Takut kepada Allah, bukan kepada hantu

Takut Kepada Allah, Bukan Kepada Hantu

“Rumah itu berhantu!”

Ungkapan seperti ini menggambarkan kepercayaan sebahagian masyarakat yang takut kepada hantu.

Hakikatnya, ia menunjukkan kurangnya penghayatan terhadap agama.

Seorang Muslim sepatutnya hanya takut kepada Allah semata-mata, bukan kepada selain-Nya.

Sebagaimana yang ditegaskan dalam tuntutan ihsan, seseorang itu menyembah Allah seolah-olah dia melihat-Nya. Jika dia tidak dapat melihat-Nya, maka hendaklah dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya.

Adapun jin dan syaitan sememangnya sentiasa mengelilingi manusia, menunggu peluang untuk menghasut dan menggoda.

Oleh sebab itu, syariat mengajar seorang Muslim supaya mengucapkan bismillah ketika masuk dan keluar rumah, serta ketika makan dan minum.

Begitu juga, seorang Muslim disuruh membaca doa memohon perlindungan Allah apabila mahu membuang hajat.

Kesudahannya, hati seorang Muslim hendaklah sentiasa mengingati Allah, takut kepada-Nya dan berharap kepada-Nya, bukan mengingati hantu, apatah lagi takut kepadanya.

Wabillahi al-taufik.

Similar Posts

  • | |

    TAAT ARAHAN PEMERINTAH

    TAAT ARAHAN PEMERINTAH Tetap wajib taat pemerintah Muslim dalam hal makruf termasuk dalam isu penutupan masjid kerana penularan koronavirus. Perbahasan ilmiah dibahas secara ilmiah. Jangan dicampur adukan dengan isu lain. Perlu belajar cara menangani isu. Jangan mudah melatah. Dahulu sebahagian kelompok mengatakan kita mudah mengkhawarijkan orang. Kini ada yang mudah…

  • |

    PENTINGNYA AKIDAH TAUHID

    Dakwah sekalian para nabi menekankan akidah tauhid. Ini kerana barang siapa yang akidah tauhidnya bagus maka amalannya pun akan turut jadi bagus. Sedangkan orang yang akidah tauhidnya rosak maka akan rosaklah juga amalan-amalan yang dilakukannya sekalipun orangnya banyak solat, berpuasa, bersedekah dan beramal ibadah. Oleh itu, orang fasik daripada kalangan…

  • |

    TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH

    – Syeikh Nazim al-Haqqani – Dulu sesat kini mahu dibenarkan pula Pada tahun 2002, Tarekat ini difatwakan sesat oleh Kerajaan Malaysia kerana membawa fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah. https://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/da96060caee058985ac7487ba5d90141 (PDF) Fatwa Wilayah – Tariqat Naqsyabandiah AlAliyyah Pimpinan Syeikh Nazim Antara fahaman sesat Tarekat ini ialah: Fahaman…

  • | |

    #4 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #4 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Dr. Yusuf al-Qardawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia): “Syiah telah mempermainkan saya dan ramai yang lain dengan seruan mereka kepada taqrib.” https://www.alarabiya.net/ar/arab-and-world/syria/2013/06/02/القرضاوي-الشيعة-خدعوني-وحزب-الله-كذبة-كبيرة-

  • | |

    BERANI LAWAN ‘HANTU’

    BERANI LAWAN ‘HANTU’ # Kepercayaan Khurafat Orang Melayu Dahulu (2) # Syirik kufur Muslim diperintahkan supaya sentiasa berlindung dengan ALLAH daripada segala kejahatan termasuklah gangguan syaitan. Malah tipu daya syaitan itu lemah tidak sekuat mana. Firman ALLAH: فَقَـٰتِلُوۤا۟ أَوۡلِیَاۤءَ ٱلشَّیۡطَـٰنِۖ إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا. “Maka perangilah kamu akan pengikut-pengikut…

  • | |

    SYIAH PEMUJA KUBUR

    Berdepan tekanan geopolitik dan ancaman perang dengan Amerika, tular rakaman menunjukkan pimpinan tertinggi negara Syiah, Iran, menziarahi pusara Khomeini. Video tersebut memaparkan binaan besar dan megah didirikan di atas kuburan bekas pemimpin Syiah itu. Malah, di salah satu bahagian sisinya turut disediakan tempat khas untuk solat dan beribadah. Perbuatan menjadikan…