, ‘tiada apa yang mustahil bagi Allah’ dan seumpamanya.

——————-

Perkataan ‘Yakin Boleh’ Perlu Diubah:

‘YAKIN BOLEH’ PERLU DIUBAH

Membetulkan Perkataan-Perkataan Yang Mengelirukan:

MEMBETULKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN

——————-

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Syawal 1443H /
09 Mei 2022

Similar Posts

  • |

    REMAJA MALAYSIA DICANDUKAN DENGAN MUZIK

    – Hukum nyanyian muzik Melihat senarai panjang konsert yang dijadualkan akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini, 2022 sepatutnya membimbangkan kita. Sekiranya Al-Quran mendekatkan Muslim kepada Allah ﷻ maka yakinlah bahawa nyanyian dan muzik ialah sebaliknya. Apa yang pasti nyanyian dan muzik diancam oleh Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَمِنَ…

  • |

    BERTENANG

    BERTENANG Semua pihak harus tampil membantu menenangkan keadaan. Memandangkan bahawa terdapat sebahagian daripada masyarakat yang panik apabila terus menerus membaca berita penularan wabak penyakit. Apatah lagi pihak-pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan. Ingat, di sebalik kegawatan ada sahaja yang mencari keuntungan. Suasana panik hanya akan mengeruhkan keadaan. Barangkali kesan panik akibat…

  • |

    JANGAN TERPEDAYA DENGAN TANGISAN

    JANGAN TERPEDAYA DENGAN TANGISAN Sebahagian ulama Salaf berkata: لَا ‌يَغُرَنَّكَ ‌بُكَاءُ ‌الْمُتَظَلِّمِ فَرُبَّ ظَالِمٍ وَهُوَ بَاكٍ. “Jangan engkau terpedaya dengan tangisan orang yang datang mengadu dirinya dizalimi. Kerana barangkali seseorang itu berlaku zalim dan dalam masa yang sama turut menangis.” [al-Bidayah Wa an-Nihayah oleh Ibnu Kathir, 1/464] Lihat sahaja bagaimana…

  • |

    PROMOSI BUKU: TERIMA KASIH USTAZ REZA

    Terkejut apabila ada yang memaklumkan bahawa buku 80 Hadis Puasa Ramadan telah dipromosikan dalam rancangan siaran langsung televisyen Bernama pagi tadi. Dalam program bertajuk ‘Langkah Baru di Bulan Ramadan’ al-Fadhil Ustaz Reza Kamarudin berbicara mengenai persiapan untuk menyambut ketibaan bulan puasa. Kita perlu persiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu, tegas…

  • |

    ISTERI JANGAN MUDAH MINTA CERAI

    Seorang isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meminta cerai kecuali jika ada alasan kukuh untuknya berbuat demikian. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي ‌غَيْرِ ‌مَا ‌بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ. “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.” [Sahih. Riwayat Abu…

  • |

    SYARAT PAKAIAN: TUTUP AURAT, BUKAN BALUT

    Ramai mungkin keliru, lelaki dan perempuan menyangka bahawa menutup aurat boleh dilakukan dengan apa sahaja walaupun dengan mengenakan pakaian ketat pada bahagian aurat itu. Ini salah malah dikira tidak menutup aurat dengan sempurna. Kerana orangnya tidak menutup auratnya tetapi sekadar membalutnya. Oleh yang demikian, perlu ditegaskan bahawa terdapat 6 syarat…